KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170315

Sudah siap ke Rumah generasi kedua Felda di N.Sembilan




Rumah generasi kedua Felda di Felda Pasoh Satu
14 Feb. 2014 – Utusan Malaysia

JELEBU - Sebuah perumahan baharu bagi Generasi Kedua Felda sedang dalam pembinaan di sini bagi memenuhi keperluan penduduk di Felda Pasoh Satu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias berkata, projek ini merupakan penempatan untuk generasi berkenaan yang pertama dibina dalam kawasan Jelebu.

"Di Felda ini sebanyak 144 unit rumah akan dibina dan ketika ini sudah di peringkat 30 peratus pembinaan. Sekiranya mengikut jadual, rumah ini perlu diserahkan kepada generasi berkenaan pada pertengahan tahun ini," katanya selepas melawat Tapak Projek Perumahan Generasi Kedua di Felda Pasoh Satu dekat sini hari ini.

Tambahnya, sewaktu pelancaran projek ini kira-kira enam bulan lalu, Felda telah memberikan komitmen dan menegaskan rumah tersebut akan dijual pada harga serendah RM70,000 seunit.

Serah milik tahun hadapan
27 Oktober 2015 – Sinar Harian

SEREMBAN – Projek perumahan generasi baharu Felda di Pasoh 1 dan Pasir Besar akan diserahkan kepada pemilik pada suku pertama tahun depan (tahun 2016).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, dua projek perumahan itu termasuk 1,833 rumah generasi baharu Felda yang sedang dalam pembinaan di lapan kawasan di negeri ini.

Projek di bawah anak syarikat Felda iaitu Perumahan Felda Sdn Bhd itu membabitkan lapan kawasan iaitu Felda Pasoh 1, Pasir Besar, Bukit Jalor, Bukit Rokan Utara, Palong 8/9, Palong 12, palong 16 dan Pasoh 2 dan 3.

“Sebanyak 144 unit rumah di Felda Pasoh 1 dan 120 unit rumah di Felda Pasir Besar kini dalam 92 peratus siap sebelum kita serahkan kepada pemilik pada suku pertama tahun depan.

“Manakala 150 unit rumah di Felda Palong 12 dijangka siap pada suku kedua tahun depan dan lima kawasan Felda selebihnya itu akan siap pada 2017,” katanya dalam sidang media di bilik tetamu, Wisma Negeri, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, sebanyak 1,539 unit rumah akan dibina dalam masa terdekat di 16 kawasan Felda di negeri ini.


Tiada ulasan: