Pada 24 Julai 2015 sahabat saya Allip
Ibrahim dan Izamri Med telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan
kepada Encik Jamal yang tinggal seorang diri dalam sebuah pondok
usang tanpa kemudahan air dan elektrik di Kg Ampang Batu, Chembong,
Rembau.
Encik Jamal bekerja kampung, ada
mendapat bantuan dari agensi kerajaan, namun tidak mampu untuk
menaiktaraf pondok beliau.
Pondok tersebut didirikan atas tanah
keluarga beliau. Untuk didirikan rumah bantuan kerajaan PPRT, perlu
mendapat persetujuan bertulis yang sah ahli keluarga berkaitan.
Kebanyakan kes sebegini adalah sukar
mana-mana pihak untuk membantu mendirikan rumah yang lebih selesa
kerana perlu mendapat persetujuan daripada ahli keluarga yang lain
atau proses pemilikan tanah yang perlu diselesaikan.
Kepada sesiapa yang ada jalan untuk
membantu Encik Jamal sila hubungi saya 0122267406
Rozmal Malakan
9 Syawal 1436
Tiada ulasan:
Catat Ulasan