KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151120

Kejadian cubaan samun di sekitar Senawang



Pantau tiga taman di Senawang. Kejadian cubaan samun di sekitar Senawang, kelmarin menjadi viral di facebook.
20 November 2015


SEREMBAN – Tiga taman di Senawang iaitu Taman Matahari Indah, Taman Senawang Indah dan Taman Bandar Senawang akan dipantau berikutan berlaku cubaan samun sekumpulan lelaki terhadap seorang penduduk di sini, kelmarin.

Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, polis akan membuat rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian jenayah berlaku.

"Tiada laporan polis dibuat tetapi kita telah dapatkan cerita sebenar daripada mangsa dan kejadian mungkin berulang.

"Apapun kita akan pantau berdasarkan apa yang dikatakan terutama di kawasan disebutkan mangsa," katanya di sini, semalam.

Kelmarin, dalam laman sosial facebook milik seorang penduduk mendakwa, dia melihat sebuah Toyota Corolla berwarna putih yang dinaiki empat lelaki berhenti di depan rumahnya, lebih kurang jam 7 pagi.

Salah seorang lelaki keluar dari kereta berkenaan dengan memegang besi paip atau parang.

Bagaimanapun, lelaki tersebut melarikan diri apabila melihat mangsa sedang memegang cangkul.

Susulan kejadian itu, mangsa meminta semua penduduk di Taman Matahari Indah, Taman Bandar Senawang dan Taman Senawang Indah agar sentiasa berhati-hati.

Tiada ulasan: