KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150725

Meraikan mereka yang kurang bernasib baik

Hari ini kami mengadakan jamuan hari raya di rumah Encik Zulkifli sekeluarga, salah seorang penerima bantuan sumbangan Ramadhan di Kg Semerbok, Kota, Rembau.

Dalam pada itu Ustaz Abd Hadi mengambil kesempatan untuk merawat Encik Zulkifli yang tidak dapat berjalan seperti biasa menggunakan teknik akupuntur.

Kala sibuk beramah mesra, sahabat saya Hj Ishak Omar sempat menerima aduan dari Encik Jalaluddin dari Taman Indah, Tampin yang memerlukan bantuan kerana dia tidak dapat bekerja akibat masalah jantung.

Terima kasih kepada semua sahabat yang terlibat, Hj Nasir, Hj Ishak Talib, Izamri, Hj Harun, Abang Dolah dan yang lain.

Rozmal Malakan
9 Syawal 1436






Tiada ulasan: