Siapa tak marah tengok kanak-kanak,
wanita dibunuh dengan begitu kejam di Gaza, seolah-oleh tentera
pengganas israel ini umpama raksaksa yang ganas. Rasanya nak angkat
senjata dan pergi berperang, tapi apakan daya bekalan rohani dan
fizikal tak cukup.
Hanya doa dan kewangan yang mampu kita
bantu rakyat Palestin.
Ada seperkara lagi yang kita boleh
lakukan apabila kita lihat kekejaman zionis ini, iaitu kita perlu
dampingi anggota tentera dan polis kita. Tidak dinafikan tentera dan
polis kita ada KAGAT dan BAKA untuk membimbing mereka, tetapi kita
sebagai orang awam perlu juga dampingi mereka agar kita boleh saling
nasihat menasihati.
Hanya tentera dan polis yang bertaqwa,
tentera dan polis yang takutkan ALLAH saja yang dapat mempertahankan
negara dari serangan musuh dari luar atau yang dalam selimut,
terutama musuh utama kita iaitu syaitan yang mendorong kita semua
melakukan rasuah, meninggalkan solat, memporak perandakan rumah
tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan