Jangan buat pinjaman untuk majlis perkahwinan. Tak mampu,
buat cara tak mampu. Buat doa selamat di surau untuk jemaah surau pun dah
memadai untuk meraikan perkahwinan. Jangan risau apa orang kata, risau apa
Allah kata.
Bank tuntut hutang 50 kali sehari
9 Mac 2017
Kuala Lumpur: Lebih 50 panggilan telefon diterima oleh
seorang lelaki hanya kerana lewat membayar ansuran bulanan pinjaman peribadi
daripada dua institusi kewangan hingga menyebabkan kehidupannya menjadi huru
hara.
Malah, pemungut hutang yang diupah institusi kewangan itu
bertindak lebih berani dengan mengugut untuk menghantar orang bagi memungut
hutang selain turut meminta menerusi faksimili atau menelefon pejabat lelaki
terbabit.
Menceritakan detik malang itu, lelaki dikenali sebagai
Hamidi Shah, 35, berkata, dia membuat pinjaman peribadi dengan institusi
kewangan terbabit untuk membeli beberapa barangan serta menguruskan majlis
perkahwinannya.
“Sebelum ini, saya membuat bayaran bulanan bagi pinjaman
berkenaan mengikut tempoh malah tidak pernah tertunggak atau membuat pembayaran
lewat.
“Namun, sejak beberapa bulan lalu, saya mengalami sedikit
masalah kewangan dan hanya terlewat beberapa hari untuk membayarnya namun
institusi kewangan berkenaan membuat panggilan berpuluh kali selain meminta wang
seperti gengster,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di pejabat
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Beliau berkata, pinjaman yang dianggap memberi kelegaan
apabila menghadapi masalah kewangan kini menjadi bebanan malah tekanan kepadanya
dan isteri.
- Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan