KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130612

Blog dan fesbuk kita akan ditonton di akhirat nanti

Kita sekarang ini seronok mengambil gambar, menulis pengalaman kita di dalam blog dan fesbuk. Ianya adalah satu perkara yang baik jika kita niatkan kerana Allah, agar perkongsian kita yang sedikit ini jika ada kebaikan, semoga Allah terima sebagai amalan soleh.

Jika dulu kita ada diari dan album untuk mengenang kembali kisah silam kita untuk tatapan kita sendiri atau anak cucu kita.

Pernahkah kita terfikir, album, diari, fesbuk, blog, twitter dan seumpamanya telah lama wujud? Allah telah menugaskan dua malaikat yang sentiasa bersama kita di kiri dan kanan kita, untuk mengambil video setiap gerak geri kita di mana saja kita berada termasuk apabila kita masuk ke tandas, dan semua pengalaman kita, kisah kita, gambar kita, video kita ini akan dipertontonkan di hadapan Allah di akhirat nanti untuk diadili oleh Tuhan Yang Maha Adil.

Setiap kali kita menulis dalam fesbuk dan blog, fikir-fikirkanlah , kedua-dua malaikat yang tidak pernah tidur akan menulis juga fesbuk dan blog untuk kita yang akan dipertontonkan di akhirat nanti.

Tak perlulah kita risau jika ada gambar dan pengalaman kisah menarik yang kita lupa tulis dalam fesbuk dan blog kita, kerana malaikat Raqib dan Atid akan ssentiasa menulisnya, setiap jam, setiap detik, setiap saat.

Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
Hadith 38
Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambaNya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmanNya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaKu itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaKu itu.’” (Abu ash-Shaik dan Tabarani)

Tiada ulasan: