Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa
lambang polis (PDRM), tentera (ATM), Bomba dan beberapa pasukan
keselamatan dan agensi kerajaan di Malaysia ini ada tertulis kalimah
Allah dan Muhammad dalam tulisan Arab. Kalau ada yang tahu pun, orang
ramai, khususnya anggota polis, tentera, bomba dan sebagainya tidak
tahu bagaimana untuk menjaga kesucian kalimah ini.
Saya diberitahu dalam satu majlis polis
bersama pelajar dan guru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, para
pelajar dan guru diberikan beberapa maklumat semasa diletak dalam beg
kertas sumbangan PDRM yang dengan begitu jelas logo PDRM yang ada
kalimah Allah dan Muhammad.
Beg kertas yang ada kalimah Allah dan
Muhammad ini bukan sahaja diberikan kepada pelajar beragama Islam,
bahkan pelajar bukan beragama Islam juga menerimanya.
Selepas selesai program polis bersama
pelajar sekolah tersebut, terdapat pelajar yang membuang beg kertas
PDRM tadi merata-rata, ada yang diatas lantai, atas jalan dan
sebagainya. Polis pula tidak memberi penerangan kepada para pelajar
dan guru, khususnya pelajar beragama Islam supaya dijaga betul-betul
kalimah Allah dan Muhammad tersebut.
Akhirnya yang mengutip semula beg-beg
PDRM yang bersepah-sepah atas jalan yang mungkin terpijak oleh orang
ramai yang lalu lalang ialah guru-guru yang prihatin.
Justeru itu adalah perlu pimpinan
tertinggi polis, tentera, bomba dan sebagainya agar memberi tunjuk
ajar kepada anggota bawahan mereka bagaimana mereka harus menjaga
kesucian kalimah Allah dan Muhammad ini pada topi mereka, pakaian
mereka, tali pinggang mereka dan lain-lain peralatan.
Khutbah-khutbah Jumaat di IPK, IPD, kem
tentera harus memberi penekanan kepada anggota pasukan keselamatan
agar tidak sembarangan mencetak logo PDRM, ATM , yang orang ramai
tidak tahu hendak menjaganya.
JAKIM dan Majlis Agama Islam juga harus
memberikan panduan serta prosedur kepada ATM, PDRM, Bomba dan
sebagainya bagaimana penggunaan kalimah Allah dan Muhammad ini oleh
anggota pasukan keselamatan dan seragam yang beragama Islam dan yang
bukan beragama Islam.
1 ulasan:
setahu sy sekarang ni kalimah Allah & Muhammad telah ditiadakan pd logo utk buku nota @ goodies yg diberi kpd org awam
Catat Ulasan