KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130512

Teruskan semangat kempen PRU-13 dengan bersih tandas


Semasa kempen PRU-13 antara jentera kempen yang paling rajin ialah jentera pemuda. Tidak kiralah pemuda PAS ke, pemuda UMNO ke, pemuda PKR ke. Mereka ini sanggup panjat pokok, panjat tiang, panjat bukit, panjat tembok untuk pasang bendera dan kain rentang. Ada antara anak muda ini tidak diberi apa-apa upah langsung untuk memasang bendera tersebut, dan ada yang diberi upah, mengikut kemampuan parti yang bertanding.

Selepas kempen PRU-13, tenaga pemuda ini harus disalurkan pula untuk melakukan kerja yang memberikan manafaat kepada mereka secara sukarela, atau kalau perlu , parti yang kaya dan berkemampuan teruskan memberi upah kepada pemuda-pemuda ini untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Antara kerja yang boleh memberi manafaat kepada pemuda ini, yang boleh mendatangkan sifat rendah diri, menghindari sifat sombong ialah kerja membersih tandas, terutama sekali tandas masjid dan surau.

Alangkah baiknya pemuda-pemuda Islam di Malaysia ini mempunyai semangat untuk membersih tandas masjid dan surau secara sukarela atau diberi upah oleh parti masing-masing.

Ini akan menarik lagi golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

Tiada ulasan: