KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140810

Teruskan berdoa dan menderma untuk Gaza


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan amat mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Tabung Gaza, Palestin melalui pihak kami sila salurkan ke akaun berikut ;

Bank : Bank Islam
No Akaun : 05012010047905
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Tabung GAZA ini akan disalurkan untuk tujuan apa-apa keperluan mengikut keutamaan samada bantuan perubatan, pembinaan semula masjid atau rumah, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Rozmal bin Malakan, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan melalui Tel/SMS/Whatsapp ; 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Laman web Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan ; http://yam-ns.blogspot.com
Laman web Yayasan Amal Malaysia ; http://wp.amalmalaysia.org

Kereta GAZA MERDEKA


Kami sedang mencari sebutharga untuk mengecat kereta GAZA MERDEKA seperti ini sekitar Senawang atau Seremban.

Kepada mana-mana bengkel yang ingin menawarkan harga yang terbaik harap SMS/Whatsapp ke Hj Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di 0122267406

Kepada mana-mana pihak yang sudi menaja untuk mengecat kereta GAZA MERDEKA ini dan individu yang ingin menawarkan kereta mereka dicat sebegini harap maklum kepada Hj Rozmal.

Info lanjut Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

Puting beliung landa N.Sembilan


Puting beliung landa N.Sembilan. Telah banyak amaran diberi, nak tunggu apa lagi? Marilah kita sama-sama pastikan semua masjid di Negeri Sembilan ini hidup, meriah dengan solat jemaah 5 waktu setiap masa dan banyak majlis ilmu.

Penduduk lapor lihat puting beliung di Port Dickson

TELOK KEMANG 8 Ogos 2014 - Penduduk bandar Port Dickson di sini gempar apabila melihat pusaran angin yang kelihatan seperti puting beliung bergerak sekitar permukaan laut dalam kejadian pagi ini.

Kejadian itu berlaku bermula pukul 7 pagi diikuti bunyi guruh dan hujan lebat pada pukul 10.45 pagi.

Menurut penduduk, Zaidi Abdul Jalal, 34, beliau terkejut apabila melihat kejadian itu yang berlaku di pantai Batu 2, Port Dickson pada pukul 10.15 pagi.

"Saya tidak pasti dari mana ia datang tetapi puting beliung itu kemudian dilihat bergerak laju dan menuju ke arah pantai Batu 4 sebelum dilihat reda setengah jam kemudian. Ia tidak sampai ke tepi pantai," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Azreen Shamsudin, 24, berkata, beliau melihat kejadian luar biasa itu dari arah bandar Port Dickson pada pukul 7 pagi dan bimbang keadaan itu mengundang bencana alam. - UTUSAN ONLINE



Tak perlu tutup FB, didik hati dengan iman, itu saja


Kalau kerajaan tutup FB, masih ada Whatsapp, masih ada Twitter dan macam-macam lagi. FB umpama pisau, pisau boleh diguna untuk sembelih ayam atau membunuh orang atau merompak. Kalau tak ada pisau, nak sembelih ayam dengan apa?

Tanamkan iman kepada pengguna FB, insyaAllah mereka akan hanya kongsi berita yang benar, bukannya fitnah memfitnah, memaki hamun, hasut menghasut.

Siri kuliah agama seperti Cinta Ilmu janganlah disiarkan saja jam 6 pagi, siarkan waktu perdana “Prime Time” setiap hari.

Khutbah Jumaat juga perlu tekankan isu etika, Adab Menggunakan Laman Sosial.

20140809

Sampah kitar semula banyak boleh bantu Sekolah Agama Rembau

Sesiapa yang ada sampah kitar semula seperti besi buruk, komputer rosak, suratkhabar lama, botol plastik dan sebagainya yang boleh dijual sebagai bahan kitar semula harap bungkus elok-elok, hantarkan ke Sekolah Menengah Agama Rembau di pekan Rembau.

Sekolah ini akan menjual bahan kitar semula ini pada setiap hari Selasa minggu keempat.

Sebaiknya hantarkan bahan kitar semula ini 1-2 hari sebelum kutipan bulanan ini untuk mengelakkan masalah penyimpanan.

Sila hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut atau sebarang sumbangan lain yang dapat membantu sekolah ini ;

Sekolah Menengah Agama Rembau
Tel 06-6852404
Fax 06-6853670 


20140808

Kenapa TV Malaysia banyak siar filem Amerika


Ketika kita berada di bulan kemerdekaan, ketika Gaza diserang, ketika kita masih bersedih dengan tragedi MH17 dan MH370 kenapa TV2 dan TV3 siar cerita Hollywood seperti Captain America dan Star Wars?

Mana pergi filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Prebet Lapok, Peristiwa Bukit Kepong, Tragedi Kalabakan, Pasir Salak dan banyak lagi filem tempatan yang hebat-hebat seperti ini?

20140806

Orang nampak bodoh mungkin lebih mulia di sisi ALLAH



Siapa duduk Seremban mungkin akan perasaan 2 orang Melayu yang agak berumur, dikatakan adik beradik. Kerja mereka hanya mengutip bahan kitar semula terutamanya kotak. Seorang bawa barangan kitar semula ini dengan basikal, seorang dengan kereta sorong.

Saya sering ternampak yang bawa basikal. Dikatakan walau pun mereka hidup begini, mereka tidak pernah meminta-minta, termasuk minta sedekah. Hasil jualan barangan kitar semula ini mereka simpan separuh dan guna untuk makan separuh.

Mereka tak tahu kira duit, apabila pergi bank mereka serah saja buku dan duit kepada pegawai bank, tak tahu dah berapa jumlah duit yang mereka ada.

Kedua-dua mereka ini tidak tinggal solat. Seorang akan solat di mana saja, walaupun di tepi jalan. Seorang akan selalu solat di surau.

Saya dikhabarkan mereka ini dulu tinggal di bilik yang disediakan oleh sebuah kuil berhampiran kuil tersebut.

Saya dikhabarkan juga bahawa seorang ulama memberitahu kepada seseorang , bahawa orang macam ini rapat dengan ALLAH.

Sekadar muhassabah diri sendiri. Jangan pandang hina orang yang tidak ada apa-apa, tidak ada harta, tidak ada keluarga, tidak ada ilmu.

Coca Cola bukan setakat isu boikot semata-mata




Coca Cola bukan setakat isu boikot semata-mata. Tolonglah buat kajian mengenai kilang Coca Cola di tempat lain, selain Malaysia. Kajian ilmiah, bukan kajian emosi. Impak kilang ini terhadap alam sekitar, sumber air, toksik sisa bahan buangan belum lagi impak kesihatan minuman tersebut.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa bantahan Insinerator Broga dan kilang Lynas mendapat sokongan cukup padu semua kaum.

Tapi bila kilang Coca Cola dan Insinerator Bukit Nenas , kedua-dua dalam kawasan majoriti Melayu di Negeri Sembilan tiada langsung suara bantahan baik dari pihak pro kerajaan apatah lagi sebaliknya.

Fikirkan sendiri, buat kajian, renung betul-betul. Lynas vs Coca Cola, Broga vs Bukit Nenas.

20140804

Sabasun satu-satunya Pasaraya boikot produk syarikat yang ada kaitan dengan Israel


Sabasun satu-satunya Pasaraya boikot produk syarikat yang ada kaitan dengan Israel

Pasaraya Sabasun di Kuala Terengganu adalah satu-satunya pasaraya yang tidak menjual produk syarikat yang ada kaitan dengan Israel.

Mereka yang membeli belah di pasaraya yang menyediakan pelbagai barangan keperluan setanding mutu dan harga dengan pasaraya lain tidak perlu membawa senarai panjang barangan apa yang perlu diboikot.

Ini adalah kerana Sabasun tidak menjual barangan yang diboikot berkaitan Israel.

Mereka yang pergi ke Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang membeli belah di Pasaraya Sabasun sambil menderma ke Tabung Gaza – Yayasan Amal Malaysia yang disediakan di pasaraya ini.

Semoga semua pasaraya dan kedai yang diusahakan orang Islam di Malaysia ini dapat mencontohi Pasaraya Sabasun.

Layari laman web Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com

20140803

Nak boikot Israel pun kena rujuk menteri?


Nak boikot Israel pun kena rujuk menteri? Apa kata menteri keluarkan senarai syarikat atau produk yang “halal” diboikot dengan segera.

Rujuk Jemaah Menteri sebelum boikot
Harian Metro 3 Ogos 2014

Kota Bharu: Sebarang keputusan menolak dan memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dulu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak dinafikan ada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan komponen dihasilkan Israel.

“Perkara itu memerlukan penelitian serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini memperhalusinya sebelum mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan.

“Sebelum kita membuat keputusan, perlu ada pertemuan dengan pihak berkenaan kerana ia membabitkan syarikat multinasional, selain perlu dirujuk Jemaah Menteri,” katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam Kelantan di sini, semalam.


20140801

Macamana nak boikot Coca Cola ni, susah ni


Ketika Gaza diserang bertubi-tubi dengan tidak berperikemanusiaan, kita hanya mampu berdoa, beri sumbangan dan boikot. Antaranya boikot Coca Cola.

Tapi susah juga nak boikot Coca Cola ni kalau Coca Cola ada kilang terbesar mereka di Asia ini, iaitu di Malaysia.

Siapa tahu di mana kilang Coca Cola terbesar tersebut? Di atas tanah milik siapa kilang ini didirikan? Siapa pula pemegang saham Coca Cola ini.

Susah, susah macam ni kalau nak boikot Coca Cola. Malu nak cerita siapa pemilik tanah, siapa pemegang saham, lagi malu kat mana kilang ini berada.

Pemuda buta yg jaga solat jemaah dan pakai jam tangan


Saya sering nampak seorang pemuda yg solat di Masjid Taqwa, Batu 6, Kuala Terengganu.
Lepas subuh tadi baru perasan sifat-sifat menarik pemuda ini yg membuatkan saya malu dengannya.

Walaupun dia buta, dia istiqamah solat jemaah di saf pertama dekat dgn imam.
Pakaiannya cantik, kemas, kopiah putih yg bersih.
Janggutnya kemas, misai dicukur.
Kukunya pendek, tapak kakinya putih bersih.

Apabila disalam tangannya, lembut, dan wangian pada tangannya melekat di tangan saya.
Yang saya terkejut dia memakai jam di tangan kanan. Barangkali tujuannya apabila dia jumpa org yg celik, minta org celik beritahu dia pukul berapa agar dia boleh bersiap utk solat jemaah.

Malukan kita yg celik ini.

Sesungguhnya dia buta, tetapi hatinya celik. Ramai manusia yg celik tapi hatinya buta.
Beruntunglah ibu bapa pemuda yg buta tadi.

Tazkirah


Syawal ke 5, hati ini dicas, diri ini dikritik dgn kuliah subuh oleh Ustaz Idris Ahmad di Masjid Taqwa, Batu 6, Kuala Terengganu bertajuk Empat Tanda Orang Yang Takutkan ALLAH.
Semoga masjid-masjid seluruh N.Sembilan meriah dgn majlis ilmu agar Islam berdaulat di tanah beradat ini.

20140730

Jika bekas tentera Malaysia seberani bekas tentera Amerika Syarikat


Mereka yang ingin mengikuti perkembangan krisis Gaza, Syria, Iraq, tragedi MH17 di Ukraine, MH370 mengikut pandangan pakar strategi dan ketenteraan sila layari laman web yang dikendalikan oleh bekas-bekas tentera Amerika Syarikat yang pernah terlibat dalam perang di Vietnam, di Iraq dan beberapa tempat lain.

Veteran tentera US ini mahukan kebenaran didedahkan demi keadilan. Bukannya mereka berpihak kepada Gaza, kepada Rusia, kepada Islam, kepada Kristian. Mereka hanya mahu dedahkan pandangan mereka, pandangan professional mereka, bukan pandangan orang macam kita ini yang tiada pengalaman perisikan, peperangan, perang elektronik, sabotaj dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika ada veteran tentera Malaysia seberani veteran tentera Amerika Syarikat ini yang mempuyai laman web mereka sendiri tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Laman web veteran tentera Amerika Syarikat ini di http://www.veteranstoday.com

20140729

Gaza dibantu, yang di Malaysia tidak dilupakan


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan meneruskan momentum semangat Ramadhan sepanjang tahun dengan dua sasaran utama untuk dibantu iaitu mangsa kekejaman perang di Gaza dan juga membantu mereka yang memerlukan bantuan di Malaysia terutamanya keluarga daif, warga emas, golongan OKU, para pelajar atau mahasiswa yang terputus sumber kewangan untuk meneruskan pengajian dan seterusnya.

Justeru itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyeru kepada mereka yang ingin membantu agar menyalurkan sumbangan ke akaun berikut ;

Bank : Bank Islam
No Akaun : 05012010047905
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Sila maklumkan kepada pihak kami samada sumbangan adalah untuk GAZA (untuk bantuan kemanusiaan di Palestin) atau KEBAJIKAN (untuk golongan yang memerlukan di Malaysia)

Yang menjalankan amanah ,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel/SMS/Whatsapp ; 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Laman web Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan ; http://yam-ns.blogspot.com
Laman web Yayasan Amal Malaysia ; http://wp.amalmalaysia.org

Majlis Kenduri Kahwin Bantu Anak Muda


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bersama beberapa persatuan lain sedang merancang untuk menganjurkan Majlis Kenduri Kahwin Bantu Anak Muda (MKKBAM) bertujuan untuk meringankan kos perkahwinan pasangan anak muda yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama.

Dengan kos hanya RM500 yang dikeluarkan oleh pasangan anak muda yang ingin berkahwin tersebut pihak penganjur akan mengaturkan majlis kenduri kahwin secara sederhana mengikut sambutan pihak lain yang ingin membantu dan ingin menaja. Dengan ini pasangan anak muda tersebut dapat menyimpan wang majlis kenduri kahwin untuk membeli keperluan asas lain dan sebagai simpanan untuk membeli rumah pertama mereka atau pelajaran anak-anak mereka.

Matlamat MKKBAM ini ialah untuk memberi mesej kepada masyarakat umum bahawa betapa kritikalnya gejala sosial pada ketika ini, justeru itu perlulah disampaikan mesej kepada masyarakat untuk meringankan beban persiapan pasangan anak muda yang ingin berkahwin.

Penganjuran pertama kami ialah di sekitar Rembau pada hujung tahun 2014 ini. Justeru itu kami amat mengalu-alukan mana-mana pihak serta individu yang ingin menaja program ini samada dalam bentung wang ringgit, khemah, persalinan pengantin, kompang, PA sistem, dewan, makanan, minuman, saguhati dan sebagainya sila hubungi Hj Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan di Tel/SMS/Whatsapp ; 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Laman web Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan : http://yam-ns.blogspot.com

20140725

Duit Raya untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin



Dalam kita memberi duit raya untuk anak-anak kita, anak-anak saudara mara serta jiran tetangga kita, marilah kita sumbangkan sedikit duit raya untuk anak-anak kita di Gaza, Palestin.

Niatkanlah pemberian Duit Raya untuk kanak-kanak di Gaza ini di bulan Ramadhan, semoga kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda, walaupun kita tak sempat nak serahkan Duit Raya tersebut dalam bulan Ramadhan ini.

Siapa yang mampu RM5 berilah RM5, siapa yang mampu RM10 berilah RM10.

Kalau di Malaysia duit raya ini ada yang anak-anak kita simpan dalam tabung, atau mungkin ada juga yang digunakan untuk membeli mercun.

Akan tetapi Duit Raya untuk anak-anak di Gaza, mereka gunakan untuk membeli kain kafan untuk ibu atau ayah atau abang atau kakak mereka yang syahid angkara kekejaman tentera pengganas zionis.

Mereka yang ingin menyumbang Duit Raya Untuk Anak-Anak Gaza melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan bolehlah salurkan ke akaun berikut ;

Bank : Bank Islam
No Akaun : 05012010047905
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel/SMS/Whatsapp ; 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Mari ahli PAS kita sama-sama bantu Pengerusi PASTI yang terlantar ni



Saya baru menerima SMS yang agak panjang mengenai kisah seorang Pengerusi PASTI di Melaka yang juga merupakan pengedar Harakah yang sudah 4 bulan terlantar di hospital. Kalau 1000 ahli PAS di N.Sembilan, 1000 di Melaka, 1000 di Johor tiap seorang beri RM1 saya rasa sudah cukup untuk meringankan beban keluarga kita ini yang mempunyai 3 orang anak sedang belajar di Universiti Al Azhar, seorang lagi akan ke sana September ini, seorang di UIA seorang di madrasah.

Jangan lengah-lengah, bantulah, kalau boleh malam ni, tak ada akaun e-banking , esok pagi-pagi kita masukkan dalam CDM Bank Islam.

Abdul Hannan b. Abdul Ghani yang mengidap sakit tradang saraf tunjang, masih di Wad ICU Mawar, Hospital Besar Melaka.

Lebih 20 tahun beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Pasti Nurul Iman Jasin dan pengedar Harakah di kawasan Jasin.

Anaknya 3 orang di Universiti Al-Azhar Mesir, seorang akan ke sana pada September ini, seorang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, seorang lagi di Madrasah Al-Rahmah Melaka. Tolonglah sahabat kita ini.

Sila salurkan sumbangan ke
No.akaun Bank Islam 04033020277751
atas nama isterinya Norasmah Mohd Noor
SMS: 019 656 4626

20140724

Perpaduan Melayu bukan dilaungkan, tapi dipraktikkan


Tak payahlah laung-laungkan perpaduan Melayu, praktikkan sahaja. Paling mudah praktikkan dalam keluarga kita, di kalangan saudara mara kita, di kalangan warga kerja kita, di kalangan jiran kita.

Kita laungkan perpaduan Melayu, sedangkan banyak rumah tangga sekarang ini berantakan, kes perceraian meningkat, ramai anak yang lebih sayangkan kawan-kawan berbanding ibu bapa mereka sendiri, Imam/Bilal/Siak/Pengerusi Masjid tak sekepala walaupun mereka separti menyebabkan banyak masjid-masjid yang mati, kurang jemaah datang solat jemaah, tiada majlis ilmu terutamanya di Negeri Sembilan.

Bila ada jiran tetangga, orang kampung, sanak saudara yang sudah, perlukan bantuan, ramai yang tuding jari sesama kita, mana JKM, mana Pusat Zakat, mana Baitul Mal, mana Ahli Parlimen.

Tak payahlah laung-laungkan perpaduan Melayu ini, sayangi isteri dan anak-anak kita, sayangi saudara mara kita, sayangi jiran tetangga kita termasuk mereka yang bukan Islam, semua hanya kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

20140723

Marah dengan israel, dampingilah tentera dan polis


Siapa tak marah tengok kanak-kanak, wanita dibunuh dengan begitu kejam di Gaza, seolah-oleh tentera pengganas israel ini umpama raksaksa yang ganas. Rasanya nak angkat senjata dan pergi berperang, tapi apakan daya bekalan rohani dan fizikal tak cukup.

Hanya doa dan kewangan yang mampu kita bantu rakyat Palestin.

Ada seperkara lagi yang kita boleh lakukan apabila kita lihat kekejaman zionis ini, iaitu kita perlu dampingi anggota tentera dan polis kita. Tidak dinafikan tentera dan polis kita ada KAGAT dan BAKA untuk membimbing mereka, tetapi kita sebagai orang awam perlu juga dampingi mereka agar kita boleh saling nasihat menasihati.


Hanya tentera dan polis yang bertaqwa, tentera dan polis yang takutkan ALLAH saja yang dapat mempertahankan negara dari serangan musuh dari luar atau yang dalam selimut, terutama musuh utama kita iaitu syaitan yang mendorong kita semua melakukan rasuah, meninggalkan solat, memporak perandakan rumah tangga.

Kesian JKM, Baitul Mal, Pusat Zakat, MAINS


Kesian saya tengok SU MAINS, pasal borang pun orang di luar sana nak bising-bising nak jadikan isu. Keluar saja berita di akhbar ada keluarga yang susah perlukan bantuan, ada saja nak salahkan JKM, Baitul Mal, Pusat Zakat, MAINS, walhal keluarga tadi ada yang borang belum sampai pejabat, ada yang dah dapat bantuan JKM dan Baitul Mal, cuma bantuan yang diterima ada kalanya tidak mencukupi.

Macam ni lah, kalau ada terbaca berita, dengar khabar keluarga yang susah yang perlukan bantuan, jika kita dekat, kita sendiri pergi siasat, tengok apa yang boleh dibantu. Kadang-kadang mereka perlukan kerusi roda saja, padahal ada jiran tetangga kita atau saudara mara kita ada kerusi roda terpakai yang masih elok. Kadang-kadang mereka ni cuma nak tandatangan ketua kampung dan hantar borang ke pejabat Baitul Mal, kitalah pergi cari ketua kampung dan serahkan ke Baitul Mal.

Lebih baik lagi kita sertai mana-mana persatuan, NGO, parti politik agar perancangan kita untuk membantu mereka yang susah ini lebih tersusun. Sertailah mana-mana sekali pun, kami memang sentiasa memerlukan kewangan dan tenaga sukarelawan yang amat-amat terhad sekarang ini.

Kalau nak bersama saya boleh sertai Lajnah Kebajikan, PAS Kawasan Rembau atau NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Kita ada ramai senarai nama yang boleh dibantu, dan senarai nama ini semakin hari, semakin bulan kian bertambah.

Kalau nak bersama Umno, silakan, asalak mereka yang daif, susah ini dapat dibantu, dibimbing.

Yang paling penting, apa saja yang kita lakukan, kita hanya mengharapkan redha ALLAH.

Rozmal bin Malakan
Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

20140722

Yang ini JKM dan Baitulmal dah bantu, selebihnya kitalah




Yang ini JKM dan Baitulmal dah bantu, selebihnya kitalah yang kena bantu, siapa nak bantu boleh masuk akaun Maybank saya ROZMAL BIN MALAKAN , No Akaun 155126945930 , tlg tel/Whatsapp 012-2267406 selepas bank ini. Atau boleh beri terus kepada keluarga ini.

Tabah jaga suami terlantar

REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya sedih dan sayu.

Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup.

Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak setahun lalu.

Keadaannya itu menjadikan Abdul Latif yang dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bengkel Mara, terpaksa bergantung harap pada isteri dan ahli keluarga untuk mengurus diri.

“Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu menyuapkan makan dan minum suami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Hampar, dekat sini.

Tambah Norpiah, suaminya merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM200.

Namun kata Norpiah, semua bantuan itu digunakan  untuk keperluan suaminya dan ubat-ubatan mereka sekeluarga memandangkan dia serta anak-anaknya juga menghidap penyakit kronik.