10 Julai 2015
Jelebu - Syawal bakal menjelma,
kemeriahan raya sudah dirasai. Kebanyakannya sudah mula berkemas dan
menghias rumah samada didalam mahupun diluar untuk menerima kehadiran
sanak saudara serta sahabat handai datang berkunjung.
Lain pula nasibnya yang menimpa sebuah
keluarga di sebuah kampung di Parit Gong, Pertang. Kisah mereka Sudah
lama mendiami dikampung tersebut tetapi masih belum dapat kehidupan
yang sedikit selesa. Mereka merupakan saudara baru yang sudah lebih
13 tahun memeluk islam, tetapi kehidupan mereka amat menyedihkan.
Mereka hanya mampu tinggal di sebuah pondok usang yang beratapkan
daun nipah, berdindingkan kain kanvas yang lusuh, bertiangkan kayu
hutan dan berlantaikan rotan. Rumah mereka pula terletak di dalam
kebun getah.
"Tolonglah Apit sekeluarga encik,
Apit sudah lama menantikan sebuah rumah. Hidup Apit sekeluarga susah.
Apit tidak ada pendapatan tetap. Apit cuma menoreh getah saja. Apit
menanggung seorang emak yang sudah tua dan tidak mampu lagi untuk
melihat. Apit juga menanggung anak perempuan yang sudah lama
ditinggalkan suaminya. Anak perempuan Apit tidak boleh bekerja kerana
masalah kesihatan. Apit juga menjaga cucunya seramai 3 orang. Cucunya
berumur 4-6 tahun. Itulah luahan Apit kepada Setiausaha Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En Mohd Saiful Ridzuan Bin Jasmin.
Selain itu, Apit sekeluarga hidup hanya
bercahayakan lampu lilin diwaktu malam. Apit sekeluarga juga tidak
mendapat bekalan air yang bersih. Apit terpaksa mengambil air diloji
yang berdekatan lebih kurang 2-3 kilometer jaraknya dari rumah.
Terpaksa berulang alik sebanyak 4-5 kali sehari dengan menggunakan
motor. Kalau tak ada duit, Apit kena jalan kakilah. Kalau tak
macamana Apit nak dapatkan bekalan air bersih untuk masak, mandi dan
membasuh. Perigi Apit sudah tidak berapa elok untuk digunakan, luah
Apit sambil menitiskan air mata sewaktu mencerikan kisahnya kepada
kami.
Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan telah bertanya dan memanjangkan hal tersebut kepada
Baitulmal Daerah Jelebu. Pihak Baitulmal Jelebu mengatakan mereka ini
dibawah urus selia Unit Dakwah Pusat Dakwah. Pihak Baitulmal juga
akan mengambil tindakan untuk membantu mereka.
Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan juga akan cuba membantu sekadar yang termampu. Kami
hanya sebuah NGO, kami tidak mempunyai dana yang banyak untuk membina
sebuah rumah kepada Apit sekeluarga. Kami hanya mampu mencari
penyumbang - penyumbang yang mahu membantu dalam kerja - kerja
kebajikan ini. Selebihnya kita akan serahkan pada pihak yang berwajib
untuk membantu. Dalam masa yang sama, Yayasan Amal Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan juga telah menyampai sedikit bantuan raya kepada Apit
sekeluarga dan sebuah keluarga lagi di Kampung Jerang. Kepada
penyumbang yang ingin membantu boleh terus menghubungi 012-9718829
Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Turut
hadir bersama sewaktu lawatan tersebut adalah Pengerusi MAPIM Negeri
Sembilan, Ustaz Fuad Bin Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan