Dalam pada kita setiap saban tahun
menyambut Maal Hijrah dengan pelbagai program, dalam kita memerangi
pelbagai serangan akidah dan fahaman agama yang menyesatkan, kita
lupa satu lagi serangan akidah yang hampir setiap hari menyerang umat
Islam di Malaysia, iaitu amalan sihir.
Amalan sihir masih subur lagi di bumi
Malaysia, namun setakat ini tiada usaha bersepadu besar-besaran untuk
memerangi amalan sihir ini. Kembalilah kita kepada ALLAH dan Islam
sepenuhnya untuk menangani atau mengubati serangan sihir ini. Hanya
hamba ALLAH yang ikhlas yang dapat memerangi sihir ini.
Kalau kita sering mengikuti
perkembangan mereka yang mengamalkan perubatan Islam pasti akan
merasa takut betapa suburnya amalan sihir dan hasad dengki yang
menyesatkan umat Islam, khususnya yang memecah belahkan dan memporak
perandakan rumahtangga bangsa Melayu di Malaysia ini.
Diganggu ilmu perabun
Sinar Harian 4 November 2013
REMBAU – Bimbang kemungkinan diancam
gangguan sihir, seorang wanita di Kampung Sri Kendong, dekat sini
tinggal dalam rumah yang berkunci mangga seolah-olah berada dalam
penjara.
Saindon Abdullah, 60, seorang ibu
tunggal berbuat demikian kerana mendakwa dirinya terkena gangguan
ilmu perabun sehingga menyebabkan dia yang pernah menerima Anugerah
Ibu Tunggal Berjaya peringkat daerah Rembau pada 2011, hidup dalam
ketakutan.
Akibatnya, dia sentiasa berada gelisah
dan tertekan sehingga kegiatan pertanian dan penternakan yang
diusahakannya sejak 2009 kini terbiar begitu saja.
Menurutnya, pernah dia mendengar bunyi
orang berjalan di atas atap rumah, tapi apabila diperiksa, tiada
orang di situ.
Selain itu, lebih tertekan apabila ikan
ternakannya sebanyak satu tan mati dipercayai diracun pihak tidak
bertanggungjawab.
Menurutnya, jika masalah itu tidak
selesai, dia menghadapi masalah untuk melunaskan hutang Tabung
Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) serta institusi perbankan
lain kerana gagal memperolehi pendapatan.
Dalam pada itu, Saindon turut mencari
mana-mana pihak yang punyai kepakaran untuk mengubati gangguan
dihadapinya supaya dia dapat hidup seperti sediakala.
1 ulasan:
Pendidikan Islam bukan menjadi subjek utama dalam sistem persekolahan Malaysia menjadi punca merebaknya sihir dan maksiat lain. Subjek seperti akidah, fekah, sirah, akhlak, logik, tajwid, nahu, tafsir, hadis dan sebagainya menjadi teras kepada pendidikan Islam, bukannya pendidikan Islam sebagai satu subjek.
Persekitaran di dalam sistem persekolahan juga tidan mencerminkan suasana Islam.
Catat Ulasan