KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151124

Bajet kahwin tinggi faktor maksiat



Betul ke? Mungkin YAPEIM ada jalan penyelesainnya?


Bajet kahwin tinggi faktor maksiat
Sinar Harian, 24 November 2015

NUSAJAYA - Berdasarkan tangkapan dan perbicaraan dijalankan mahkamah syariah di negeri ini sepanjang tahun lalu, seramai 538 individu disyaki melakukan perbuatan persetubuhan luar nikah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, sehingga Oktober lalu sebanyak 300 fail bagi kesalahan terbabit telah dibuka membabitkan 600 orang.

Menurutnya, antara faktor masalah persetubuhan haram berpunca daripada tindakan meletakkan nilai hantaran tinggi dan perbelanjaan perkahwinan semakin meningkat.

“Nilai hantaran tinggi dan perbelanjaan kenduri kahwin semakin meningkat menyebabkan kesukaran berkahwin yang akhirnya menyebabkan mereka melakukan maksiat.

Abd Mutalib yang juga Adun Layang-layang berkata, kealpaan ibu bapa mencari rezeki sehingga mengabaikan pergerakan anak-anak dan peranan masyarakat yang tidak gemar mengambil tahu hal sekeliling turut menjadi faktor kerosakan moral dalam kalangan pelaku zina.

Tiada ulasan: