Siapa duduk Seremban mungkin akan perasaan 2 orang Melayu yang
agak berumur, dikatakan adik beradik. Kerja mereka hanya mengutip bahan kitar
semula terutamanya kotak. Seorang bawa barangan kitar semula ini dengan
basikal, seorang dengan kereta sorong.
Saya sering ternampak yang bawa basikal. Dikatakan walau pun
mereka hidup begini, mereka tidak pernah meminta-minta, termasuk minta sedekah.
Hasil jualan barangan kitar semula ini mereka simpan separuh dan guna untuk
makan separuh.
Mereka tak tahu kira duit, apabila pergi bank mereka serah
saja buku dan duit kepada pegawai bank, tak tahu dah berapa jumlah duit yang
mereka ada.
Kedua-dua mereka ini tidak tinggal solat. Seorang akan solat
di mana saja, walaupun di tepi jalan. Seorang akan selalu solat di surau.
Saya dikhabarkan mereka ini dulu tinggal di bilik yang
disediakan oleh sebuah kuil berhampiran kuil tersebut.
Saya dikhabarkan juga bahawa seorang ulama memberitahu
kepada seseorang , bahawa orang macam ini rapat dengan ALLAH.
Sekadar muhassabah diri sendiri. Jangan pandang hina orang
yang tidak ada apa-apa, tidak ada harta, tidak ada keluarga, tidak ada ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan