Saya harap kerajaan Negeri Sembilan bertegas dalam tunggakan
sewa, bil elektrik serta bil air yang banyak, segelintir kecil penghuni
Pangsapuri Rakyat kerana masih ramai lagi di luar sana yang memohon untuk
menyewa di kawasan ini. Sekiranya mereka ini sengaja tidak mahu membayar sewa,
bil elektrik serta bil air adalah lebih baik diberikan rumah ini kepada mereka
yang lebih memerlukan serta mereka yang bertanggung jawab. Jika tidak
selama-lamanya masalah ini tidak akan selesai.
Mengharap rumah tempat berteduh
27 Julai 2015
SEREMBAN – Seorang ibu tunggal beranak empat, menagih
simpati agar permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan projek perumahan
rakyat (PPR) dipertimbangkan semula berikutan kesempitan hidup dialaminya.
Ibu tunggal, Siti Nur’aisyah Aris, 32, ketika ditemui
berkata hidupnya penuh kesempitan sejak berpisah dengan suami setahun lalu dan
terpaksa menumpang di rumah usang milik bapa saudaranya di Kampung Sentosa
Paroi.
Lebih memilukan anak perempuannya Siti Nursyakira yang
berusia 10 tahun, tidak ke sekolah sejak setahun lalu kerana tidak mampu,
selain membantunya menjaga anak bongsu
berusia dua tahun.
Manakala, dua lagi anaknya yang berusia enam dan 14 tahun,
disekolahkan oleh Yayasan Penyayang Negeri Sembilan.
“Selepas berpisah dengan suami, saya bekerja sebagai
pengawal keselamatan di sebuah sekolah, untuk menyara keperluan hidup kami anak
beranak.
“Masalah mula timbul bila saya memikirkan anak-anak yang
semakin tidak terurus termasuklah makan minum mereka sering terabai menyebabkan
terpaksa berhenti kerja sebelum hari raya lalu.
“Kini kehidupan saya hanya bergantung kepada belas ikhsan
kawan-kawan yang tahu kehidupan susah kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui
di rumahnya semalam.
Semakin memeritkan apabila pada Mac lalu, tuan rumah
menghalau mereka sekeluarga dengan alasan mahu membangunkan tanah di kawasan
rumah itu.
Disebabkan itu, Nur’aisyah membuat permohonan dengan Majlis
Perbandaran Seremban (MPS) untuk mendapatkan rumah di pangsapuri rakyat Seri
Perdana Paroi, namun gagal apabila ditolak tanpa sebab.
“Hidup saya kini umpama kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Tempat berteduh ini pula akan hilang bila-bila masa, sebab tuan
rumah mahu mengambil semula kawasan tanah ini,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Khas kepada Adun Paroi, Jufree
Hassim berkata, pihaknya akan membantu mendaftarkan semula anak perempuannya
bersekolah, selain akan berurusan dengan jabatan berkaitan bagi memudahkan
proses pendaftaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan