KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170315

Apa komen PERKESO dalam kes ini?


Tak boleh bekerja lepas jatuh
14 Mac 2017  
           
Seremban: “Saya mengalami masalah tulang belakang beralih kedudukan, ibu diserang angin ahmar ringan manakala bapa tiri menghidap sakit tua. Baki pencen bapa tiri hanya tinggal RM100 dan ia tidak cukup untuk perbelanjaan kami,” kata Mona Linalilla Azman, 29.

Mona Linalilla yang tinggal di Taman College Height, Sikamat di sini, berdepan masalah tulang belakang akibat terjatuh di eskalator di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada 2011.

Mona Linalilla berkata, kejadian jam 5 petang itu berlaku sebaik dia yang bekerja di sebuah premis menuruni eskalator sebelum tergelincir.

“Akibatnya, saya terjatuh dalam keadaan terduduk dan tulang belakang membengkok hingga beralih daripada kedudukan. Saya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) selama setahun namun masih belum pulih.

“Bermula 2012 hingga kini, saya sukar untuk bergerak dan terpaksa berhenti kerja. Kini, saya hanya terbaring di katil dan urusan seharian dibantu ibu yang turut tidak sihat,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (PERKASIH) Negeri Sembilan di rumahnya, semalam.

Pada masa sama, pihak yang prihatin boleh membantu keluarga berkenaan dengan menyumbang ke akaun CIMB Mona Linalilla Azman di 05060163059521.

Menurutnya, perkara paling menyedihkan ialah apabila ibunya, Zaleha Talib, 56, diserang angin ahmar manakala bapa tirinya, Md Din Abd Rashed, 65, menghidap sakit tua.

Mona Linalilla berkata, dia sudah dua kali membuat permohonan mendapatkan tuntutan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun lalu namun masih belum menerima sebarang keputusan.

- Harian Metro


Tiada ulasan: