KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131109

Ada lagi guna toyol sebagai sumber pendapatan?


Akhir-akhir ini emak kata kerap hilang duit kertas yang disimpan dalam beg duit. Setelah mengumpul beberapa maklumat saya tidak menolak kemungkinan kehilangan duit ini adalah angkara makhluk halus atau jin atau toyol, yang semua mereka ini adalah makhluk ALLAH jua.

Jika benar, kesian saya tengok kepada pemilik makhluk tersebut, mungkin dunia nampak macam mudah dapat duit, tapi kesian, macamana nasib mereka ini di akhirat jika tidak bertaubat.

Apakah terdapat rumah-rumah lain di Rembau yang ketika ini menghadapi serangan toyol, belum dapat saya sahkan. Walau apa pun biarlah kita ambil kejadian ini untuk muhasabah diri kita sendiri, muhasabah keluarga kita dan kejiranan kita.

Toyol juga makhluk ALLAH, maka hanya kepada ALLAH kita mohon bantuan dan pertolongan untuk menghadapi serangan toyol ini.

Yang sabotaj surau ialah bangsa Melayu sendiri


Surau di kariah saya adalah laluan orang ramai samada untuk solat, buang air, rehat, tidur, tukar lampin bayi dan sebagainya. Namun ada juga yang menjadikan surau ini tempat ponteng sekolah, melepak dan juga menghisap rokok termasuk pelajar sekolah rendah ketika tiada jemaah yang solat.

Dalam pada kita menghadapi pelbagai serangan akidah dan sebagainya, jangan lupa kita perhatikan keluarga kita sendiri, jiran tetangga kita, anak kita sendiri, jiran tetangga kita.

Dalam kita sibuk mempertahankan kesucian Islam, rupa-rupanya anak-anak remaja kita menjadikan surau tempat melepak dan hisap rokok termasuk pelajar sekolah rendah.

Bukan setakat merokok sahaja, lebih teruk lagi karpet surau menjadi mangsa cucuhan puntung rokok. Buktinya tengok sahaja kesan-kesan hitam cucuhan rokok pada karpet dalam gambar ini.

Kepada bapa-bapa, termasuk atok-atok, untuk mengurangkan budaya hisap rokok di kalangan pelajar sekolah rendah, saya menyeru, merayu agar tidak merokok di hadapan pelajar sekolah dan kanak-kanak, kerana saya tahu memang susah hendak berhenti merokok, tapi tolonglah jangan merokok di khalayak ramai, terutama depan anak-anak kita, depan bayi, depan pelajar sekolah kerana gejala hisap rokok di kalangan pelajar sekolah rendah semakin parah.

Gejala pelajar sekolah menengah hisap rokok sudah menjadi lumrah ketika ini.


CERAMAH MAAL HIJRAH


CERAMAH MAAL HIJRAH
Penceramah : Ustaz Dr Muhamad Zulkifli Al Bakri
Tarikh : 11 Nov 2013, ISNIN
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Seri Pagi, Senawang

Semua Dijemput Hadir

Jutawan Malaysia terlibat skandal rasuah terbesar Tentera Laut


Berita ini telah menggemparkan negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat, tetapi ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar berita ini. Seorang jutawan Malaysia telah didakwa terlibat dalam skandal rasuah Tentera Laut Amerika Syarikat yang melibatkan jutaan dolar, rasuah seks, konsert Lady Gaga serta percutian mewah. Pegawai tinggi Tentera Laut AS didakwa membekalkan maklumat sulit perjalanan kapal-kapal perang Amerika Syarikat kepada jutawan Malaysia tersebut.

Maklumat sulit ini digunakan untuk mengeksploitasi perkhidmatan yang dibekalkan apabila kapal-kapal perang ini berlabuh di Malaysia dan beberapa negara lain.

Di kala negara dikejutkan dengan rahsia yang tidak rahsia apabila kedutaan Amerika menjadi pusat perisikan, dunia dikejutkan dengan berita jutawan Malaysia merasuah pegawai tinggi Tentera Laut Amerika. Ini secara tidak langsung “menghalalkan” kerja-kerja perisikan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Malaysia.

Persoalan timbul, jika jutawan Malaysia tersebut didakwa terlibat merasuah pegawai tinggi Tentera Amerika, apakah ada kemungkinan jutawan tersebut boleh melakukan perkara yang sama kepada pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia?

Pendapatan Berkurangan Apabila Kapal Tentera Laut AS Tidak Lagi Berlabuh di Port Klang
9 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mengalami kerugian jutaan ringgit apabila kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tidak lagi melakukan persinggahan di Port Klang Cruise Centre yang dimiliki oleh Glenn Defense Marine Asia.

Amerika Syarikat telah menggantung kontrak mereka dengan syarikat berkenaan pada 20 September lalu selepas pemiliknya yang merupakan rakyat Malaysia, Leonard Glenn Francis, ditahan kerana menipu kontrak bernilai jutaan dolar dengan Pentangon serta merasuah pegawai tentera laut AS.

Francis, 49, yang lebih dikenali sebagai Si Gemuk Leonard didakwa di San Diego bersama-sama dua komander tentera laut AS, kerana terlibat dengan skandal pelacuran, persembahan Lady Gaga, pelancongan mewah, serta kontrak kerajaan bernilai jutaan dolar.

Fat Leonard in "sex for US navy secrets" case charged
7 Nov 2013
WASHINGTON (AFP): Malaysian Leonard Glenn Francis was charged along with a third US Navy commander on Wednesday in a widening bribery scandal involving prostitutes, luxury travel and multi-million-dollar government contracts, officials said.

Francis, also known as Fat Leonard, 49, the CEO of Glenn Defense Marine Asia (GDMA) was named in a complaint unsealed Wednesday, the Justice Department said in a statement. He was arrested Sept 16, 2013, in San Diego, California.

Commander Jose Luis Sanchez, 41, was arrested Tuesday in Tampa, Florida and made a first appearance in federal court in Florida Wednesday.

"According to court records, Sanchez allegedly provided Francis with internal Navy information, such as US Navy ship schedules - some of which were classified - and information about husbanding issues that could affect GDMA, in order to help GDMA win and maintain Navy business," the statement added.

20131108

Mudahnya nak bantu pesakit yang tidak mampu untuk dapatkan rawatan


Kalau kita nak mampu menyumbang dari sudut kewangan untuk membantu ramai para pesakit yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan, jom kita '"LIKE" page Tabung Wakaf Khas Kesihatan , salah satu NGO yang membantu para pesakit yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

20131107

Jom Kita Bantu Para Pesakit Buah Pinggang


Kepada mereka yang ingin membantu pesakit-pesakit buah pinggang atau pesakit-pesakit lain yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan boleh salurkan ke Tabung Wakaf Khas Kesihatan atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa mengharapkan sumbangan dari kita semua.

“Bantulah Diri Kita Sendiri Di Akhirat, Dengan Membantu Mereka Di Dunia”

SUBSIDI HEMODIALISIS TIDAK DILULUSKAN, RIBUAN PESAKIT BUAH PINGGANG BERDEPAN RISIKO KESIHATAN

7 Nov 2013 - Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini.

Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun.

Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012.

Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, rawatan untuk pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di sebuah NGO atau kos klinik swasta ialah antara RM150 dan RM250 bagi setiap sesi.


20131106

20131105

Sihir masih subur di bumi Malaysia, bumi ALLAH


Dalam pada kita setiap saban tahun menyambut Maal Hijrah dengan pelbagai program, dalam kita memerangi pelbagai serangan akidah dan fahaman agama yang menyesatkan, kita lupa satu lagi serangan akidah yang hampir setiap hari menyerang umat Islam di Malaysia, iaitu amalan sihir.

Amalan sihir masih subur lagi di bumi Malaysia, namun setakat ini tiada usaha bersepadu besar-besaran untuk memerangi amalan sihir ini. Kembalilah kita kepada ALLAH dan Islam sepenuhnya untuk menangani atau mengubati serangan sihir ini. Hanya hamba ALLAH yang ikhlas yang dapat memerangi sihir ini.

Kalau kita sering mengikuti perkembangan mereka yang mengamalkan perubatan Islam pasti akan merasa takut betapa suburnya amalan sihir dan hasad dengki yang menyesatkan umat Islam, khususnya yang memecah belahkan dan memporak perandakan rumahtangga bangsa Melayu di Malaysia ini.

Diganggu ilmu perabun
Sinar Harian 4 November 2013

REMBAU – Bimbang kemungkinan diancam gangguan sihir, seorang wanita di Kampung Sri Kendong, dekat sini tinggal dalam rumah yang berkunci mangga seolah-olah berada dalam penjara.

Saindon Abdullah, 60, seorang ibu tunggal berbuat demikian kerana mendakwa dirinya terkena gangguan ilmu perabun sehingga menyebabkan dia yang pernah menerima Anugerah Ibu Tunggal Berjaya peringkat daerah Rembau pada 2011, hidup dalam ketakutan.

Akibatnya, dia sentiasa berada gelisah dan tertekan sehingga kegiatan pertanian dan penternakan yang diusahakannya sejak 2009 kini terbiar begitu saja.

Menurutnya, pernah dia mendengar bunyi orang berjalan di atas atap rumah, tapi apabila diperiksa, tiada orang di situ.

Selain itu, lebih tertekan apabila ikan ternakannya sebanyak satu tan mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, jika masalah itu tidak selesai, dia menghadapi masalah untuk melunaskan hutang Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) serta institusi perbankan lain kerana gagal memperolehi pendapatan.

Dalam pada itu, Saindon turut mencari mana-mana pihak yang punyai kepakaran untuk mengubati gangguan dihadapinya supaya dia dapat hidup seperti sediakala.

20131104

Duk bantu orang lain, rupanya ada jiran kita yang amat susah

Sebentar tadi Pengurus Kompang Taman Alamanda jumpa saya. Mulanya dia telefon nak minta tolong buat surat bantuan rawatan perubatan. Rupanya dia nak minta tolong buatkan surat sokongan untuk jiran dia, yang juga jiran saya.

Barulah tadi saya tahu betapa susahnya hidup jiran kami ini. Bersalah pula rasanya saya kerana baru tahu kesusahan jiran saya ini.

Jiran kami ini selepas Hari Raya Puasa tahun ini 3 jari kakinya kena potong dan kulit kakinya pula mengelupas teruk dari lutut ke bawah, kedua-dua belah kakinya. Dulu dia bekerja sebagai pemandu.

Sejak pembedahan tersebut dia tidak lagi bekerja, isteri pun tidak bekerja , mempunyai 4 orang anak, 3 masih bersekolah, seorang lagi belum bersekolah.

Yang membantunya setakat ini ialah adik beradiknya. Jiran-jiran rasanya belum hulurkan bantuan lagi, kerana ramai antara kami tak tahu cerita ini.

Apa yang memeritkan ialah setiap 3 hari dia perlu ke hospital untuk mencuci dan membalut luka. Rawatan boleh dikatakan kos murah, tapi yang mahalnya peralatan untuk mencuci dan membalut luka yang perlu dibeli sendiri di farmasi swasta. Kosnya sekitar RM300 setiap kali rawatan.

Dia minta saya bukan bantuan kewangan, cuma tolong buat surat sokongan kepada pihak Baitul Mal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk menampung kos membeli peralatan mencuci luka tersebut.

Sesiapa yang ingin membantu jiran kita ini, bolehlah bertanyakan cerita lanjut pada Pengurus Kompang Taman Alamanda.

Cuba-cubalah kita perhatikan jiran-jiran dan saudara mara kita, pasti ada yang memerlukan bantuan. Kehidupan mereka ini kadang-kadang lebih susah dari apa yang dipaparkan dalam rancangan Bersama Mu di TV3.

Itu belum cerita kawan saya yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi, hanya bekerja kilang, gaji tak sampai RM1200 sebulan. Buku dan kad bank Jabatan Insolvensi pegang, dia hanya dapat separuh gaji untuk bayar duit rumah, makan minum anak bini. Separuh gaji lagi Jabatan Insolvensi ambil. Bayangkan macamana nak hidup dengan isteri dan 3 anak dengan duit bersih dapat sebulan sekitar RM500? Lebih beruntung lagi warga asing yang ada Mykad palsu dan kad OKU JKM.

Hijrah, bersediakah kita berubah untuk menjadi hamba ALLAH?


Setiap kali kita sambut tahun baru Hijrah, sambut hari lahir, ianya menunjukkan kita semakin jauh meninggalkan usia kita, dan semakin dekat usia kita untuk masuk kubur.

Apa azam tahun Hijrah kita pada tahun ini? Azam ini perlu kita peringatkan dan pertingkatkan setiap hari, setiap waktu kita solat.

Kalau penganut agama lain, mereka berazam agar tahun depan mereka dapat cuti umum dua hari, adakah kita umat Islam juga mempunyai azam yang sama?

Tapi sayang kita umat Islam, hari kebesaran Islam yang paling penting, yang sekali seumur hidup kita berkorban nyawa dan harta untuk menunaikan ibadah haji, kita hanya cuti satu hari sahaja untuk Hari Raya Haji, sedangkan kita ada 3 hari Tasyrik untuk membesarkan kalimah ALLAH dengan takbir dan ibadah korban.

Kalau Hari Raya Haji , Malaysia cuti 4 hari, mungkin Malaysia akan pecah rekod dunia dengan negara yang paling banyak cuti umum, yang dengan demikian secara tidak langsung akan memberi pengaruh kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia.

Contoh pada tahun ini, Hari Raya Haji jatuh pada hari Selasa. Ini amat menyukarkan untuk melakukan ibadah korban pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Adalah diharapkan Perdana Menteri kita dapat mempertimbangkan untuk memberi cuti 4 hari untuk Hari Raya Haji, ambillah formula atau lakukanlah transformasi dengan mengambil cuti hari kebesaran Islam lain diganti dengan cuti Hari Raya Korban jika kita tidak sanggup menjadikan Malaysia negeri yang paling banyak cuti umum di dunia.

Majikan saya yang bukan Islam telah lama mengamalkan konsep ini, menggantikan cuti hari kebesaran Islam dengan cuti tahun. Kilang saya bekerja tidak cuti pada hari Maal Hijrah, hari Israk Mikraj , hari Maulid Nabi. Ini sudah cukup untuk merayakan Hari Raya Haji selama 4 hari.

Esok pun 1 Muharram 1435 H kilang saya pun akan bekerja seperti biasa dan diganti dengan cuti tahun.

Bersediakan kita untuk berhijrah untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa, lebih merendah diri, lebih berani untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman?

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

20131103

Kuliah Penawar Hati 4 Nov 2013


KULIAH MAGHRIB
Tajuk : Penawar Hati
Penyampai kuliah : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Haidir bin Haji Mohd Isa
Tarikh : 4 November 2013, Isnin
Masa : 7.10 mlm, Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20131102

Apa hukum beli petai?


Kuliah subuh pagi tadi oleh Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arhsad Abd Samad ialah mengenai hukum Halal, Haram dan Syubhah.

Di akhir kuliah Ustaz Dato Arshad bertanya kepada jemaah apa hukum beli petai? Jemaah terdiam, almaklumlah N.Sembilan ini terkenal dengan petai, banyak dijual tepi jalan. Masakan petai pun amat menggiurkan dengan sambal tempoyak, gulai tempoyak, gulai petai dengan ikan cencaru, sambal petai bilis, sambal petai udang dan macam-macam lagi.

Lalu Ustaz Dato Arshad memberitahu hukumnya haram jika petai tersebut diambil dari pokok tanpa pengetahuan tuan pokok petai tersebut. Hatta petai yang tumbuh liar di hutan simpan pun perlu minta izin dari Jabatan Hutan kalau hendak diambil.

Nampaknya isu petai ni elok dibuat forum, fatwa, seminar khususnya di Negeri Sembilan ini. Siapa tahu, mungkin disebabkan petailah banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati.

Itu hukum kita yang membeli petai. Belum lagi hukum mereka yang menjual petai tersebut.

20131101

Pendatang asing senang dapat lesen senjata api, rakyat sendiri disusahkan !

Macamana rakyat asing, menggunakan Mykad palsu dari Sabah begitu mudah melepasi tapisan KDN untuk mendapat lesen mengendalikan senjata api, sedangkan saya sendiri rakyat jati Malaysia, anak jati Rembau ditolak permohonan lesen senjata api senapang patah yang diamanahkan oleh arwah ayah saya untuk menjaga kebun peninggalannya di Rembau.

Harap-harap pihak polis menjaga dengan baik senapang patah milik arwah datuk, kemudian milik arwah ayah saya yang tersimpan di stor IPD Rembau, Chembong.

Inilah Malaysia negara ku.

Hanya kepada ALLAH kita berserah dab bertawakal. Yang bertanggungjawab , jawablah nanti di akhirat.

Biar telefon kita buruk dan kuno asalkan dapat digunakan menghubungi ibu kita.


Saya masih lagi menggunakan telefon kuno ini. Ianya mudah untuk saya gunakan menghubungi ibu saya. Walaupun telefon ini kuno tapi selalu ada kredit dan amat berjasa hingga ke hari ini sebagai alat penghubung dengan ibu saya di kampung termasuk ketika berada di tanah suci.

Kalau kita guna telefon lagi canggih, lagi mahal, pastikan ianya digunakan sebaik mungkin demi ALLAH, Rasul dan ibu bapa, kemudian baru untuk isteri, anak-anak dan teman-teman.

Apalah guna hidup kita ini, jika teman-teman FB, twitter dsbnya lebih kita utamakan dari berhubung dengan ALLAH, Rasul dan kedua ibu bapa kita.

20131031

Kisah lembu yang menghuru-harakan masyarakat bukan cerita baru


Kisah lembu, isu lembu, kekecohan lembu yang menghuru-harakan keharmonian sesuatu masyarakat serta menyesatkan sesuatu kaum bukanlah isu baru. Kisah lembu ini telah ada sejak zaman Nabi Musa as. lagi.

Lembu disebut sekitar 22 kali dalam al Quran dalam surah al Baqarah, an Nisaa, al An’aam, al A’raaf, Hud, Yusuf, Taha dan Ad Dzariyaat. Mungkin lembu antara binatang yang banyak disebut dalam al Quran.

Sesungguhnya mukjizat al Quran itu sampai hari kiamat, dan tidak akan habis diselongkar oleh manusia. Ambillah iktibar dari kisah lembu yang banyak terdapat dalam al Quran agar kita menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa dan bersatu padu atas dasar iman semata-mata.

Sesungguhnya kita ini hanyalah hamba ALLAH yang amat bodoh, amat jahil serta pelupa.

Siapa pecahkan penutup longkang Surau Taman Alamanda, Senawang?


Nampak kecil saja, penutup longkang, apalah sangat. Tapi penutup longkang ini mempunyai ceritanya tersendiri yang membongkar cerita yang lebih besar.

Sekembalinya saya dari Mekah, apabila saya solat di Surau Alamanda, saya dapati satu penutup longkang konkrit di pintu pagar utama masuk ke Surau Alamanda telah pecah dengan meninggalkan lubang yang besar, yang orang dewasa pun kalau terjatuh ke dalamnya boleh mendatangkan kecederaan yang serius. Oleh kerana malam hari saya pun tak sempat nak cari papan untuk menutup lubang tersebut.

Pada siangnya saya dengan bantuan anak saya mencari beberapa keping kayu dan papan untuk menutup sementara lubang tersebut.

Saya cuba bertanyakan siapa punya angkara hinggakan penutup longkang konkrit tersebut pecah hinggakan tidak pula si pelaku melaporkan kepada pihak surau atau cuba menutup sementara lubang besar yang ditinggalkan. Maklumlah surau ini sering digunakan oleh kanak-kanak untuk mengaji dan pelajar KAFA untuk solat.

Kebiasaannya penutup longkang ini pecah apabila ada lori masuk ke kawasan surau untuk menghantar barangan. Tetapi sebelum ini apabila pecah, pihak yang melakukannya akan melaporkan atau membaikinya.

Pihak yang tidak bertanggungjawab perlu dicari terlebih dahulu sebelum penutup longkang ini dibaiki, jika tidak pada masa akan datang, atau tahun hadapan, pada hari sambutan yang sama, dia akan mengulangi pekara yang sama.

Dan pihak yang bertanggungjawab ini perlu dicari segera, kerana kesian, setiap kali jemaah yang pergi ke surau ini, atau anak-anak yang pergi ke surau ini pasti akan terdetik di hati mereka atau mendoakan sesuatu apabila melihatkan penutup longkang belum dapat dibaiki lagi.

Saya nak minta kontraktor yang selalu membaik pulih surau ini pun saya dah segan. Kerana banyak sangat saya minta tolong pada kontraktor ini sebelum ini, kerana siapalah saya, saya bukannya rapat dengan MB ke, ADUN BN ke, Ahli Parlimen BN ke. Jadi saya minta tolong kontraktor ini untuk baiki atap surau yang bocor yang hanya boleh dibaiki menggunakan kren yang memakan masa berminggu-minggu untuk dibaiki, hinggakan nak mengecat tempat mandi jenazah pun saya minta tolong kontraktor tersebut, maklumkah jemaah surau kami rata-rata masih bekerja, ada yang bekerja di KL, tidak seperti di taman lain yang ramai juga sudah pencen, mana ada masa nak selalu buat gotong royong.

Nak harapkan peruntukan kerajaan untuk baiki surau kena ambil masa yang lama dan tunggu giliran, sedangkan banyak surau dan masjid lain di Negeri Sembilan ini yang lebih uzur dari surau ini yang menunggu peruntukan. Kalau nak peruntukan segara kenalah para jemaah doakan agar ada pilihanraya kecil di kawasan mereka.

Seperti saya kata cerita tadi, nampak kecil penutup longkang, tapi ianya mempunyai rahsia dan cerita lebih besar di sebalik cerita yang boleh menggemparkan Malaysia.

Demi ALLAH yang nyawa ku dikawalNya, yang menghidup dan mematikan aku, semoga ALLAH melahirkan lebih ramai kontraktor yang lebih prihatin untuk membaik pulih surau-surau dan masjid-masjid yang uzur, rosak, bocor di seluruh Malaysia ini dan menjadikan mereka kontraktor yang lebih berjaya, kaya dan bertaqwa.

20131028

Kuliah Ustaz Dato Arshad 1 Nov 2013


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 1 November 2013, Jumaat
Masa : 7.10 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20131027

KULIAH MAGHRIB

KULIAH MAGHRIB
Tajuk : Penawar Hati
Penyampai kuliah : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Haidir bin Haji Mohd Isa
Tarikh : 28 Okt 2013, Isnin
Masa : 7.10 mlm, Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20131023

Usia emas tidak mustahil dapat tunai haji sendirian tanpa waris


Walaubagaimanapun pergi haji sebaiknya pada adatnya biarlah pada usia kita masih muda, sebelum pencen, ketika badan masih sihat, dengan wang yang secukupnya.

Itu pada adatnya, perancangan kita, tetapi perancangan ALLAH mengatasi segala-galanya. Saya bertemu seorang pakcik berusia 84 tahun yang datang bersendirian tanpa anak-anak atau saudara mara lain yang menemaninya.

Pakcik Bukhari namanya, dari mula saya jumpa dia, hingga selesai kerja haji dia sihat walafiat, berjalan bukan main laju, mengalahkan orang muda, dengan membawa beg sebeban.

Pakcik Bukhari ini adalah antara pembuat songkok di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Kini dia tidak membuat songkok lagi, kerana mata dia tak berapa tajam untuk menjahit songkok. Kini dia hanya menjadi pemborong songkok untuk dibekalkan ke Seremban dan Rembau.

Dia membawa songkok-songkok untuk dibekalkan kepada peniaga di Seremban dan Rembau dengan menaiki kereta, tetapi dia menaiki bas awam. Begitu cekal Pakcik Bukhari menjual songkok sebagai sumber rezeki yang akhirnya dapat juga dia pergi ke Mekah menjadi tetamu ALLAH.

Pakcik Bukhari pada usia muda pernah menjadi anggota keselamatan sukarela menentang Jepun selama 6 tahun, dia tidak mendapat pencen.


20130905

Petrol naik 20 sen dan kesusahan pemilik motosikal


Seorang pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah. Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggara kereta dia lepaskan kereta tersebut.

Kini dia hanya mampu guna motosikal buruknya yang lama, yang telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Motosikal buruk inilah yang dia guna untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ramai golongan seperti kawan saya ini memang tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful untuk motosikal buruk mencecah RM200 setahun.

RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah sangat, tapi bagi kawan saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang asas untuk sebulan.

Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri sendiri turun padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang benar-benar susah, tidak mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.

Oleh itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah mengecualikan cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah 120cc.

Itu belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen memandu boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2 bulan.

Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke atas.

20130904

Wanita Islam berpakaian ketat dikira tidak menutup aurat dan bertelanjang


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Kenaikan harga minyak, lihat dari sudut positif

Ramai yang marah harga minyak naik. Saya pun marah, tapi sabar itu lebih baik. Sabar supaya kita boleh nampak hikmah, manafaat yang boleh diperolehi apabila harga minyak naik.

Bila minyak naik, harga barang akan naik, lebih ramai rakyat akan susah.
Gunakanlah kesempatan ini untuk menggembelingkan tenaga kita, menggerakkan ahli keluarga kita, ahli jemaah kita, ahli taman kita yang berkemampuan untuk membantu mereka disekeliling kita yang ramai kesusahan tapi mereka tidak meminta-minta termasuk segelintir yang meminta-minta.

Marilah kita berlumba-lumba berbuat kebajikan, bukan untuk menunjukkan jemaah atau parti kita lebih berkebajikan, tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, agar manusia kembali berharap sepenuhnya kepada Allah.

Siapa yang ada duit, beri sumbangan duit. Siapa yang ada rumah lebih yang terbiar tapi masih elok, berilah tumpang mereka yang tidak berumah. Siapa yang ada tanah lebih yang tidak diusahakan, berilah kepada mereka yang hendak mengusahakan. Siapa ada kereta lebih, berilah mereka yang perlukan kereta. Amalkan berkongsi kereta untuk menguatkan ukhuwwah, bukan untuk berjimat cermat.

Carilah rakan kongsi yang amanah, kerana Allah akan menjadi rakan kongsi kita yang ketiga.

Bendera Kerajaan Rembau


Kerajaan Rembau terbentuk jauh lebih awal dari kerajaan Negeri Sembilan dan jauh lebih awal dari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sejak lebih 600 tahun yang lalu.

Bolehkah bendera kerajaan Rembau dikibar pada 31 Ogos dan 16 September setiap tahun untuk memperingati kehebatan dan jasa kerajaan Rembau satu ketika dulu dalam usaha menentang penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris serta jasa kerajaan Rembau membangunkan Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor?

20130903

KULIAH HADITH 40


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 6 September 2013, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir