KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130607

Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut





Semoga kita dapat mengamalkan sunnah yang nampak mudah tapi sering kita lupakan. Semoga tukang gunting rambut yang beragama Islam dapat diberi pendedahan oleh semua pihak agar dapat mengamalkan sunnah ini dengan mengumpulkan rambut pelanggan untuk diberikan kepada pelanggan mereka menguruskan sisa rambut mereka sendiri. Adakah kita rela sisa kuku dan rambut kita dibuang ke dalam tong sampah atau dibakar?


Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut

Mil binti Misraj menceritakan Bapanya Misraj -seorang sahabat Nabi- apabila ia memotong kuku, ia akan menghimpunnya, kemudian ia menanamnya. Ia berkata; “Begitulah aku melihat Rasulullah melakukannya”. (HR Imam al-Baihaqi dalam Syu’abil-Iman, hadis no. 6068)

Jika susah untuk menanamnya, hendaklah kita letakkan di tempat yang tersembunyi dari orang lain. Ini sebagaimana Rasulullah menyuruh Abdullah bin Zubair supaya mengambil darah bekamnya dan membuangnya di tempat yang tidak dilihat orang lain.

Dalam Sunan Kubra (Imam al-Baihaqi), diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair yang menceritakan; “Rasulullah telah berbekam, lalu ia memberi darahnya kepadaku dan berkata; ‘Pergi dan buangnya di tempat yang tersembunyi yang tidak ditemui oleh binatang buas, anjing atau manusia’” (Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13789)

Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/208, Kitab al-Janaiz.
2. Fatwa dari laman (Islamweb.com), no. 119428, 9187.

Tawaran Cetak Sampul Duit / Kad Raya dengan logo syarikat anda.





Tawaran Cetak  Sampul Duit / Kad Raya dengan logo syarikat anda.
Kami berkhidmat untuk memenuhi keperluan kerja cetak dan promosi bisness anda.

Hubungi :
Zainuddin 016 7720106

20130606

Seni bina rumah Melayu yang semakin dilupakan di Negeri Sembilan









Di negeri pantai barat, khususnya di Negeri Sembilan, amat sukar untuk melihat banglo moden yang ada seni bina atau ada ciri rumah Melayu. Tapi kalau kita pergi ke pantai timur seperti di Terengganu dan Kelantan kita akan dapat melihat rumah banglo moden masih mengekalkan seni bina Melayu.

Seni bina Melayu ini dikekalkan dalam banglo moden dengan hiasan ukiran kayu terutamanya pada atap. Baru-baru ini apabila saya ke Terengganu saya cuba mencari ukiran kayu pada hujung atap, entah apa nama saya tak tahu. Emak mertua saya namanya ialah Buah Putung (tak tahulah betul ke tak ejaannya).

Kami pun mencari Buah Putung ini di bengkel ukiran kayu untuk dicuba pasang di Negeri Sembilan.

Alangkah baiknya kalau kita di Negeri Sembilan dapat mengekalkan seni bina Melayu apabila membina rumah. Disamping mengekalkan tradisi kita dapat membangunkan industri perkayuan seni bina Melayu di Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan beratus tahun dahulu masyhur dengan industri keris, parang, senjata api, senibina rumah tanpa memerlukan paku dan sebagainya, tapi malangnya mereka yang sepatutnya mempertahankan warisan Melayu ini hanya sekadar Menang Sorak, Kampung Tergadai.

Buang sampah dengan betul boleh dapat pahala sedekah

Pagi tadi sempat memerhatikan gelagat pekerja kutip sampah. Seperti kebiasaan mereka akan membelek-belek sampah untuk mencari bahan kitar semula yang boleh dijual untuk menambahkan sedikit sumber pendapatan mereka seperti botol plastik, tin kosong dan sebagainya.
Untuk memudahkan mereka ini mengasingkan sampah, eloklah kita yang membuang sampah di rumah kita, membuangnya ke dalam plastik mengikut kategori sampah. Botol-botol plastik kita letak dalam satu plastik dan ikat. Tin-tin kosong, besi buruk kita letak dalam plastik lain dan ikat. Kotak-kotak besar, kita lipat-lipat dan ikat.

Sampah yang kita hendak buang, adalah punca rezeki kepada yang mengutip sampah. Kalau kita tidak mampu nak bantu mereka dengan duit, bantulah dengan kita mengasingkan sampah kita.

Komik Dakwah Rembau Most Wanted kini kembali


Komik Dakwah terbaru oleh Ustaz Zakaria Talib dari Rembau kini telah terbit bertajuk QADHA SOLAT , Siri Mu'allim 3. Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria 019-2865129.

Kegigihan Ustaz Zakaria berdakwah melalui buku dan komik dilaporkan sebelum ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/04/zakaria-kongsi-ilmu-terbit-buku-dakwah.html

Kes bunuh diri semakin membimbangkan.


Kajian statistik menunjukkan 11 peratus atau sekitar 3 juta rakyat Melaysia mempunyai masalah mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Dimana silapnya?

Selamat tinggal cinta
6 Jun 2013

Kuala Kangsar: Kecewa kerana ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung Ketior, di sini semalam.

Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis.

“Ibu mangsa yang berasa curiga sebaik anaknya tidak keluar dari bilik tidur pada pagi itu tergerak menjenguk mangsa di bilik. “Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ibunya terkejut apabila mendapati mangsa tergantung di dalam bilik berkenaan.

“Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Apakah persiapan kita sekiranya gempa bumi melanda Malaysia


Apakah persiapan kita sekiranya gempa bumi melanda Malaysia, kita tidak memintanya, tapi ianya tidak mustahil kerana negara ini, bumi ini milik Allah.

Laporan lengkap beberapa kejadian gempa kecil di Malaysia sebelum ini di http://gempamalaysia.blogspot.com

Gempa bumi lemah landa Borneo
6 Jun 2013

Gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Borneo pada 3.23 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 31km Barat Laut dari Tarakan, Indonesia dan 118km Barat Daya dari Tawau, Sabah dan dirasai gegarannya di Tawau.

Menurut jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, ia sedang memantau perkembangan kejadian itu.

Di Tawau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi yang melanda Borneo itu.

Menurut jurucakap JBPM Tawau, pihaknya menerima beberapa panggilan daripada orang awam sekitar pukul 3.30 pagi berhubung perkara itu.

"Setakat ini tiada sebarang kejadian yang melibatkan apa-apa kemusnahan," katanya.

-Bernama

20130605

Masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu cara hendak membuang sampah




Dah lebih 55 tahun Malaysia merdeka, dan tak sampai 7 tahun lagi kita sepatutnya menjadi negara maju dengan Wawasan 2020, masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak tahu cara hendak membuang sampah.

Papan tanda ini terletak di bandar Dungun, Terengganu. Kekadang bukan yang naik motosikal sahaja tak tahu cara membuang sampah, yang naik kereta mewah, BMW, Mercedes, Porsche pun dua kali lima.

Gagalkah sistem pelajaran, sistem pendidikan, sistem pelajaran, sistem pengajian tinggi, balik semula sistem pendidikan kita?

20130604

Ulamak yang berani menegur pemerintah


Siang tadi 4 Jun 2013 kami dalam perjalanan dari Kuantan ke Seremban, buka radio dalam kereta siaran Pahang FM. Tazkirah yang amat menyentuh perasaan saya dan isteri yang mendengarnya dengan begitu khusyuk sekali. Kisahnya seorang ulamak yang begitu berani menegur pemerintah pada ketika itu. Ulamak tersebut ialah Abu Hazim Salamah bin Dinar, manakala pemerintah tersebut ialah Khalifah Sulaiman bin Malik.

Apabila Khalifah Sulaiman dan segala pembesar dan alim ulamak dari Damaskus, ibu kota khalifah Umayyah melawat Madinah semua pembesar Madinah berpusu-pusu hendak berjumpa dengan hajat masing-masing. Namun Khalifah Sulaiman perasan Kadi dan Imam Madinah pada ketika itu iaini Abu Hazim tidak datang menyambutnya.

Lalu Khalifah Sulaiman memerintahkan pegawai khasnya memanggil Abu Hazim mengadap. Berlakulah dailog yang begitu panjang antara Abu Hazim dan Khalifah Sulaiman, dimana sebelum ini tiada ulamak yang berani menegur Khalifah Sulaiman melainkan Abu Hazim.

Dailognya semakin menarik apabila Khalifah Sulaiman tertarik akan nasihat yang diberikan oleh Abu Hazim.

Setelah selesai dailog dan Khalifah berpuas hati dengan Abu Hazim, lalu Khalifah menawarkan kepada Abu Hazim apa saja permintaan, Khalifah akan menunaikannya.

Abu Hazim tidak berkata apa-apa dan tidak meminta apa-apa. Setelah didesak Abu Hazim berkata , beliau takut Khalifah tidak akan dapat menunaikan permintaannya. Khalifah terus mendesak. Lalu Abu Hazim berkata “Selamatkan aku dari api neraka dan masukkan aku dalam syurga”. Itulah satu-satunya permintaan Abu Hazim kepada Khalifah, tersentak Khalifah mendengarkan permintaan Abu Hazim yang tidak akan dapat ditunaikannya.

Penceramah dalam Pahang FM berseloroh kalau kita jumpa pemerintah negara sekarang ini, apa yang kita minta, tanah, balak, biasiswa?

Ada lagikah ulamak yang seberani dan begitu lunak bercakap menasihati pemerintah seperti Abu Hazim pada zaman ini tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dunia, pangkat, harta dan kekayaan?


Kisah Tabi’in : Salamah bin Dinar (Abu Hazim Al-A’raj)

Pada tahun 97 H, khalifah muslimin, Sulaiman bin Abdul Malik menempuh perjalanan ke negeri yang disucikan, memenuhi undangan bapak para nabi, yakni Ibrahim As. Iring-iringan itu bergerak dengan cepat dari Damaskus, ibukota kekhalifahan Umawiyah, menuju Madinah Al-Munawarah.

Ada rasa rindu pada diri khalifah di raudhah nabawi yang suci dan rindu untuk mengucapkan salam atas Muhammad Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rombongan tersebut disertai para ahli qurra’ (ahli Al-Qur’an), muhadditsin (ahli hadits), fuqaha (ahli fikih), ulama, umara’ dan para perwira.

Setibanya khalifah di Madinah dan menurunkan perbekalan, orang-orang dan para pemuka Madinah menghampiri mereka untuk mengucapkan salam dan menyambut khalifah.

Akan tetapi Salamah bin Dinar sebagai Qadhi dan Imam kota yang terpercaya, ternyata tidak termasuk dalam rombongan manusia yang turut menyambut dan mengucapkan salam kepada khalifah.

Setelah selesai melayani orang-orang yang menyambutnya, Sulaiman bin Abdul Malik bertanya kepada orang-orang yang dekat dengannya, “Sesungguhnya hati itu bisa berkarat dari waktu ke waktu sebagaimana besi bila tidak ada yang mengingatkan dan membersihkan karatnya.” Mereka berkata, “Benar wahai amirul mukminin.” Lalu beliau berkata, “Tidak adakah di Madinah seorang yang bisa menasihati kita, seseorang yang pernah berjumpa dengan para sahabat Rasulullah?” Mereka menjawab, “Ada wahai amirul mukminin, di sini ada Abu Hazim Al-A’raj.”

Beliau bertanya, “Siapa itu Abu Hazim?” Mereka menjawab, “Dialah Salamah bin Dinar, seorang alim, cendekia dan imam di kota Madinah. Beliau termasuk salah satu tabi’in yang pernah bersahabat baik dengan beberapa sahabat utama.” Khalifah berkata, “Kalau begitu, panggillah beliau kemari, namun berlakulah sopan kepada beliau!”

Para pembantu dekat khalifah pun pergi memanggil Salamah bin Dinar.

Setelah Abu Hazim datang, khalifah menyambut dan membawanya ke tempat pertemuannya.

Khalifah, “Mengapa Anda demikian angkuhnya terhadapku wahai Abu Hazim?”

Abu Hazim, “Angkuh yang bagaimana yang Anda maksud dan Anda lihat dari saya wahai amirul mukminin?”

Khalifah, “Semua tokoh Madinah datang menyambutku, sedangkan Anda tak menampakkan diri sama sekali.”

Abu Hazim, “Dikatakan angkuh itu adalah setelah perkenalan, sedangkan Anda belum mengenal saya dan saya pun belum pernah mengenal Anda. Maka keangkuhan mana yang telah saya lakukan?”

Khalifah, “Benar alasan Syaikh dan khalifah telah salah berprasangka. Dalam benakku banyak masalah penting yang ingin aku utarakan kepada Anda wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim, “Katakanlah wahai amirul mukminin, Allah tempat memohon pertolongan.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, mengapa kita membenci kematian?”

Abu Hazim, “Karena kita memakmurkan dunia kita dan menghancurkan akhirat kita. Akhirnya kita benci keluar dari kemakmuran menuju kehancuran.”

Khalifah, “Anda benar. Wahai Abu Hazim, apa bagian kita di sisi Allah kelak?”

Abu Hazim, “Bandingkan amalan Anda dengan Kitabullah, niscaya Anda bisa mengetahuinya.”

Khalifah, “Dalam ayat yang mana saya dapat menemukannya?”

Abu Hazim, “Anda bisa temukan dalam firman-Nya yang suci, “Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam surga yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka,” (Al-Infithar: 13-14).

Khalifah, “Jika demikian, dimanakah letak rahmat Allah?”

Abu Hazim, (membaca firman Allah), “Sesungguhnya rahmat Allah dekat sekali dengan mereka yang berbut kebajikan.”

Khalifah, “Lalu bagaimana kita menghadap kepada Allah kelak, wahai Abu Hazim?”

Abu Hazim, “Orang-orang yang baik akan kembali kepada Allah seperti perantau yang kembali kepada keluarganya, sedangkan yang jahat akan datang seperti budak yang curang atau lari lalu diseret kepada majikannya dengan keras.”

Khalifah menangis mendengarnya sampai keluar isaknya kemudian berkata,

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, bagaimana cara memperbaiki diri?”

Abu Hazim, “Dengan meninggalkan kesombongan dan berhias dengan muru’ah (menjaga kehormatan).”

Khalifah, “Bagaimana cara memanfaatkan harta benda agar ada nilai takwa kepada Allah?”

Abu Hazim, “Bila Anda mengambilnya dengan cara yang benar dan meletakkan di tempat yang benar pula, lalu Anda membaginya dengan merata dan berlaku adil terhadap rakyat.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, jelaskan kepadaku, siapakah manusia yang paling mulia?”

Abu Hazim, “Yaitu orang-orang yang menjaga mur’ah dan bertakwa.”

Khalifah, “Lalu perkataan apa yang paling besar manfaatnya?”

Abu Hazim, “Perkataan yang benar, yang diucapkan di hadapan orang yang ditakuti dan diharap bantuannya.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, do’a manakah yang paling mustajab?”

Abu Hazim, “Do’anya orang yang baik untuk orang yang baik.”

Khalifah, “Sedekah manakahnya yang paling utama?”

Abu Hazim, “Sedekah dari orang yang kekurangan kepada orang yang memerlukan tanpa menggrutu dan kata-kata yang menyakitkan.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, siapakah orang yang paling dermawan dan terhormat?”

Abu Hazim, “Orang yang menemukan ketaatan kepada Allah, lalu diamalkan dan diajarkan kepada orang lain.”

Khalifah, “Siapakah orang yang paling dungu?”

Abu Hazim, “Orang yang terpengaruh oleh hawa nafsu kawannya padahal kawannya tersebut orang yang zhalim. Maka pada hakikatnya dia menjual akhiratnya untuk kepentingan dunia orang lain.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, maukah engkau mendampingi kami agar kami bisa mendapatkan sesuatu darimu dan Anda mendapatkan sesuatu dari kami?”

Abu Hazim, “Tidak, wahai amirul mukminin.”

Khalifah, “Mengapa?”

Abu Hazim, “Saya khawatir kelak akan condong kepada Anda sehingga Allah menghukum saya dengan kesulitan di dunia dan siska di akhirat.”

Khalifah, “Utarakanlah kebutuhan Anda kepada kami wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim tidak menjawab sehingga khalifah mengulami pertanyaannya, “Wahai Abu Hazim, utarakan hajat-hajatmu, kami akan memenuhi sepenuhnya.”

Abu Hazim, “Hajat saya adalah selamat dari api neraka dan masuk surga.”

Khalifah, “Itu bukan wewenang kami, wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim, “Saya tidak memiliki keperluan selain itu wahai amirul mukminin.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, berdo’alah untukku.”

Abu Hazim, “Ya Allah, bila hamba-Mu Sulaiman ini adalah orang yang Kau cintai, maka mudahkanlah baginya jalan kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jika dia termasuk musuh-Mu, maka berilah dia hidayat kepada apa yang Engkau sukai dan Engkau ridhai, Amin.”

Salah satu hadirin berkata, “Alangkah buruknya perkataanmu tentang amirul mukminin. Engkau sebutkan khalifah muslimin barangkali termasuk musuh Allah, kamu telah menyakti perasaannya.”

Abu Hazim, “Justru perkataanmu itulah yang buruk. Ketahuilah bahwa Allah telah mengambil janji dari para ulama agar berkata jujur, ‘Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya,’ (Ali Imran: 187).”

Beliau menoleh kepada khalifah seraya berkata, “Wahai amirul mukinin umat-umat terdahulu tinggal dalam kebaikan dan kebahagiaan selama para pemimpinnya selalu mendatangi ulama untuk mencari kebenaran pada diri mereka. Kemudian muncullah kaum dari golongan rendah yang mempelajari berbagai ilmu mendatangi para amir untuk mendapatkan sesuatu kesenangan dunia. Selanjutnya para amir tak lagi menghiraukan perkataan para ulama, maka mereka pun menjadi lemah dan hina di mata Allah. Seandainya segolongan ulama itu tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi para amir, tentulah amir-amir tersebut akan mendatangi mereka untuk mencari ilmu. Tetapi karena para ulama menginginkan apa yang di sisi para amir, maka para amir tak mau lagi menghiraukan ucapannya.”

Khalifah, “Anda benar. Tambahkanlah nasihat untukku, wahai Abu Hazim, aku benar-benar tidak mendapati hikmah yang lebih dekat dengan lidahnya daripada Anda.”

Abu Hazim, “Bila Anda termasuk orang yang suka menerima nasihat, maka apa yang saya utarakan tadi cukuplah sebagai bekal. Tetapi bila tidak dari golongan itu, maka tidak perlulah aku memanah dengan busur yang tidak ada talinya.”

Khalifah, “Wahai Abu Hazim, aku berharap Anda mau berwasiat kepadaku.”

Abu Hazim, “Baiklah, akan saya katakan dengan ringkas. Agungkanlah Allah dan jagalah jangan sampai Dia melihat Anda dalam keadaan yang tidak disukai-Nya dan tetaplah Anda berada di tempat yang diperintahkan-Nya.”

Setelah itu, Abu Hazim mengucapkan salam dan mohon diri. Khalifah berkata, “Semoga Allah membalas Anda dengan kebaikan wahai seorang alim yang suka menasihati.”

Setibanya di rumah, Abu Hazim mendapati sekantung dinar dari amirul mukminin yang disertai surat berbunyi, “Pergunakanlah harta ini, dan bagi Anda masih ada persediaan yang semisalnya di sisiku.” Namun beliau mengembalikan harta tersebut disertai surat balasan,

“Wahai amirul mukminin, saya berlindung kepada Allah apabila pertanyaan-pertanyaan Anda kepada saya hanya Anda anggap iseng dan jawaban saya pun bathil. Demi Allah, saya tidak rela hal itu terjadi pada diri Anda, lalu bagaimana saya bisa merelakannya untuk diri saya sendiri? Wahai amirul mukminin, bila dinar-dinar ini adalah imbalan atas kata-kata yang saya sampaikan kepada Anda, maka memakan bangkai dang daging babi dalam keadaan terpaksa adalah lebih halal daripadanya. Namun apabila ini memang hak saya dari Baitul Mal Muslimin, apakah Anda memberikannya sama besar dengan bagian muslimin yang lainnya?”

Tempat tinggal Salamah bin Dinar adalah madrasah yang cocok bagi siapapun yang ingin menuntut ilmu dan menghendaki kebaikan. Tidak ada bedanya baik saudara ataupun muridnya.

Pernah suatu ketika Abdurrahman bin Jarir datang bersama anaknya. Keduanya mengambil tempat duduk di sisi beliau dan memberi salam kemudian mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk beliau.

Keduanya disambut oleh Abu Hazim dan beliau membalas dengan salam yang lebih baik. Kemudian terjadilah perbincangan antara mereka.

Abdurrahman, “Wahai Abu Hazim, bagaimana Anda mendapatkan hati yang hidup itu?”

Abu Hazim, “Dengan membersihkan diri dari dosa-dosa besar. Bila seorang hamba bertekad meninggalkan dosa, maka terbukalah baginya kehidupan hati. Jangan pula dilupakan, wahai Abdurrahman, sedikit dari dunia ini melalaikan banyak dari akhirat kita. Dan setiap nikmat yang tidak mendekatkan engkau kepada Allah, maka itu menjadi siksa bagimu.”

Putra Abdurrahman, “Guru kita amatlah banyak. Lalu siapakah diantara mereka yang harus dijadikan teladan, wahai ayah?”

Abdurrahman, “Wahai putraku, ambillah teladan dari mereka yang takut kepada Allah dalam keadaan sembunyi, mereka yang menahan diri dari keburukan, memperbaiki diri di masa muda dan tidak menunda hingga datang hari tuanya. Ketahuilah wahai anakku, tidak ada satu hari di mana matahari terbit kecuali datang kepada penuntut ilmu tersebut nafsu dan ilmunya. Keduanya saling berlomba untuk mengalahkan di dalam dirinya. Bila ilmunya menang atas nafsunya, maka itulah hari keberentungan baginya. Tetapi bila nafsunya yang mengalahkan ilmunya, maka itulah hari kerugiannya.”

Kemudian Abdurrahman menoleh kepada Abu Hazim sambil berkata, “Wahai Abu Hazim, seringkali kita memperoleh sesuatu yang harus kita syukuri. Lantas bagaimana sebenarnya hakikat syukur itu?”

Abu Hazim, “Untuk setiap bagian dari tubuh kita adalah syukur.”

Abdurrahman, “Bagaimana cara mensyukuri kedua mata kita?”

Abu Hazim, “Bila melihat kebaikan, engkau menyebarkannya, dan bila melihat keburukan, engkau menutupinya.”

Abdurrahman, “Bagaimana cara bersyukur dengan kedua telinga kita?”

Abu Hazim, “Bila mendengar kebaikan, engkau tersadar dan bila mendengar kejahatan, engkau menyembunyikannya.”

Abdurrahman, “Bagaimana syukurnya kedua tangan?”

Abu Hazim, “Jangan menggunakannya untuk mengambil yang bukan hakmu dan jangan kau pakai untuk menghalangi hak-hak Allah. Jangan lupa wahai Abdurrahman, bahwa siapa yang membatasi syukurnya hanya dengan lidahnya tanpa menyertakan anggota badannya, maka dia seperti seorang yang memiliki pakaian yang hanya dibawa dengan tangannya namun dia tidak memakainya. Maka dia tidak bisa terhindar dari terik matahari dan hawa dingin.”

Suatu ketika Salamah bin Dinar menyertai pasukan muslimin menuju wilayah Romawi untuk berjihad fi sabilillah. Setelah mencapai pos terakhir perjalanannya, pasukan beristirahat terlebih dahulu sebelum menghadapi musuh dan terjun dalam kancah peperangan.

Pasukan itu dipimpin oleh seorang komandan dari Bani Umayah. Pada kesempatan ini, dia mengutus seseorang kepada Abu Hazim.

Utusan itu berkata, “Amir memanggil Anda agar Anda membacakan hadits kepada beliau dan ingin belajar dari Anda.”

Maka Abu Hazim menulis surat untuk disampaikan kepada komandan pasukan, berbunyi sebagai berikut, “Wahai komandan, saya sudah pernah berjumpa dengan para ahli ilmu dan mereka tidak pernah membawa ilmunya kepada orang-orang yang mengutamakan dunia. Saya rasa Anda juga tak ingin saya menjadi orang yang berbuat demikian. Bila Anda memerlukan saya, datanglah kemari. Semoga keselamatan bagi Anda dan orang-orang di sekeliling Anda.

Setelah membaca surat itu, komandan pasukan mendatangi Abu Hazim. Dia memberi salam lalu berkata, “Wahai Abu Hazim, kami sepakat dengan apa yang Anda tulis itu. Kami hargai nasihat Anda. Tambahkanlah peringatan dan nasihat kepada kami, semoga Anda mendapatkan balasan dengan lebih baik.”

Kemudian Abu Hazim memberikan peringatan dan nasihat-nasihatnya. Di antara yang beliau sampaikan adalah, “Perhatikanlah apa yang Anda sukai kelak di akhirat, kemudian bersemangatlah untuk mendapatkannya. Perhatikan pula hal-hal yang tidak Anda sukai di sana, maka berzuhudlah terhadapnya di dunia ini. Ketahuilah wahai komandan, bila kebatilan lebih Anda sukai dan Anda biarkan merajalela, maka yang akan datang dan mengelilingi Anda adalah orang-orang yang bathil dan munafiq. Bila kebenaran yang lebih Anda sukai, niscaya Anda akan dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan suka membantu. Oleh sebab itu, pilihlah mana yang lebih Anda sukai.”

Ketika menjelang ajal, Abu Hazim Al-A’raj ditanya oleh para sahabat beliau, “Bagaimana keadaan Anda wahai Abu Hazim?” beliau berkata, “Bila kita selamat dari keburukan dunia ini, maka tiadalah memadharatkan kita apa yang tidak kita dapatkan di dunia?” Lalu beliau membaca firman Allah Ta’ala, “Sesungguhnya orang-orang yang berimana dan beramal shalih, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang,” (Maryam: 96).

Beliau mengulang-ulang ayat tersebut hingga ajal menjemputnya.

Sumber: Buku “Mereka Adalah Para Tabi’in”, Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, Pustaka At-Tibyan

20130602

Wanita kita perlu dilatih guna tandas masjid untuk tukar lampin bayi


Masih ramai wanita kita, perempuan Melayu tidak tahu adab-adab menggunakan tandas masjid, tandas awam untuk menukar lampin anak mereka. Saya sendiri pernah melihat lampin-lampin bayi yang telah digunakan dibuang di atas lantai tandas, atas singki tandas apabila melakukan gotong royong di surau.

Oleh itu perlulah diadakan satu program menyeluruh, satu program holistik, yang disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, JAKIM, TV3 dan Utusan Malaysia untuk mendidik wanita Islam, terutamanya wanita Melayu yang menggunakan tandas masjid atau tandas awam agar tidak membuang lampin bayi mereka atau lampin mereka sendiri merata-rata.

Tidak semua masjid dan surau yang ada kakitangan sepenuh masa 24 jam seperti di R & R untuk melakukan kerja pembersihan tandas.

Oleh itu kepada para suami sentiasa bawalah plastik sampah atau plastik terpakai dalam kereta, pesan pada isteri apabila membuang lampin bayi atau lampin mereka sendiri masukkan dalam plastik ini. Kalau tiada tong sampah dalam tandas, pergi cari di luar tandas pasti ada tong sampah.

Pada 1 Jun 2013 dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Terengganu, kami singgah di sebuah masjid tepi pantai di jalan utama Kemaman ke Kuala Terengganu. Isteri saya merungut-rungut kerana lampin bayi dibiarkan bersepah di tandas perempuan masjid tersebut.

Kita bincang pasal Negara Islam, Islam Hadhari, Konsep Wasatiyyah dan macam-macam lagi tapi wanita Islam kita, terutama wanita Melayu masih ada yang tidak tahu adab-adab menggunakan tandas awam, terutamanya tandas masjid.

Polis yang soleh pembawa rahmat


Jumaat 31 Mei 2013, saya bersama anak-anak berkesempatan solat jemaah Maghrib di Masjid Bandar Baru Senawang. Kami sampai masjid di kala azan sedang berkumandang. Apabila masuk dalam masjid saya perhatikan seorang anggota polis berpangkat rendah dengan pakaian lengkap dan pistol otomatik terikat dipinggang berada antara saf hadapan.

Sejuk mata melihat senario sebegini, seorang polis yang soleh, datang tepat pada masanya di masjid untuk menunaikan solat, perkara pertama yang akan Allah tanya di akhirat nanti iaitu solat kita. Kesian pula tengok pada masa yang sama mereka yang tidak bertugas, sedang melepak di kedai kopi, di kafe hotel, di resort golf dan di pasar malam terutamanya tidak dapat berada di masjid sebelum azan berkumandang untuk menunggu solat jemaah.

Saya sendiri malu, saya yang tidak bekerja pada waktu itu, datang lewat ke masjid ketika azan sedang berkumandang, sedangkan seorang anggota polis boleh datang ke masjid tepat pada masanya.

Alangkah baiknya semua lelaki Islam di Malaysia dapat mencontohi anggota polis ini, samada pemandu teksi, pemandu bas ekspres, peniaga pasar malam, penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban, penguatkuasa JPJ, pekerja kilang seperti saya dan seterusnya.

20130531

Beri hutang lebih baik dari beri sedekah


Begitu banyak perkara baru yang dipelajari malam tadi semasa Majlis Ceramah sempena Israk Mikraj di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Sheikh Haji Baba Abdul Karim bin Haji Isa Al Fatoni, seorang ulama yang berasal dari Patani, Thailand akan tetapi telah berkhidmat di mahkamah Arab Saudi selama lebih 20 tahun. Pertama kali saya mendengar ceramah Sheikh Baba.

Sheikh Baba pun merupakan anak murid kepada beberapa ulama terkenal yang masih lagi mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Sheikh Baba amat sayang untuk meninggalkan Mekah kerana telah lama berkhidmat dan beribadah di sana. Akan tetapi atas arahan Tok Gurunya yang memerintahkan untuk beliau pulang ke Nusantara untuk mengajar kepada umat Islam di sini, maka beliau dengar dan taat akan arahan Tok Guru beliau.

Malam tadi beliau mengupas kitab Sheikh Daud Fatoni, beliau menceritakan dengan panjang lebar mengenai salasilah Sheikh Daud Fatoni hinggalah ke Saidina Husin ra., Saiditina Fatimah rah. dan Nabi Muhammad saw. Kaitannya juga dengan Raja Fatoni, Raja Champa dan Sunan Ampel.

Begitu banyak ilmu-ilmu kitab lama yang baru tahu orang jemaah yang hadir termasuk diri saya sendiri, terlalu banyak.

Antaranya ialah Sheikh Baba mengatakan memberi hutang kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik dari memberi sedekah. Jika kita memberi sedekah kita akan diberi 10 ganjaran, akan tetapi jika kita memberi hutang kita akan diberi 18 ganjaran. Ini adalah kerana mereka yang memang dalam kesempitan memerlukan hutang untuk melepaskan kesempitan tersebut, akan tetapi jika kita memberi sedekah adakalanya keperluannya tidaklah dalam keadaan yang amat memerlukan.

Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari semalam, yang tidak boleh saya sampaikan di sini kerana bimbang disalah tafsir.

Kepada mereka yang ingin menadah ilmu dengan Sheikh Baba bolehlah ke Masjid Negeri, Seremban pada hari Sabtu 1 Jun 2013 selepas Maghrib, beliau akan menyambung kitab kisah Israk Mikraj yang dah sampai di langit ke tujuh.

Cubalah pergi, barulah kita tahu betapa cetek, terlalu cetek, teramat cetek, ilmu dan amalan yang ada pada kita sekarang ini. Betapa banyaknya kita melakukan dosa dan betapa kurangnya kita beramal ibadat.