Yang ini JKM dan Baitulmal dah bantu, selebihnya kitalah
yang kena bantu, siapa nak bantu boleh masuk akaun Maybank saya ROZMAL BIN
MALAKAN , No Akaun 155126945930 , tlg tel/Whatsapp 012-2267406 selepas bank
ini. Atau boleh beri terus kepada keluarga ini.
Tabah jaga suami terlantar
REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya
sedih dan sayu.
Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat
dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup.
Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja
setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak
setahun lalu.
Keadaannya itu menjadikan Abdul Latif yang dahulunya bekerja
sebagai pengawal keselamatan di bengkel Mara, terpaksa bergantung harap pada
isteri dan ahli keluarga untuk mengurus diri.
“Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai
buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu
menyuapkan makan dan minum suami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di
Kampung Batu Hampar, dekat sini.
Tambah Norpiah, suaminya merupakan penerima bantuan bulanan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM200.
Namun kata Norpiah, semua bantuan itu digunakan untuk keperluan suaminya dan ubat-ubatan
mereka sekeluarga memandangkan dia serta anak-anaknya juga menghidap penyakit
kronik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan