Akhir-akhir ini emak kata kerap hilang
duit kertas yang disimpan dalam beg duit. Setelah mengumpul beberapa
maklumat saya tidak menolak kemungkinan kehilangan duit ini adalah
angkara makhluk halus atau jin atau toyol, yang semua mereka ini
adalah makhluk ALLAH jua.
Jika benar, kesian saya tengok kepada
pemilik makhluk tersebut, mungkin dunia nampak macam mudah dapat
duit, tapi kesian, macamana nasib mereka ini di akhirat jika tidak
bertaubat.
Apakah terdapat rumah-rumah lain di
Rembau yang ketika ini menghadapi serangan toyol, belum dapat saya
sahkan. Walau apa pun biarlah kita ambil kejadian ini untuk muhasabah
diri kita sendiri, muhasabah keluarga kita dan kejiranan kita.
Toyol juga makhluk ALLAH, maka hanya
kepada ALLAH kita mohon bantuan dan pertolongan untuk menghadapi
serangan toyol ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan