KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151110

FREE MARKET – Kumpul dan Agih , Sama Merasa

FREE MARKET – Kumpul dan Agih , Sama Merasa


Muslimat Rembau akan mengadakan Program Free Market iaitu edaran barang-barang terpakai kegunaan harian yang masih elok kepada golongan yang memerlukan sekitar Senawang pada 21 November 2015 secara percuma.

Untuk menjayakan program ini, orang ramai yang mempunyai barangan keperluan harian yang terpakai yang masih elok, berfungsi, tidak cacat dan sebagainya seperti kasut, beg tangan, telekung, sejadah, rehal, Al Quran, majalah ilmiah, bahan bacaan ilmiah, pinggan, gelas, periuk, sudu, cawan, seterika, kipas angin, radio, televisyen, basikal dan sebagainya bolehlah menghantar ke pihak penganjur sebelum 20 November 2015.

Pastikan barangan terpakai tadi dalam keadaan baik, tidak kotor, bersih, bukan barangan yang hendak dibuang.

Mereka yang ingin menjayakan program ini sila hubungi Puan Rusilah 0193572101.

Pusat pengumpulan barangan terpakai ini ialah di No 6, Jalan Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang.

Tiada ulasan: