KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130612

Kes demam malaria kini seluruh N.Sembilan




Alhamdulillah, sepupu saya Amir Ezam bin Baharuddin dari Kg Gadong, Rembau sudah pun mula pulih dari serangan demam malaria. Beliau sudah pun keluar dari Hospital Seremban pada 8 Jun 2013 yang lalu. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua teman-teman yang mendoakan kesihatan beliau.

Dari laman web Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menunjukkan kes demam malaria kini terdapat di semua daerah di N.Sembilan dengan yang terakhir di Rembau sebanyak 2 kes. Walaupun bilangan kes malaria tidak tinggi setakat ini iaitu 27 kes untuk seluruh N.Sembilan untuk tahun ini, namun kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti di hutan terutama pada waktu malam.

Kes demam malaria ini mengikut laporan tersebut ialah sebagai jangkitan zoonosis dari spesis Plasmodium knowlesi, iaitu demam malaria yang merbahaya dan boleh membawa maut. Jangkitan zoonosis ialah dari haiwan kemungkinan monyet yang dibawa melalui nyamuk tiruk ke manusia.

Hanya kepada Allah kita mohon pertolongan dan perlindungan daripada penyakit, wabak dan bencana.

*****************

Sebanyak 2 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 21 di daerah Rembau. Kedua-dua kes tersebut diklasifikasi sebagai jangkitan zoonosis dari spesis Plasmodium knowlesi. Tiada kawasan wabak Malaria dilaporkan dan tiada kematian akibat Malaria pada masa ini.


Plasmodium knowlesi: from Malaysia, a novel health care threat.

Epidemic foci of Plasmodium knowlesi malaria have been identified during the past ten years in Malaysia, in particular in the States of Sarawak and Sabah (Malaysia Borneo), and in the Pahang region (peninsular Malaysia).

P. knowlesi has been described as the causal agent of life-threatening and lethal forms of malaria: its clinical picture is more severe when compared with that of P. malariae.


Increasing Incidence of Plasmodium knowlesi Malaria .

The authors report an increase in malaria cases in Borneo caused by the Plasmodium knowlesi parasite, threatening the region’s hopes for malaria elimination. P. knowlesi is a strand of parasite found in macaques, which are native to the forests of Sabah, in northern Borneo. The parasite causes severe malaria in humans. It is transmitted via the forest-dwelling Anopheles leucosphyrus mosquito.


Zoonosis - What is a Zoonosis?

A zoonosis or zoonose is any infectious disease that can be transmitted (in some instances, by a vector) from non-human animals, both wild and domestic, to humans or from humans to non-human animals (the latter is sometimes called reverse zoonosis).

Tiada ulasan: