KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130607

Ada rupanya Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau




Sebelum ini saya tercari-cari juga Kedai Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau. Kalau di Senawang saya dan anak-anak biasanya gunting rambut di Kedai Shamsul di pekan Senawang atau Kedai Akob Anak Beranak di Taman Desa Dahlia.

Semalam baru saya dapat maklumat ada Kedai Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau. Diusahakan oleh seorang anak muda yang sebelum ini diusahakan oleh seorang pakcik.

Lokasinya berhampiran Gelanggang Futsal Pekan Rembau, di deretan Gerai Majlis Daerah Rembau, No 10, gerai hujung sekali paling dekat dengan Gelanggang Futsal dan URESS.

Menurut maklumat yang diperolehi ini , anak muda tukang gunting ini juga menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah untuk menggunting rambut warga emas yang kurang upaya atau uzur.

Sekarang ini saya sedang mencari mereka yang boleh membuat kursus membuat pau. Ada permintaan dari kaum ibu di pekan Kota untuk kursus ini, kerana mereka ingin menambah pendapatan keluarga dengan membuat dan menjual pau. Kalau sesiapa ada maklumat harap maklum pada saya.

Semalam macam biasa beli burger di pekan Chengkau dari pemuda yang bernama Aboi atau Botak. Ternampak dua orang beliawanis menjual apam balik berhampiran gerai burger tersebut. Saya pun beli 2 apam balik coklat sahaja tak mahu kacang. Yang jual apam balik ni saya tak tahu nama, mereka ni anak Ramli yang ada kedai dekat kolam ikan dari Penajis Bandar.

1 ulasan:

Hipu berkata...

Alhamdulillah,good sharing👍👍