KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170309

Ahli Parlimen diminta bantu beli uniform RELA



BIAR BETUL! Ukur baju di badan sendirilah

Ahli Parlimen diminta bantu beli uniform RELA
9 Mac 2017

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru sumbangan Ahli Parlimen bagi membantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membeli pakaian seragam untuk anggota di kawasan Parlimen masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sebelum ini sudah menyediakan peruntukan sebanyak RM154.5 juta bagi tujuan membeli pakaian seragam RELA, namun ia masih tidak mencukupi berbanding jumlah anggota RELA seramai 3.24 juta. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jumlah itu adalah tinggi dan peruntukan yang diberikan kerajaan hanya mampu membeli kira-kira 200,000 pakaian seragam sahaja.

"Pada tahun lalu, saya cuma meminta RM50,000 tetapi kita tidak akan menolak jika ada (Ahli Parlimen) yang mahu memberi sehingga RM100,000. "Peruntukan itu tidak akan digunakan oleh RELA sebagai sebuah jabatan, sebaliknya akan digunakan untuk membeli pakaian seragam RELA untuk digunakan pegawai dan anggota mereka di kawasan Parlimen masing-masing.

- Berita Harian


Tiada ulasan: