Hati-hati memandu di lebuhraya Seremban-PD, ada lembu
melintas
1 Mac 2017, Port Dickson: “Saya cuba mengelak seekor lembu
yang melintas lalu terbabas ke kiri dan merempuh penghadang jalan. Sebuah
motosikal kemudian melanggar belakang kereta saya menyebabkan penunggangnya
terjatuh sebelum dirempuh beberapa kenderaan lain,” kata Norain Zulkifli, 28,
salah seorang mangsa kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 21.2,
Lebuhraya Seremban-Port Dickson, semalam. Kemalangan berlaku jam 6.15 pagi
menyebabkan penunggang motosikal yang tiada identiti maut di tempat kejadian
dengan badannya hancur digilis sebuah kereta.
- Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan