Ini adalah kerana sejarah Negeri
Sembilan juga bermula dengan peranan orang Cina di Negeri Sembilan
yang bermula di Rembau. Apabila kerajaan Islam Melaka jatuh ke tangan
penjajah Portugis, orang Cina di Melaka telah memboikot untuk
berdagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di
Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan berlabuh
di Lubok China, Rembau. Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama
Lubok China.
Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun
Zainal Abidin telah menjadi Dato Lubok China pada waktu itu. Kerajaan
Islam Rembau pada ketika itu banyak bekerja sama dengan orang-orang
Cina dalam hal perdagangan.
Kerajaan Islam Rembau dengan bantuan
Orang Asli telah banyak melakukan serangan ke atas Portugis di Melaka
selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka dengan membawa senjata
canggih pada ketika itu iaitu senapang, meriam dan guloh dari
Sumatera.
Kisah keperwiraan pejuang Rembau
menentang pengganas Portugis dan Belanda selepas kejatuhan kerajaan
Islam Melaka saya tulis sebelum ini di
http://rozmal.blogspot.com/2013/03/kajian-keperwiraan-pejuang-rembau.html
Cadangan PAS DUN Kota agar perlunya
penubuhan Galeri Ulama di Rembau di
http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/penubuhan-galeri-ulama-di-dun-kota.html
Artikel jasa orang-orang Cina
mempertahankan kerajaan Islam Melaka di
http://waghih.blogspot.com/2012/03/jasa-kaum-cina-pertahan-melaka-dari.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan