Sabtu 11 Mei 2013 ini, kita akan masuk
bulan Rejab, bulan peristiwa Israk Mikraj, bulan turunnya perintah
solat kepada semua umat Islam. Jika semasa pilihanraya parti-parti
dominan Melayu, terutamanya PAS dan UMNO giat menjalankan kempen
dengan menggantung begitu banyak kempen melalui kain rentang, poster,
ceramah, SMS, TV, Radio, menyeru pengundi mengundi parti
masing-masing, apa salahnya bulan Rejab ini, parti-parti dominan
Melayu ini iaitu PAS, UMNO dan juga BERJASA, menjalankan kempen
solat, tidak perlu kepada semua umat Islam, cukup untuk ahli parti
mereka sendiri.
Letakkan gambar pemimpin di peringkat
cawangan, bahagian, kawasan, negeri, pusat, seru ahli-ahli mereka
untuk solat 5 waktu, yang lelaki solat berjemaah di masjid.
Berikan kata-kata kempen solat yang
positif, seperti “Solatlah, nescaya kita akan berjaya dunia dan
akhirat”, “Solatlah, kita akan mencapai ketenangan”, “Solatlah,
jika kita kasihkan Allah dan Rasul” dan sebagainya.
Semasa kempen PRU-13, saya ada menerima
panggilan telefon yang dirakam oleh seorang calon Parlimen di Negeri
Sembilan selama 1 minit untuk mengundinya. Saya harapkan calon
tersebut dapat melakukan perkara yang sama untuk menyeru ahli-ahlinya
supaya mengerjakan solat melalui rakaman telefon kepada semua
ahlinya, terutama golongan muda.
Kemuncak kempen solat ini ialah pada 27
Rejab nanti bersamaan 6 Jun 2013 hari Khamis, iaitu hari peringatan
peristiwa Israk Mikraj.
Solatlah, kerana amalan utama yang akan
ditanya nanti di akhirat nanti ialah solat.
Semoga tiada lagi masjid-masjid yang
mati di Rembau sepertimana yang saya tulis sebelum ini di
http://rozmal.blogspot.com/2013/05/masjid-masjid-yang-mati-di-rembau.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan