KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130612

Kes demam malaria kini seluruh N.Sembilan




Alhamdulillah, sepupu saya Amir Ezam bin Baharuddin dari Kg Gadong, Rembau sudah pun mula pulih dari serangan demam malaria. Beliau sudah pun keluar dari Hospital Seremban pada 8 Jun 2013 yang lalu. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua teman-teman yang mendoakan kesihatan beliau.

Dari laman web Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menunjukkan kes demam malaria kini terdapat di semua daerah di N.Sembilan dengan yang terakhir di Rembau sebanyak 2 kes. Walaupun bilangan kes malaria tidak tinggi setakat ini iaitu 27 kes untuk seluruh N.Sembilan untuk tahun ini, namun kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti di hutan terutama pada waktu malam.

Kes demam malaria ini mengikut laporan tersebut ialah sebagai jangkitan zoonosis dari spesis Plasmodium knowlesi, iaitu demam malaria yang merbahaya dan boleh membawa maut. Jangkitan zoonosis ialah dari haiwan kemungkinan monyet yang dibawa melalui nyamuk tiruk ke manusia.

Hanya kepada Allah kita mohon pertolongan dan perlindungan daripada penyakit, wabak dan bencana.

*****************

Sebanyak 2 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 21 di daerah Rembau. Kedua-dua kes tersebut diklasifikasi sebagai jangkitan zoonosis dari spesis Plasmodium knowlesi. Tiada kawasan wabak Malaria dilaporkan dan tiada kematian akibat Malaria pada masa ini.


Plasmodium knowlesi: from Malaysia, a novel health care threat.

Epidemic foci of Plasmodium knowlesi malaria have been identified during the past ten years in Malaysia, in particular in the States of Sarawak and Sabah (Malaysia Borneo), and in the Pahang region (peninsular Malaysia).

P. knowlesi has been described as the causal agent of life-threatening and lethal forms of malaria: its clinical picture is more severe when compared with that of P. malariae.


Increasing Incidence of Plasmodium knowlesi Malaria .

The authors report an increase in malaria cases in Borneo caused by the Plasmodium knowlesi parasite, threatening the region’s hopes for malaria elimination. P. knowlesi is a strand of parasite found in macaques, which are native to the forests of Sabah, in northern Borneo. The parasite causes severe malaria in humans. It is transmitted via the forest-dwelling Anopheles leucosphyrus mosquito.


Zoonosis - What is a Zoonosis?

A zoonosis or zoonose is any infectious disease that can be transmitted (in some instances, by a vector) from non-human animals, both wild and domestic, to humans or from humans to non-human animals (the latter is sometimes called reverse zoonosis).

Senjata laser tidak dapat tandingi api neraka




Orang kafir tidak beriman kepada Allah, tapi mereka mengkaji teknologi yang terdapat dalam Al Quran untuk menghasilkan senjata pemusnah. Ada kisah yang mengatakan andaikata jika api neraka ini sampai ke bumi walaupun sebesar mata jarum pasti bumi ini akan musnah sama sekali. Api atau cahaya yang sebesar jarum yang boleh memusnahkan sesuatu ialah senjata laser atau juga dipanggil HEL (Neraka – Singkatan untuk High Energy Laser).

Tentera Amerika akan mula menggunakan senjata laser ini untuk memusnahkan kapal terbang pengintip musuh (drone) dalam masa terdekat. Untuk jangka masa panjang kos menggunakan senjata laser adalah jauh lebih murah dari menggunakan peluru berpandu.

Berapakah suhu senjata laser ini? Ada yang mengatakan 1000 Celsius. Manakala suhu matahari ialah 5000 Celsius di ruang photosphere. Namun pancaran laser ada yang boleh mencapai 111,000,000 Celsius.

Andaikata teknologi yang ada sekarang hanya boleh memusnahkan kapal terbang kecil dengan suhu antara 5000 ke 111,000,000 Celsius. Bayangkan suhu senjata laser ciptaan Allah yang boleh memusnahkan bumi dan seisinya dengan sekelip mata dengan api neraka yang sampai hanya sebesar mata jarum.

Itu belum lagi teknologi senjata bunyi yang sedang dibuat oleh negara barat dan dipertingkatkan dari masa ke semasa yang pasti tidak dapat menandingi senjata bunyi ciptaan Allah iaitu Sangkakala yang akan ditiup oleh malaikat Israfil.

Itu belum lagi teknologi mengembara lebih laju dari cahaya yang diilhamkan Einstein. Orang Negeri Sembilan kalau nak tahu teknologi mengembara lebih laju dari cahaya ini kena baca kisah begitu ramai ulama silam di Negeri Sembilan, antaranya Tuan Tulis.

Mereka yang takutkan Allah, mereka yang rapat dengan Allah, Allah akan beri mereka ilmu yang mereka tidak pinta untuk diagung-agungkan. Lagi banyak ilmu dan kefahaman yang Allah beri kepada mereka, lagi tunduk dan takut mereka kepada Allah.

Jauhnya kita dengan mereka adalah seperti antara langit dan bumi, jauhnya mereka dengan para Nabi juga adalah seperti antara langit dan bumi. Siapalah kita? Layakkah kita dipanggil orang beriman, pejuang kebenaran?

High Energy Laser Directed Energy Weapons

Most contemporary literature lumps together a broad mix of weapons technologies in the Directed Energy Weapon category, including High Energy Laser (HEL) weapons. While simple in principle, the design and construction of a Chemical Laser is anything but trivial. Combusters operate at temperatures as high as 1000 to 2000 deg C, depending on the laser fuel mix used.


When the Navy announced last month that it was deploying a shipboard laser weapon in the Persian Gulf, it seemed that the future of warfare had arrived, in which the enemy could be blasted from the sky by a beam of light.

The beam of light part is basically accurate — that’s what a laser produces, although in this case the light is not in the visible part of the spectrum. But the Navy weapon does not blast anything; instead, it heats its target, bombarding it with light particles until it ablates, ignites or otherwise is damaged. It is death by a bazillion photons.

Peter A. Morrison, manager of the Navy program, said the weapon’s lasers use a crystal that has been doped with a rare-earth element. Light-emitting diodes are used to “pump” the crystal — transferring energy into it and stimulating the emission of photons, which all have the same energy and exit the crystal from one end in a tight beam. Multiple lasers are used, and the beams can be focused so they overlap on the target, concentrating the photons on a small area.


Drone-wrecking laser gun to sail on US warship
12 April 2013

Incinerating a million dollars' worth of equipment in 3 seconds flat is pretty easy if you're the US navy and you need to destroy a hostile drone: short-range interceptor missiles that will do the job cost up to $1.4 million. But when the USS Ponce steams into the Arabian Gulf next year, it will have a far less costly countermeasure at its disposal: it will be the first warship to be armed with a shipboard laser weapon, the US Office of Naval


How hot is a laser beam?

Answer:  the hottest laser beam is about 1000 degrees Celsius

However a laser beam of the right frequency can easily heat something up far hotter 1000 C. Laser beams routinely vaporize steel, which boils at 3000 C (5400 F), and tungsten which boils at over 5550 C (10000 F). This approaches the surface temperature of the Sun, 5800 C or 104,400 F.

The biggest laser in the world, actually 192 lasers all focused on the same spot, is at the National Ignition Facility in Livermore California. They recently dumped 1 Megajoule of energy into a target a few mm across over a period of a few nanoseconds. They are shooting for temperatures of 200,000,000 F (111,000,000 C) in order to induce nuclear fusion in a frozen hydrogen pellet.

So I you could say that the hottest laser in the world can produce temperatures of around 111,000,000 C or 200,000,000 F which is about 7 times the temperatures estimated for the inside of the Sun; 30,000,000 F or 15,000,000 C.



How Hot is the Sun?

At the core of the sun, gravitational attraction produces immense pressure and temperature, which can reach more than 27 million degrees F (15 million degrees C). Hydrogen atoms get compressed and fuse together, creating helium. This process is called nuclear fusion.

The temperature in the photosphere is about 10,000 degrees F (5,500 degrees C). It is here that the sun's radiation is detected as sunlight. Sunspots on the photosphere are cooler and darker than the surrounding area. At the center of big sunspots the temperature can be as low as 7,300 degrees F (4,000 degrees C).


Blog dan fesbuk kita akan ditonton di akhirat nanti

Kita sekarang ini seronok mengambil gambar, menulis pengalaman kita di dalam blog dan fesbuk. Ianya adalah satu perkara yang baik jika kita niatkan kerana Allah, agar perkongsian kita yang sedikit ini jika ada kebaikan, semoga Allah terima sebagai amalan soleh.

Jika dulu kita ada diari dan album untuk mengenang kembali kisah silam kita untuk tatapan kita sendiri atau anak cucu kita.

Pernahkah kita terfikir, album, diari, fesbuk, blog, twitter dan seumpamanya telah lama wujud? Allah telah menugaskan dua malaikat yang sentiasa bersama kita di kiri dan kanan kita, untuk mengambil video setiap gerak geri kita di mana saja kita berada termasuk apabila kita masuk ke tandas, dan semua pengalaman kita, kisah kita, gambar kita, video kita ini akan dipertontonkan di hadapan Allah di akhirat nanti untuk diadili oleh Tuhan Yang Maha Adil.

Setiap kali kita menulis dalam fesbuk dan blog, fikir-fikirkanlah , kedua-dua malaikat yang tidak pernah tidur akan menulis juga fesbuk dan blog untuk kita yang akan dipertontonkan di akhirat nanti.

Tak perlulah kita risau jika ada gambar dan pengalaman kisah menarik yang kita lupa tulis dalam fesbuk dan blog kita, kerana malaikat Raqib dan Atid akan ssentiasa menulisnya, setiap jam, setiap detik, setiap saat.

Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
Hadith 38
Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambaNya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmanNya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaKu itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaKu itu.’” (Abu ash-Shaik dan Tabarani)

20130610

Program Seminar Syoknya Puasa




Jom sertai, sempena Ramadhan tiba. Seminar Syok Puasa bakal menemui anda.

Di Masjid Sikamat, Seremban pada 6 Julai 13(Sabtu) dan di Masjid Bandar Baru Senawang pada 7 Julai 13 (Ahad).

Untuk Remaja Lelaki dan Perempuan berumur 10-17 tahun.

Hanya RM15 seorang, Terhad 100 sahaja. Daftar Segera.

20130609

Kunyah makanan hingga lumat ubat pelbagai penyakit


Kunyah makanan hingga lumat, merupakan salah satu lagi sunnah Nabi Muhammad saw yang sering kita lupakan. Walhal ianya adalah ubat pelbagai penyakit yang menghantui orang kita dewasa ini seperti gastrik, sakit kepala, angin dalam badan, kencing manis dan mungkin juga pelbagai penyakit lain. Selepas membaca apa yang saya pautkan selepas ini, untuk umat Islam, perbetulkan niat kita, bahawa kita kunyah makan hingga lumat adalah untuk ikut sunnah Nabi semata-mata, walaupun banyak rahsia perubatan disebalik penawar yang ada dalam mulut ciptaan Allah, iaitu air liur. Untuk yang bukan Islam, amalan mengunyah makanan sehingga lumat hendaklah diamalkan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.

Pakar kesihatan menggalakkan kita mengunyah makanan hingga lumat kerana air liur kita dapat menguraikan kabohidrat yang menjadi punca pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Juga air liur kita bertindak sebagai pembunuh kuman dan bakteria untuk mengelakkan dari keracunan makanan dan sebagainya. Hatta kalau makan bubur atau minum air sekali pun kita digalakkan menggaul bubur dan air yang diminum dengan air liur kita dengan seakan-akan berkumur.

Kalau ikut sunnah Nabi dengan air liur kita sendiri pun dapat menyelesaikan pelbagai masalah di dunia ini, apatah lagi kalau umat Islam ikut semua yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith, pasti akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini dari kes ragutnya, kes rasuahnya, kes samunnya, kes buang bayi, zina, dadah dan banyak lagi.

Jadi selepas ini , marilah kita tenang apabila makan, sambil berzikir, kerana kita hendak hidupkan semula sunnah Nabi di akhir zaman. Ingat lagi kisah bagaimana Nabi Muhammad saw memberi makan kepada pengemis perempuan tua Yahudi dengan mengunyahkan dahulu makanan yang hendak disuapkan?

What's the rush? Eat slow, chew
Health experts advocate chewing food until it becomes mush in our mouth.

It's a talent I picked up during school years what with rushing to school in the morning and swallowing toast in the car, rushing again for lunch to make it in time for religious classes. And of course, some more rushing to get to night tuition classes.

The result? Unforgiving migraine-inducing gastric pains and super awful bouts of indigestion. And even if you're not prone to migraines, it would still pretty much be a pain in the gut.

According to science books (and journals) the enzymes in our saliva is responsible for digesting more than 35 per cent of starchy foods.

As a rule, many health aficionados advocate chewing food until it becomes mush in our mouth.

Lack of chewing can lead to mal-absorption of nutrients, bloating and irritable bowel syndrome.


Kisah Nabi Muhammad SAW mengunyah makanan untuk pengemis perempuan buta Yahudi

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”.Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana “, kata Aisyah RA.Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu?”. Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” , bantah si pengemis buta itu.“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. “Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

****************

The chemical process of digestion begins with chewing

Food's contact with saliva is not just important because it helps to lubricate the food, making it easier for foods (notably dried ones) to pass easier through the esophagus, but because saliva contains enzymes that contribute to the chemical process of digestion. Carbohydrate digestion begins with salivary alpha-amylase as it breaks down some of the chemical bonds that connect the simple sugars that comprise starches. Additionally, the first stage of fat digestion also occurs in the mouth with the secretion of the enzyme lingual lipase by glands that are located under the tongue.

Incomplete digestion can lead to bacterial overgrowth

Chewing relaxes the lower stomach muscle

Chewing Well: The Salivary Glands Partners for Life
by Kelly Reith, BA, RHN
But chewing our food well and allowing it to be coated with our mouths’ saliva can lead to digestive magic.

•Chewing well also allows the molecules of nutrients from the chewed food to be more quickly released and assimilated.

•Keeping a food in the mouth longer and chewing it well allows the food’s flavours to be recognized by the tongue. When the tongue recognizes the flavour it sends a message to the brain, which in turn sends messages to the digestive system resulting in the release of the correct digestive juices needed for that food.

•It is important to oral hygiene. The mouth is almost constantly flushed with saliva, which flushes away food debris and protects your teeth from decay. Saliva can actually kill some bacteria.

• Saliva acts as a first defense against bacterial infection. By chewing food well and creating more surface area on which the saliva can act, more potential food-borne bacteria can be killed.

• The bicarbonate in saliva may activate the enzyme cellulase found in raw vegetables. The enzyme cellulase digests the fibre cellulose. Together bicarbonate and cellulase begin to digest the raw vegetables. Chewing well also helps to break down the cellulose.

Don’t forget – even the most pureed soup or juiced veggies need to be ensalivated. Swish nutrient-rich liquids around in your mouth before you swallow. The carbohydrates present in the soup or juice can be partially digested by your saliva.

20130608

Asrama Sekolah Tahfiz swasta di N.Sembilan terbakar, perlu bantuan


Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi Ustaz Shaifudin 06-7911141 atau 013-3991359. Bantuan kewangan boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad

Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal
8 Jun 2013

LABU - Seramai 20 pelajar Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, di sini hilang tempat tinggal apabila sebahagian blok menempatkan asrama pelajar berkenaan terlibat dalam kebakaran, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam di Batu 10, Jalan Labu itu turut memusnahkan bilik pengetua sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Shaifudin Maulup, 38, bagaimanapun berkata, mujurlah tiada sesiapa di situ semasa kejadian berlaku berikutan kesemua 45 pelajar maahad tahfiz terbabit sedang bercuti sekolah.

“Ketika insiden berlaku, saya dan pembantu tadbir, Mohd Ezairy Ujang, 37, pula sedang menghadiri satu program ceramah keagamaan di Tampin sempena sambutan Israk Mikraj.

“Kami bergegas pulang selepas dimaklumkan isteri saya yang juga guru besar Sekolah Rendah Tahfiz Al-Quran Intergrasi Al-Irshad, Sharifah Norasyida Syed Nordin, 38, tentang kebakaran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Shaifudin, sebaik sahaja tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 11.25 malam, pihaknya mendapati api sudah pun dipadamkan oleh bomba, namun pelbagai kitab dan dokumen penting hangus dijilat api.

“Justeru, kita akan berbincang dengan ahli lembaga sekolah bagi mencari jalan menempatkan 20 pelajar lelaki terbabit yang berusia antara 14 hingga 15 tahun.

“Bagaimanapun, perkara ini agak sukar dilaksanakan memandangkan pihak sekolah sedang menghadapi masalah kewangan untuk membaik pulih bangunan berusia 56 tahun itu,” katanya.

Mengulas tentang bantuan orang ramai pula, Shaifudin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang pertolongan atau derma bagi meringankan beban ditanggung .

“Orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah di alamat Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, Batu 10, Jalan Labu, 71900 Labu yang boleh dihubungi melalui talian 06-7911141 atau 013-3991359.

“Selain itu, bantuan kewangan juga boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran negeri, Jamaluddin Marawi berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 9.47 malam.

“Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai membabitkan 12 anggota dikejarkan ke lokasi bagi menangani kebakaran tersebut.

“Selain itu, kita turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dengan kekuatan lapan anggota, di mana menyaksikan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan dipadam sepenuhnya 20 minit kemudian,” katanya.

20130607

Bekas Menteri Besar bersih tandas awam untuk buang ego


Acapkali sebelum ini saya tulis dalam blog saya betapa masyarakat kita terutama sekali orang Melayu yang beragama Islam tidak prihatin akan kebersihan tandas awam terutama tandas masjid dan surau. Kita perlu latih diri kita membersihkan tandas ini secara sukarela untuk mendatangkan sifat rendah diri.

Tadi saya terjumpa artikel bagaimana bekas Menteri Besar Kelantan memberi tandas masjid secara rahsia sebelum subuh untuk membuang ego diri. Kepada ramai pengikut Tok Guru, sanggupkah kita mengikut contoh yang telah ditunjukkan oleh Tok Guru kita membersih tandas masjid dan surau di tempat kita tanpa menunggu waktu gotong royong?

Saya pasti kita ada tidak kurang sejuta peminat, penyokong, pengikut Tok Guru. Kalau Tok Guru semasa menjadi MB pun boleh mencuci tandas, takkan kita sebagai rakyat hanya mengharapkan Tok Siak, petugas Majlis Perbandaran untuk mencuci tandas surau dan masjid? Kalau sejuta peyokong Tok Guru mencontohi Tok Guru pasti semua tandas di masjid dan surau kita bersih, dan semua kita bersikap rendah diri sesama kita serta berkasih sayang.

Antara artikel saya sebelum ini bertajuk “Teruskan semangat kempen PRU-13 dengan bersih tandas” di http://rozmal.blogspot.com/2013/05/teruskan-semangat-kempen-pru-13-dengan.html


""Cerita seorang ustaz yang pernah menumpang tidur di masjid yang berdekatan dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA).

Sebelum subuh beliau dengar ada orang bersihkan tandas.. Kemudian beliau bangun dan pergi jenguk siapa. Alangkah terkejutnya beliau mendapati TGNA sendiri yang sedang mencuci tandas. Dengan perasaan hiba hampir menangis beliau bertanya kenapa Tok Guru yang bersihkan..? Lalu TGNA jawab,

"Ini antara cara saya buang ego dalam diri.."

Ada rupanya Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau




Sebelum ini saya tercari-cari juga Kedai Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau. Kalau di Senawang saya dan anak-anak biasanya gunting rambut di Kedai Shamsul di pekan Senawang atau Kedai Akob Anak Beranak di Taman Desa Dahlia.

Semalam baru saya dapat maklumat ada Kedai Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau. Diusahakan oleh seorang anak muda yang sebelum ini diusahakan oleh seorang pakcik.

Lokasinya berhampiran Gelanggang Futsal Pekan Rembau, di deretan Gerai Majlis Daerah Rembau, No 10, gerai hujung sekali paling dekat dengan Gelanggang Futsal dan URESS.

Menurut maklumat yang diperolehi ini , anak muda tukang gunting ini juga menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah untuk menggunting rambut warga emas yang kurang upaya atau uzur.

Sekarang ini saya sedang mencari mereka yang boleh membuat kursus membuat pau. Ada permintaan dari kaum ibu di pekan Kota untuk kursus ini, kerana mereka ingin menambah pendapatan keluarga dengan membuat dan menjual pau. Kalau sesiapa ada maklumat harap maklum pada saya.

Semalam macam biasa beli burger di pekan Chengkau dari pemuda yang bernama Aboi atau Botak. Ternampak dua orang beliawanis menjual apam balik berhampiran gerai burger tersebut. Saya pun beli 2 apam balik coklat sahaja tak mahu kacang. Yang jual apam balik ni saya tak tahu nama, mereka ni anak Ramli yang ada kedai dekat kolam ikan dari Penajis Bandar.