KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151118

Sekolah kampung lebih cemerlang dari sekolah bandar di N.Sembilan



Lepas ni ramailah ibu bapa akan hantar anak sekolah di kampung, terutamanya di Rembau. Kenapa? Adakah sekolah di bandar banyak masalah sosial? Ibu bapa di bandar macam-macam ragam dengan guru? Nazir terlalu kerap memantau sekolah bandar? Bilangan murid terlalu padat untuk setiap kelas di bandar?

********************** 

1,806 calon NS peroleh 5A, 7A

SEREMBAN 17 Nov. 2015 - Seramai 1,806 orang atau 10.5 peratus calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua jenis sekolah di Negeri Sembilan memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A sebagaimana yang diumumkan pada hari ini.

Dalam pencapaian peringkat daerah pula, menunjukkan daerah Rembau, Gred Purata terbaik apabila memperoleh 2.05 berbanding 2.10 pada tahun lalu.

Sementara itu 10 sekolah yang mencapai keputusan cemerlang di Negeri Sembilan adalah SMK Batu Kikir (Model Khas - ada penempatan pelajar sekolah rendah di SMK ini); SK Pulapah (Jempol); SK Kampung Batu (Rembau); SK Seremban 2A; SJK(C) Kg. Baru Gedok; SK Kuala Kepis; SK Puteri; SK Rembang Panas; SJK(T) Ladang Sungai Kelamah dan SK Sungai Dua Kuala Pilah.

Tiada ulasan: