Coca Cola bukan setakat isu boikot semata-mata. Tolonglah
buat kajian mengenai kilang Coca Cola di tempat lain, selain Malaysia. Kajian
ilmiah, bukan kajian emosi. Impak kilang ini terhadap alam sekitar, sumber air,
toksik sisa bahan buangan belum lagi impak kesihatan minuman tersebut.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa bantahan
Insinerator Broga dan kilang Lynas mendapat sokongan cukup padu semua kaum.
Tapi bila kilang Coca Cola dan Insinerator Bukit Nenas ,
kedua-dua dalam kawasan majoriti Melayu di Negeri Sembilan tiada langsung suara
bantahan baik dari pihak pro kerajaan apatah lagi sebaliknya.
Fikirkan sendiri, buat kajian, renung betul-betul. Lynas vs
Coca Cola, Broga vs Bukit Nenas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan