Hati-hati apabila menggunakan tandas awam, terutama di
tempat sunyi dan tersorok
Samun warga emas dalam tandas awam di stesen minyak
8 Mac 2017
TELUK INTAN - Seorang penganggur nekad menyamun warga emas
dengan menggunakan pisau lipat dalam satu kejadian di Stesen Minyak Petron
Hutan Melintang, Isnin lalu.
Mangsa yang berusia 86 tahun diugut oleh suspek jika tidak
memberinya wang serta barang berharga yang ada pada diri mangsa.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asistan Komisioner Wan
Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang ketika
mangsa berada di dalam tandas stesen minyak tersebut.
"Suspek dikatakan terus menuju ke arah mangsa dan
mengacu pisau ke perutnya sambil memaksa menyerahkan wang atau dia akan
dicederakan.
"Akibat ketakutan warga emas berkenaan menyerahkan beg
duit miliknya yang berisi wang tunai serta dokumen pengenalan diri,"
katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Hilir Perak, hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan