NOSTALGIA PESAWAT SABRE TUDM
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (Bersara)
Ruang udara Malaysia pada suatu ketika pernah digegarkan
oleh pesawat jet pemintas CAC Avon Sabre F-86 dan ia adalah kemegahan dan
simbol pertahanan udara yang dikendalikan oleh No. 11 Skuadron, Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Butterworth.
Kini perkhidmatan pesawat pertama yang khusus untuk tugas
pertahanan udara hanya tinggal kenangan dan penerbangan lintas terakhir
dilakukankan oleh juruterbang skuadron sebagai ucapan selamat tinggal pesawat
tersebut kepada TUDM pada 31 Ogos 1975.
Sejarah No. 11 Skuadron bermula dengan penerimaan 10 buah
pesawat Sabre hadiah daripada kerajaan Australia pada bulan September 1969.
Sebagai pesawat perintis pertama yang digunakan untuk tugas
pertahanan di Pangkalan Udara Butterworth, Sabre dilengkapi dengan meriam
kembar 30mm Aden dan juga kemampuan untuk dipersenjatai dengan Sidewinder.
Pesawat F-86 Sabre yang dihasilkan oleh Amerika Utara
Aviation Corporation telah terlibat dalam perang Korea iaitu 51 FIW di Suwon
(pangkalan udara K-13) dan FIW 4 di Kimpo (K-14) berhampiran Seoul dan
kedua-dua sayap terlibat untuk melawan MiG-15 buatan Rusia yang merupakan
pesawat saingan hebat pada era berkenaan.
Sebanyak 4 buah pesawat sabre telah dihadiahkan kepada
kerajaan Indonesia pada 1976 dan tugas untuk menerbangkan pesawat Sabre ke
Indonesia telah dilakukan oleh bekas juruterbang No.11 Skuadron yang telah
dibubarkan iaitu Kapt Abdullah Ahmad, Kapt Lui, Lt Basher Abu Bakar dan Lt
Victor Emmanuel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan