Baru-baru ini ketika sahabat saya Hj
Ishak Omar mengagihkan bantuan sumbangan Ramadhan, dia telah
dimaklumkan sebuah rumah keluarga miskin, ibu tunggal yang mempunyai
2 orang anak di mana salah seorangnya OKU , rumah mereka di PPRT
Legong Ulu, Rembau tidak mempunyai pintu kerana telah roboh.
Alhamdulillah hasil sumbangan orang ramai pintu tersebut telah
dibaiki.
Terima kasih diucapkan kepada para
penyumbang. Semoga yang memberi bantuan, menguruskan bantuan serta
penerima bantuan menjadi orang yang bertaqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan