KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130117

RM100, jangan susahkan ibu bapa pelajar tunggu lama


Rakan saya yang tinggal di DUN Chembong dalam Parlimen Rembau mengadu. Semalam dibuat agihan kepada ibu bapa untuk bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar. Kawan saya ni pergi waktu tengahari, nak kejar masuk semula kerja dia tak sempat pun makan tengahari.

Sampai di sekolah anaknya di Sekolah Kebangsaan Pedas sebelum 12.30 tgh. Sepatutnya majlis penyerahan bermula jam 12.30, tapi menurutnya wakil rakyat DUN Chembong ada pula majlis penyerahan di SJKC di DUN Chembong. Jadi ADUN Chembong sampai di SK Pedas selepas jam 1 tgh.

Kemudian agihan pula di panggil setiap nama ibu bapa satu demi satu untuk mengambil sendiri bantuan tersebut dari ADUN Chembong. SK Pedas ada sekitar 800 orang murid. Ramai ibu bapa yang mengeluh terpaksa tunggu lama. Kawan saya ni sebab nak masuk kerja balik, dia telefon isteri dia untuk datang ambil. Menurut isterinya sekitar jam 2.30 baru dipanggil nama.

Pelik, ibu bapa di DUN yang wakil rakyatnya Umno terpaksa beratur dan menunggu lama untuk dapat bantuan RM100. Sedangkan sepengetahuan saya di Seremban yang wakil rakyatnya dari PAS dan PKR seperti di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat, ibu bapa tak perlu disebut satu-satu nama mereka. Terus jumpa guru kelas ambil duit mengikut masa yang diberikan.

Bukankah cukup ADUN Umno buat kain rentang letak dipintu pagar, dengan ucapan selamat mengambil RM100 sumbangan kerajaan BN?

Dengan demikian ADUN pun tak penat berdiri lama, tak penat berkejar-kejar dari satu sekolah ke sekolah lain, guru-guru dan pihak sekolah pun tak payah penat-penat buat majlis, yang penting ibu bapa yang juga pengundi mereka sendiri tak merungut dan menyumpah-nyumpah.

Itu yang apa kawan saya ceritakan, tak tahulah dia ada tokok tambah. Mungkin ibu bapa di DUN Chembong , DUN Kota dan DUN Rantau ada cerita lain.

Tiada ulasan: