KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150708

Tangkap kerbau, lembu yang berkeliaran


Dah banyak kes pengguna jalanraya langgar lembu atau kerbau yang berkeliaran. Harap JKR pasang papan tanda amaran di kawasan yang ada banyak lembu kerbau berkeliaran berhampiran jalan. Dan harap juga Majlis Daerah tangkap lembu kerbau yang berkeliaran dan buat lelongan awam jika pemilik lembu kerbau ini tidak membayar saman atau tak makan saman.

Maut dirempuh kerbau melintas
7 Julai 2015

REMBAU – Perjalanan konvoi 17 rakan untuk menghadiri majlis reunion berbuka puasa di Melaka berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Kilometer Dua, Jalan Sri Putri-Ulu Kanchong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Muhammad Firdaus Ruslin, 21, yang menunggang motosikal Yamaha 125 mengalami kecederaan parah selepas motosikalnya dirempuh kerbau melintas disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut rakan mangsa, Azmir Mohd Radzi, 23, dia terkejut apabila melihat motosikal mangsa dirempuh kerbau yang tiba-tiba melintas dan mangsa melambung serta tercampak kira-kira 10 meter ke bahu jalan bertentangan.

“Motosikal mangsa pula terseret ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan dan kenderaan berkenaan akhirnya terbakar.

Tiada ulasan: