Nak boikot Israel pun kena rujuk
menteri? Apa kata menteri keluarkan senarai syarikat atau produk yang
“halal” diboikot dengan segera.
Rujuk Jemaah Menteri sebelum boikot
Harian Metro 3 Ogos 2014
Kota Bharu: Sebarang keputusan menolak
dan memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel
perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dulu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak dinafikan ada
syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan
komponen dihasilkan Israel.
“Perkara itu memerlukan penelitian
serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini
memperhalusinya sebelum mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi
kesan pada masa depan.
“Sebelum kita membuat keputusan,
perlu ada pertemuan dengan pihak berkenaan kerana ia membabitkan
syarikat multinasional, selain perlu dirujuk Jemaah Menteri,”
katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam Kelantan di
sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan