KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130514

MAJLIS PELANCARAN BUKU ELEKTRONIK



MAJLIS PELANCARAN BUKU ELEKTRONIK
Jemputan untuk semua penulis dan pelukis, AJK PEN, ahli PEN, pendidik, penulis, penggiat bahasa, sastera dan budaya, sarjana, peminat dan pencinta ilmu.

Majlis Pelancaran Buku Elektronik 'Koleksi Karya Negeri Sembilan' dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) (sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan)

Tarikh:   17 Mei 2013 (Jumaat)
Masa:     11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat:  Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Tamu:     YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan merangkap Ketua Dua GAPENA

'Koleksi Karya Negeri Sembilan' menghimpunkan karya-karya penulis Negeri Sembilan.
Pelancaran karya kreatif yang menasik hasil Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak (anjuran KB, PEN dan Galeri Yusof Gajah, 2012 di Seremban)

Bawalah keluarga anda bersama-sama.

Bahasa dan Sastera berpisah tiada!

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya!

Sumber dari : penulisn9.blogspot.com

20130512

Teruskan semangat kempen PRU-13 dengan bersih tandas


Semasa kempen PRU-13 antara jentera kempen yang paling rajin ialah jentera pemuda. Tidak kiralah pemuda PAS ke, pemuda UMNO ke, pemuda PKR ke. Mereka ini sanggup panjat pokok, panjat tiang, panjat bukit, panjat tembok untuk pasang bendera dan kain rentang. Ada antara anak muda ini tidak diberi apa-apa upah langsung untuk memasang bendera tersebut, dan ada yang diberi upah, mengikut kemampuan parti yang bertanding.

Selepas kempen PRU-13, tenaga pemuda ini harus disalurkan pula untuk melakukan kerja yang memberikan manafaat kepada mereka secara sukarela, atau kalau perlu , parti yang kaya dan berkemampuan teruskan memberi upah kepada pemuda-pemuda ini untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Antara kerja yang boleh memberi manafaat kepada pemuda ini, yang boleh mendatangkan sifat rendah diri, menghindari sifat sombong ialah kerja membersih tandas, terutama sekali tandas masjid dan surau.

Alangkah baiknya pemuda-pemuda Islam di Malaysia ini mempunyai semangat untuk membersih tandas masjid dan surau secara sukarela atau diberi upah oleh parti masing-masing.

Ini akan menarik lagi golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

20130509

Selesai kempen pilihanraya, jom kempen solat pula


Sabtu 11 Mei 2013 ini, kita akan masuk bulan Rejab, bulan peristiwa Israk Mikraj, bulan turunnya perintah solat kepada semua umat Islam. Jika semasa pilihanraya parti-parti dominan Melayu, terutamanya PAS dan UMNO giat menjalankan kempen dengan menggantung begitu banyak kempen melalui kain rentang, poster, ceramah, SMS, TV, Radio, menyeru pengundi mengundi parti masing-masing, apa salahnya bulan Rejab ini, parti-parti dominan Melayu ini iaitu PAS, UMNO dan juga BERJASA, menjalankan kempen solat, tidak perlu kepada semua umat Islam, cukup untuk ahli parti mereka sendiri.

Letakkan gambar pemimpin di peringkat cawangan, bahagian, kawasan, negeri, pusat, seru ahli-ahli mereka untuk solat 5 waktu, yang lelaki solat berjemaah di masjid.

Berikan kata-kata kempen solat yang positif, seperti “Solatlah, nescaya kita akan berjaya dunia dan akhirat”, “Solatlah, kita akan mencapai ketenangan”, “Solatlah, jika kita kasihkan Allah dan Rasul” dan sebagainya.

Semasa kempen PRU-13, saya ada menerima panggilan telefon yang dirakam oleh seorang calon Parlimen di Negeri Sembilan selama 1 minit untuk mengundinya. Saya harapkan calon tersebut dapat melakukan perkara yang sama untuk menyeru ahli-ahlinya supaya mengerjakan solat melalui rakaman telefon kepada semua ahlinya, terutama golongan muda.

Kemuncak kempen solat ini ialah pada 27 Rejab nanti bersamaan 6 Jun 2013 hari Khamis, iaitu hari peringatan peristiwa Israk Mikraj.

Solatlah, kerana amalan utama yang akan ditanya nanti di akhirat nanti ialah solat.

Semoga tiada lagi masjid-masjid yang mati di Rembau sepertimana yang saya tulis sebelum ini di http://rozmal.blogspot.com/2013/05/masjid-masjid-yang-mati-di-rembau.html

20130508

Janji BN menubuhkan Galeri Islam di N.Sembilan perlu kajian menyeluruh

Antara intipati Aku Janji BN peringkat N.Sembilan semasa kempen PRU13 ialah untuk mewujudkan Galeri Islam. Penubuhan Galeri Islam ini ialah satu usaha yang telah lama di tunggu-tunggu bukan sahaja oleh umat Islam di Negeri Sembilan, tetapi orang bukan Islam terutamanya orang Cina.

Ini adalah kerana sejarah Negeri Sembilan juga bermula dengan peranan orang Cina di Negeri Sembilan yang bermula di Rembau. Apabila kerajaan Islam Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis, orang Cina di Melaka telah memboikot untuk berdagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan berlabuh di Lubok China, Rembau. Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China.

Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah menjadi Dato Lubok China pada waktu itu. Kerajaan Islam Rembau pada ketika itu banyak bekerja sama dengan orang-orang Cina dalam hal perdagangan.

Kerajaan Islam Rembau dengan bantuan Orang Asli telah banyak melakukan serangan ke atas Portugis di Melaka selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka dengan membawa senjata canggih pada ketika itu iaitu senapang, meriam dan guloh dari Sumatera.

Kisah keperwiraan pejuang Rembau menentang pengganas Portugis dan Belanda selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka saya tulis sebelum ini di http://rozmal.blogspot.com/2013/03/kajian-keperwiraan-pejuang-rembau.html

Cadangan PAS DUN Kota agar perlunya penubuhan Galeri Ulama di Rembau di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/penubuhan-galeri-ulama-di-dun-kota.html

Artikel jasa orang-orang Cina mempertahankan kerajaan Islam Melaka di http://waghih.blogspot.com/2012/03/jasa-kaum-cina-pertahan-melaka-dari.html

20130506

Jadual Kuliah Ustaz Hambali untuk bulan Mei 2013


Jom kita hadiri majlis yang dinaungi para malaikat ;

06 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh, Pedas
07 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
09 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Pinggiran Senawang
10 Mei 2013 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
11 Mei 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
12 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
12 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
13 Mei 2013 (Isn) : Kulah Bulanan PENGASIH
14 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
20 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
20 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Rembau Utama
21 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
22 Mei 2013 (Rab) : Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh
23 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah.
24 Mei 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Surau Hj.Musa BSS
25 Mei 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
26 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Pinggiran Senawang
26 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 G/Home
27 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
27 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Seri Pulai
28 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
30 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Al-Qudwah G/Street Home
31 Mei 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height

Alhamdulillah pilihanraya telah selesai, banyakkan istighfar

Alhamdulillah pilihanraya telah selesai. Banyakkanlah istighfar, kerana selama ini banyak amanah yang kita abaikan, masjid dan surau lama kita dah tak buat gotong royong, jarang-jarang dapat solat jemaah penuh di masjid.

Bagi yang kalah, doalah , mohonlah kepada Allah agar kempen kita semasa pilihanraya jika ada kesilapan, kelemahan diampunkan dosa kita. Kalau ada kebaikan semasa kempen kita, diterima Allah sebagai ganjaran pahala.

Bagi yang menang, ingatlah ini adalah amanah yang perlu kita jawab di hadapan Allah satu demi satu di akhirat nanti.

Kemenangan yang hakiki ialah bila kita berjaya menawan DUN dan Parlimen di akhirat nanti.

Tautkanlah balik persaudaraan kita dalam jemaah, dalam Islam , walaupun kita berlainan parti.

Tahniah kepada yang kalah kerana anda tidak dipikulkan dengan amanat untuk menjaga solat beribu-ribu pengundi Islam di DUN dan Parlimen anda. Takziah kepada yang menang kerana anda akan ditanya di akhirat nanti akan nasib dan kebajikan penduduk di DUN dan Parlimen anda , walaupun mereka bukan Islam.

Semoga Allah mengampuni dosa kita.

20130504

Masjid-masjid yang mati di Rembau


Jam 11.59 malam ini tamatlah tempoh berkempen untuk PRU-13. Esok seawal 8 pagi kita akan mula mengundi. Mari kita renung kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tempoh berkempen ini, berapa banyak amalan baik kita telah lakukan, berapa banyak dosa kita telah lakukan. Pasti banyak, tidak kiralah kita orang Islam yang menyokong PAS, PKR atau UMNO.

Saya dimaklumkan oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, sepanjang mereka pergi solat berjemaah bersama calon PAS, masjid-masjid di Rembau ini boleh dikatakan amat suram semasa solat jemaah 5 waktu. Ada satu waktu, ketika jentera Pakatan Rakyat berkempen di Lubok China, Rembau, mereka singgah solat Zuhur atau Asar di Masjid Kariah Sg Timun. Walaupun waktu sudah masuk namun tiada Imam setempat yang hadir.

Akhirnya salah seorang veteran PAS, Hj Harun mengimamkan solat jemaah di masjid tersebut.

Paling menyedihkan ialah solat Subuh, calon PAS, Hj Ghazali Mohd Shom yang sering solat subuh di beberapa masjid mengatakan tidak ramai yang hadir solat subuh.

Tidak kiralah siapa yang menang di DUN Kota, Parlimen Rembau nanti. Yang pasti , wakil rakyat yang menang ialah beragama Islam. Satu usaha harus dilakukan mulai sekarang sehinggalah menjawat wakil rakyat nanti, bagaimana untuk menarik pengundi-pengundi Islam di DUN Kota ini untuk berjemaah di masjid, terutama sekali orang Islam lelaki. Tidak kiralah pengundi tadi penyokong PAS, PKR dan UMNO.

Saya harapkan juga teman-teman saya dalam ISMA yang sibuk berkempen di Seremban, turunlah di kampung-kampung selepas ini, bukan sahaja di Rembau malahan di Kuala Pilah, Pasoh, Gemencheh dan di kawasan Felda.

Apa guna kita menang sorak, iman tergadai, masjid-masjid mati.

Tulisan saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Rembau di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html


Kempen “Solat Didahulukan, Allah Diutamakan” oleh PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/solat-didahulukan-allah-diutamakan.html

20130501

Orang kuat adat di N.Sembilan tertarik dengan usaha PAS


Petang tadi saya dihubungi oleh nombor yang belum pernah menghubungi saya sebelum ini. Dia mengenalkan diri sebagai Ketua Adat Perpatih untuk satu suku di Rembau atau Buapak yang bergelar Dato …....... Dia ada membaca mengenai satu tulisan dalam blog mengenai usaha yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan di PAS DUN Kota untuk memulihara beberapa tempat bersejarah di Negeri Sembilan.

Dia berharap dapat berbincang dengan lebih lanjut perkara tersebut. Saya berkata kepada Dato tersebut , memang sebenarnya di Rembau ini terlalu banyak tempat bersejarah yang anak-anak Rembau sendiri tidak tahu. Saya berkata kepada Dato tadi insyaAllah, selepas pilihanraya nanti kita bincang dengan lebih lanjut.

Dalam hati saya , jika PAS menang di DUN Kota, insyaAllah lebih mudah untuk menggerakkan usaha untuk memulihara tempat bersejarah di DUN Kota, agar Kota menjadi tempat tumpuan pelancongan pada masa akan datang, lebih baik dari Melaka sebenarnya, kerana Melaka , Portugis dan Belanda berjaya menjajah, tetapi tidak Rembau.

Tapi jika PAS tidak menang dalam PRU-13 kali ini, insyaAllah, akan diteruskan usaha tersebut melalui mana-mana pihak yang berminat untuk meneruskan usaha pemuliharan tempat bersejarah di Rembau, yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi anak-anak Rembau.

Usaha PAS DUN Kota sebelum ini untuk mempopularkan DUN Kota sebagai tempat bersejarah di

20130428

Anak Rembau tawarkan RM10 juta di Kota, Chembong dan Rantau jika Pakatan menang


Saya dihubungi melalui e-mel oleh seseorang Melayu yang tidak saya kenali. Katanya dia adalah merupakan anak Rembau. Dia mempunyai sekumpulan kawan-kawan dan rakan-rakan yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya kumpulan mereka ini inginkan PAS dan PKR menang di Parlimen Rembau, DUN Kota, DUN Chembong dan DUN Rantau.

Kata penulis e-mel ini , kumpulan dia akan melabur sekurang-kurangnya sebanyak RM 10 juta dalam setiap DUN di Kota, Chembong dan Rantau dalam pelbagai projek yang boleh menjana peluang pekerjaan untuk anak tempatan sekiranya Pakatan Rakyat menang di sini.

Dan katanya ada ramai orang luar Rembau yang akan melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat memenangi DUN dan Parlimen di Rembau, kerana karenah birokrasi yang sedia ada menyulitkan mereka untuk membuat pelaburan.

Saya cubalah siasat siapa orang yang mengirim e-mel ini, mana tahu , dia hanya main-main atau sengaja memberi isu yang memerangkap saya sendiri.

Setelah disiasat rupanya dia ada menulis sebelum ini satu artikel yang mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat. Saya tanya dia, adakah dia yang menulis artikel tersebut. Dan dia mengakuinya, kerana itu ialah pandangan beliau terhadap pemimpin berkenaan.

Dan dia masih memberikan komitmen untuk melabur di Rembau dan memanggil lagi rakan-rakannya untuk melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat menang di Parlimen dan DUN di Rembau.

Saya beritahu pada dia, saya tidak memusuhi orang-orang Umno di kampung-kampung. Saya sayang orang Umno di kampung saya, kerana mereka orang kampung saya, waris saya. Tapi saya kesian mereka tak senasib seperti saya. Apabila tanah mereka diambil, tanah adat, tanah rizab Melayu untuk tujuan pembangunan kerajaan seperti projek laluan paip gas, projek landasan keretapi berkembar, projek pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja, projek empangan air dekat Lubok China dengan pampasan yang tidak masuk akal , saya amat simpati. Mereka adalah penyokong tegar Umno, tiada tempat untuk mengadu, hanya sekadar boleh meluahkan perasaan kepada kita.

Semoga DUN Kota, Chembong, Rantau dan Parlimen Rembau kali ini ada perubahan untuk kebaikan orang-orang kampung.

Saya tiada apa-apa kepentingan dalam apa-apa projek pelaburan atau politik. Kalau nak ikutkan saya rasa selesa dengan rezeki yang saya ada sekarang ini, buat apa saya nak susah-sudah dengar rintihan orang-orang kampung yang rata-ratanya menyokong Umno.

Yakinlah, rezeki kita, Allah yang beri, bukan Umno, bukan PAS, bukan PKR.

Jom rehat minda

Jom kita rehatkan minda sebentar yang telah tepu dengan isu politik dengan kita menghadiri majlis ilmu yang disertai para malaikat di rumah Allah di Masjid Kg Batu, Rembau.

20130426

Terima kasih Umno DUN Kota

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan para petugas Umno di DUN Kota , khususnya di Kg Bongek kerana menunjukkan sikap yang professional dalam berkempen.

Ini adalah kerana rumah emak saya di Rembau adalah merupakan salah satu tempat yang dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di DUN Kota.

Banyak bendera BN dipacak sepanjang kiri kanan jalan dari Rembau hinggalah ke Chengkau. Namun bendera BN tidak dipasang di tepi jalan di hadapan rumah saya, walaupun ianya adalah tempat umum.

Terima kasih dan syabas kepada Umno di DUN Kota kerana inilah contoh etika kempen yang perlu dicontohi oleh semua pihak bukan sahaja BN, malahan PAS, PKR dan DAP.

Berkempenlah secara professional dan berhemah.

Kalau ada apa-apa masalah, kita boleh berbincang.

Kitakan sekampung.

20130425

Jom tolong bantu cari kucing yang hilang di Senawang




Seorang penduduk di Taman D'Elise, Taman Bandar Senawang  merayu kepada sesiapa yang menjumpai 6 ekor kucing kesayangannya yang dipercayai telah diambil dan dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab pada 19 April 2013 yang lalu agar dapat menghubunginya.

Kepada mereka yang mengetahui atau terjumpa kucing-kucing ini harap menghubungi pemiliknya Encik Sanusi , tel 017-624-1930 , e-mel sshassan.ns@gmail.com

20130423

Teks khutbah Jabatan Agama meleret, jemaah tidur


Artikel dari Blog Hanif Salleh,

PERHATIAN UTK. IMAM YG MEMIMPIN SOLAT JUMA'AT.

Acapkali Tuan Guru Syeikh Nuruddin menegur para Imam-Imam yang memimpin Solat di mana kebanyakan mereka hanyalah berijtihad sendiri sehinggakan terlalu banyak sunnnah-sunnah Nabi yang diabaikan.

Seperkara lagi ialah tentang pembacaan khutbah Juma'at yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama di mana ianya dilihat meleret-leret dan inilah sebenarnya yang menjadi asbab kenapa begitu ramai jemaah tidur ketika khutbah disampaikan.

Khutbah sepatutnya disampaikan dengan ringkas dan padat, cukup segala rukun-rukunnya dan solat yang didirikan adalah dengan bacaan surah yang telah diajar oleh Baginda Nabi Shallalahu Alayhi Wassalam.

Maka dengan itu kita melihat, pembacaan khutbah tidak langsung memberi kesan kepada ramai jemaah kerana ia dibaca mengikut penyediaan yang telah disediakan.

Sebaiknya para-para Imam diberi tugas untuk menyediakan khutbah-khutbah dan disemak oleh pihak Jabatan Agama kerana cara ini akan memberikan daya kreatif untuk berfikir kepada setiap Imam yang bertugas.


20130422

Ceramah Dato Hasan Din 28 Apr 2013 di Rembau




CERAMAH PERDANA
Tarikh : 28 April 2013, Ahad
Masa : 7 mlm (solat Maghrib berjemaah)
Tempat : Masjid Kariah Kg Batu, Rembau
Penceramah : Ustaz Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz 

Anjuran : Masjid Kariah Kg Batu

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir