Surau di kariah saya adalah laluan
orang ramai samada untuk solat, buang air, rehat, tidur, tukar lampin
bayi dan sebagainya. Namun ada juga yang menjadikan surau ini tempat
ponteng sekolah, melepak dan juga menghisap rokok termasuk pelajar
sekolah rendah ketika tiada jemaah yang solat.
Dalam pada kita menghadapi pelbagai
serangan akidah dan sebagainya, jangan lupa kita perhatikan keluarga
kita sendiri, jiran tetangga kita, anak kita sendiri, jiran tetangga
kita.
Dalam kita sibuk mempertahankan
kesucian Islam, rupa-rupanya anak-anak remaja kita menjadikan surau
tempat melepak dan hisap rokok termasuk pelajar sekolah rendah.
Bukan setakat merokok sahaja, lebih
teruk lagi karpet surau menjadi mangsa cucuhan puntung rokok.
Buktinya tengok sahaja kesan-kesan hitam cucuhan rokok pada karpet
dalam gambar ini.
Kepada bapa-bapa, termasuk atok-atok,
untuk mengurangkan budaya hisap rokok di kalangan pelajar sekolah
rendah, saya menyeru, merayu agar tidak merokok di hadapan pelajar
sekolah dan kanak-kanak, kerana saya tahu memang susah hendak
berhenti merokok, tapi tolonglah jangan merokok di khalayak ramai,
terutama depan anak-anak kita, depan bayi, depan pelajar sekolah
kerana gejala hisap rokok di kalangan pelajar sekolah rendah semakin
parah.
Gejala pelajar sekolah menengah hisap
rokok sudah menjadi lumrah ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan