KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140810

Puting beliung landa N.Sembilan


Puting beliung landa N.Sembilan. Telah banyak amaran diberi, nak tunggu apa lagi? Marilah kita sama-sama pastikan semua masjid di Negeri Sembilan ini hidup, meriah dengan solat jemaah 5 waktu setiap masa dan banyak majlis ilmu.

Penduduk lapor lihat puting beliung di Port Dickson

TELOK KEMANG 8 Ogos 2014 - Penduduk bandar Port Dickson di sini gempar apabila melihat pusaran angin yang kelihatan seperti puting beliung bergerak sekitar permukaan laut dalam kejadian pagi ini.

Kejadian itu berlaku bermula pukul 7 pagi diikuti bunyi guruh dan hujan lebat pada pukul 10.45 pagi.

Menurut penduduk, Zaidi Abdul Jalal, 34, beliau terkejut apabila melihat kejadian itu yang berlaku di pantai Batu 2, Port Dickson pada pukul 10.15 pagi.

"Saya tidak pasti dari mana ia datang tetapi puting beliung itu kemudian dilihat bergerak laju dan menuju ke arah pantai Batu 4 sebelum dilihat reda setengah jam kemudian. Ia tidak sampai ke tepi pantai," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Azreen Shamsudin, 24, berkata, beliau melihat kejadian luar biasa itu dari arah bandar Port Dickson pada pukul 7 pagi dan bimbang keadaan itu mengundang bencana alam. - UTUSAN ONLINE



Tiada ulasan: