Semasa ziarah hari raya di rumah sahabat saya di Chengkau
beliau membangkitkan isu tiang telefon yang amat hampir dengan jalan di Taman
Fajar Harapan, Bongek yang boleh membahayakan pengguna jalanraya.
Tiang telefon ini terletak berhampiran tiang elektrik FHAR
A6 di jalan utama Bongek - Gadong.
Mungkin perkara ini berlaku apabila jalan ini telah
dinaiktaraf dan diturap baru-baru ini.
InsyaALLAH saya akan mengajukan perkara ini kepada pihak
yang berkenaan.
Rozmal Malakan
4 Syawal 1436 , 20 Julai 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan