KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130602

Wanita kita perlu dilatih guna tandas masjid untuk tukar lampin bayi


Masih ramai wanita kita, perempuan Melayu tidak tahu adab-adab menggunakan tandas masjid, tandas awam untuk menukar lampin anak mereka. Saya sendiri pernah melihat lampin-lampin bayi yang telah digunakan dibuang di atas lantai tandas, atas singki tandas apabila melakukan gotong royong di surau.

Oleh itu perlulah diadakan satu program menyeluruh, satu program holistik, yang disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, JAKIM, TV3 dan Utusan Malaysia untuk mendidik wanita Islam, terutamanya wanita Melayu yang menggunakan tandas masjid atau tandas awam agar tidak membuang lampin bayi mereka atau lampin mereka sendiri merata-rata.

Tidak semua masjid dan surau yang ada kakitangan sepenuh masa 24 jam seperti di R & R untuk melakukan kerja pembersihan tandas.

Oleh itu kepada para suami sentiasa bawalah plastik sampah atau plastik terpakai dalam kereta, pesan pada isteri apabila membuang lampin bayi atau lampin mereka sendiri masukkan dalam plastik ini. Kalau tiada tong sampah dalam tandas, pergi cari di luar tandas pasti ada tong sampah.

Pada 1 Jun 2013 dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Terengganu, kami singgah di sebuah masjid tepi pantai di jalan utama Kemaman ke Kuala Terengganu. Isteri saya merungut-rungut kerana lampin bayi dibiarkan bersepah di tandas perempuan masjid tersebut.

Kita bincang pasal Negara Islam, Islam Hadhari, Konsep Wasatiyyah dan macam-macam lagi tapi wanita Islam kita, terutama wanita Melayu masih ada yang tidak tahu adab-adab menggunakan tandas awam, terutamanya tandas masjid.

Tiada ulasan: