KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131104

Hijrah, bersediakah kita berubah untuk menjadi hamba ALLAH?


Setiap kali kita sambut tahun baru Hijrah, sambut hari lahir, ianya menunjukkan kita semakin jauh meninggalkan usia kita, dan semakin dekat usia kita untuk masuk kubur.

Apa azam tahun Hijrah kita pada tahun ini? Azam ini perlu kita peringatkan dan pertingkatkan setiap hari, setiap waktu kita solat.

Kalau penganut agama lain, mereka berazam agar tahun depan mereka dapat cuti umum dua hari, adakah kita umat Islam juga mempunyai azam yang sama?

Tapi sayang kita umat Islam, hari kebesaran Islam yang paling penting, yang sekali seumur hidup kita berkorban nyawa dan harta untuk menunaikan ibadah haji, kita hanya cuti satu hari sahaja untuk Hari Raya Haji, sedangkan kita ada 3 hari Tasyrik untuk membesarkan kalimah ALLAH dengan takbir dan ibadah korban.

Kalau Hari Raya Haji , Malaysia cuti 4 hari, mungkin Malaysia akan pecah rekod dunia dengan negara yang paling banyak cuti umum, yang dengan demikian secara tidak langsung akan memberi pengaruh kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia.

Contoh pada tahun ini, Hari Raya Haji jatuh pada hari Selasa. Ini amat menyukarkan untuk melakukan ibadah korban pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Adalah diharapkan Perdana Menteri kita dapat mempertimbangkan untuk memberi cuti 4 hari untuk Hari Raya Haji, ambillah formula atau lakukanlah transformasi dengan mengambil cuti hari kebesaran Islam lain diganti dengan cuti Hari Raya Korban jika kita tidak sanggup menjadikan Malaysia negeri yang paling banyak cuti umum di dunia.

Majikan saya yang bukan Islam telah lama mengamalkan konsep ini, menggantikan cuti hari kebesaran Islam dengan cuti tahun. Kilang saya bekerja tidak cuti pada hari Maal Hijrah, hari Israk Mikraj , hari Maulid Nabi. Ini sudah cukup untuk merayakan Hari Raya Haji selama 4 hari.

Esok pun 1 Muharram 1435 H kilang saya pun akan bekerja seperti biasa dan diganti dengan cuti tahun.

Bersediakan kita untuk berhijrah untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa, lebih merendah diri, lebih berani untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman?

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

Tiada ulasan: