KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130117

Sheikh Nuruddin kata tiada masalah bukan Islam guna kalimah Allah


Petang tadi Khamis 17 Jan 2013 jam 6.15 petang dalam siaran TV Al Hijrah saluran Astro 114 , Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari ditanya mengenai hal orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sheikh Nuruddin berkata tiada masalah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sheikh berkata yang menjadi masalah ialah jika kalimah Allah itu dihina, dipijak, diletak najis dan sebagainya.

Macam-macam pendapat mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Walaupun ada percanggahan , anggaplah semua pendapat ini benar.

Yang menjadi masalahnya ialah majoriti umat Islam yang tidak faham kalimah Allah.

Kalau umat Islam faham kalimah Allah, tidak akan berlaku kes murtad, tidak akan berlaku sampai 80 peratus umat Islam tidak solat, tidak akan berlaku umat Islam yang berpuasa tetapi tidak solat, dan pelbagai kebejatan masalah sosial di kalangan umat Islam yang semakin kritikal dengan masjid-masjidnya yang mati dari majlis ilmu, khutbah-khutbah Jumaatnya yang tidak dapat membangkitkan semangat jihad umat Islam kerana dibaca dari teks umpama burung kakak tua bukan dikhutbahkan dari hati yang takutkan Allah.

Tolonglah perhatikan keadaan sekeliling kita, hidupkan surau atau masjid di tempat kita sendiri dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Pastikan umat Islam tidak menjadikan masjid hanya sekadar tempat untuk buang air, tukar lampin anak, tidur, melepak dan merokok.

Itu belum lagi masuk bab orang Islam yang ramai menggunakan bomoh yang tidak mengikut syariat Islam untuk ilmu pengasih, penunduk, memenangi pilihanraya dan sebagainya.

Tiada ulasan: