Kalau kerajaan tutup FB, masih ada
Whatsapp, masih ada Twitter dan macam-macam lagi. FB umpama pisau,
pisau boleh diguna untuk sembelih ayam atau membunuh orang atau
merompak. Kalau tak ada pisau, nak sembelih ayam dengan apa?
Tanamkan iman kepada pengguna FB,
insyaAllah mereka akan hanya kongsi berita yang benar, bukannya
fitnah memfitnah, memaki hamun, hasut menghasut.
Siri kuliah agama seperti Cinta Ilmu
janganlah disiarkan saja jam 6 pagi, siarkan waktu perdana “Prime
Time” setiap hari.
Khutbah Jumaat juga perlu tekankan isu
etika, Adab Menggunakan Laman Sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan