KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150724

Atasi masalah perumahan di kalangan orang Melayu




Untuk mengatasi masalah perumahan di kalangan orang Melayu di kala harga rumah sekarang ini adalah terlalu tinggi, orang Melayu perlu bincang adik beradik pembahagian tanah. Di Negeri Sembilan ini banyak tanah dan rumah terbiar, baik tanah rizab Melayu mahu pun tanah adat.

Orang Melayu masih ada yang kaya tanah, tapi ada yang miskin rasa tolak ansur antara adik beradik darah daging sendiri dan saudara mara dalam pembahagian tanah. Macamana orang Melayu nak bersaing dengan bangsa lain jika sesama saudara susah hendak berunding.

Pejabat Tanah dan orang Adat juga perlu memainkan peranan yang lebih pro aktif untuk menyelesaikan masalah pembahagian tanah serta proses pindah milik tanah.

Tiada ulasan: