Sebentar tadi Pengurus Kompang Taman
Alamanda jumpa saya. Mulanya dia telefon nak minta tolong buat surat
bantuan rawatan perubatan. Rupanya dia nak minta tolong buatkan surat
sokongan untuk jiran dia, yang juga jiran saya.
Barulah tadi saya tahu betapa susahnya
hidup jiran kami ini. Bersalah pula rasanya saya kerana baru tahu
kesusahan jiran saya ini.
Jiran kami ini selepas Hari Raya Puasa
tahun ini 3 jari kakinya kena potong dan kulit kakinya pula
mengelupas teruk dari lutut ke bawah, kedua-dua belah kakinya. Dulu
dia bekerja sebagai pemandu.
Sejak pembedahan tersebut dia tidak
lagi bekerja, isteri pun tidak bekerja , mempunyai 4 orang anak, 3
masih bersekolah, seorang lagi belum bersekolah.
Yang membantunya setakat ini ialah adik
beradiknya. Jiran-jiran rasanya belum hulurkan bantuan lagi, kerana
ramai antara kami tak tahu cerita ini.
Apa yang memeritkan ialah setiap 3 hari
dia perlu ke hospital untuk mencuci dan membalut luka. Rawatan boleh
dikatakan kos murah, tapi yang mahalnya peralatan untuk mencuci dan
membalut luka yang perlu dibeli sendiri di farmasi swasta. Kosnya
sekitar RM300 setiap kali rawatan.
Dia minta saya bukan bantuan kewangan,
cuma tolong buat surat sokongan kepada pihak Baitul Mal Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan untuk menampung kos membeli peralatan mencuci
luka tersebut.
Sesiapa yang ingin membantu jiran kita
ini, bolehlah bertanyakan cerita lanjut pada Pengurus Kompang Taman
Alamanda.
Cuba-cubalah kita perhatikan
jiran-jiran dan saudara mara kita, pasti ada yang memerlukan bantuan.
Kehidupan mereka ini kadang-kadang lebih susah dari apa yang
dipaparkan dalam rancangan Bersama Mu di TV3.
Itu belum cerita kawan saya yang
diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi, hanya bekerja kilang,
gaji tak sampai RM1200 sebulan. Buku dan kad bank Jabatan Insolvensi
pegang, dia hanya dapat separuh gaji untuk bayar duit rumah, makan
minum anak bini. Separuh gaji lagi Jabatan Insolvensi ambil.
Bayangkan macamana nak hidup dengan isteri dan 3 anak dengan duit
bersih dapat sebulan sekitar RM500? Lebih beruntung lagi warga asing
yang ada Mykad palsu dan kad OKU JKM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan