KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140718

Tabung masjid tak perlu dikunci




Surau tempat saya kalau letak tabung memang tidak dikunci, ALLAH yang jaga. Pencuri ni kalau tengok tabung berkunci lagi mereka nak pecahkan. Kalau tabung tak berkunci samada mereka akan pecahkan, atau mereka akan ragu-ragu nak ambil duit yang ada dalam tabung yang tidak berkunci. Yakin pada ALLAH saja, kerana manusia semakin lupa pada ALLAH.  Ada masa bila tak  letak tabung, bila ada orang nak derma, jumpa duit bawah sejadah, bawah pintu, beri atas tangan. Yakinlah rezeki ALLAH yang beri. Kita hanya perlu ALLAH, tak perlu CCTV.

Lapan tabung masjid dipecahkan
18 Julai 2014

UMBAI - Lapan tabung termasuk lima tabung bergerak milik Masjid Lama Al-Khausar Umbai dipecahkan dua individu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, pergerakan dua individu itu yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dirakam kamera litar tertutup (CCTV)  dalam masjid berkenaan.

Dipercayai dua individu berkenaan meletakkan motosikal mereka berdekatan kawasan perkuburan Islam Umbai sebelum menceroboh masuk ke dalam masjid melalui pintu belakang.

Ahli jawatankuasa masjid, Farid Malik, 39, berkata, pihaknya menyedari kejadian itu setelah jemaah datang ke masjid untuk menunaikan solat subuh dan melihat dua tabung besi yang diletakkan berhampiran pintu utama terbuka.

Menurutnya, individu terbabit turut mengumpil salah satu jeriji tingkap bagi membolehkan mereka membawa lima tabung bergerak ke bahagian solat Muslimat.

"Tabung bergerak yang dipecahkan adalah tabung yang diagihkan ketika solat Jumaat, selain tabung besi yang yang diletakkan statik dalam masjid.

"Ini bukan kejadian pertama kes curi wang tabung masjid  berlaku sejak ia diwujudkan lebih 150 tahun lalu dan ekoran itu, pihak masjid memasang beberapa CCTV," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Farid berkata, melalui rakaman CCTV berkenaan, pihaknya mendapati dua individu terbabit adalah orang luar.

Melalui rakaman CCTV selama sejam itu turut memaparkan beberapa aksi individu terbabit dalam usaha untuk memecahkan tabung berkenaan sehingga berjaya membawa lari wang tabung berkenaan yang berakhir kira-kira jam 3.30 pagi.

20140717

Usah bicara soal jihad jika susun selipar di masjid pun tak tahu



Eloklah setiap muslimin bercita-cita untuk jihad qital. Tapi bukan mudah persiapan untuk jihad ini. Berpada-padalah kongsi artikel mengenai jihad di negara luar. Banyak perkara yang kita alpa di sekeliling kita.

Asas utama jihad ialah hubungan akrab kita dengan ALLAH, kemudian dengan Nabi SAW, kemudian dengan kedua ibu bapa kita, seterusnya saudara mara kita, jiran tetangga kita, termasuk jiran tetangga yang bukan Islam.

Kadang-kadang kita lupa perkara yang paling mudah, asyik dengan artikel Briged Qassam, Hamas dsbnya.

Antara perkara yang asas ialah solat jemaah terutamanya di masjid, bacaan Al Quran, selawat, zikir, berbuat baik kepada ibu bapa.

Antara perkara asas lain dalam bab jihad ini ialah gosok gigi, susun selipar di masjid dan di rumah dan banyak lagi.

Bab susun selipar ini masih ramai antara kita yang ambil ringan.

Pernah sekali Ustaz Zakaria Talib ceramah di Surau Alamanda, habis satu ceramah dia cerita pasal susun selipar saja, kerana bila dia datang surau banyak selipar bersepah-sepah di luar surau.

Jihad ke, beri sumbangan pada fakir miskin, beri makan gelandangan dan banyak perkara baik, matlamat kita hanya satu, ajak manusia kepada ALLAH, itu saja.

Sebelum nak pergi berjihad, biasa-biasakan susun selipar dengan kemas di masjid dan di rumah, ringan-ringankan tulang bersih tandas masjid, kutip sampah, buang tahi cicak, layan ibu bapa dengan baik.

Motosikal dan kereta kita hendaklah sentiasa dengan baik, belajar-belajar baiki motosikal dan kereta sendiri, kerana ini juga perkara asas dalam jihad. Sentiasa periksa lampu brek, lampu isyarat, lampu undur berfungsi.

20140715

Remaja Tahfiz dalam misi dakwah dipenjarakan di Malaysia, banyak hikmahnya


Dari FB Ustaz Ebit Lew : Sedih dan sayu mendengar suara adik ini mengaji. Hafiz Al-Quran 30 juz. Dia ditangkap polis sedang keluar 40hari di kota bharu. Dokumennya dicuri. Lebih hanya 5 hari visa patutnya didenda tapi telah begitu lama dalam penjara. Tinggi ujian kau wahai Nafiz al hafiz. Semoga jadi asbab hidayah seluruh alam.

Assalamualaikum, saudara-saudaraku sekelian, status budak rohinya (hufaz). Pada 14/07/2014, jam 8.30 pagi saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, bahagian lokap, berjumpa dengan Sarjan Mejar Ariffin dan Kopral Sharifah. Mereka memberitahu bahawa memang budak tersebut ditangkap oleh polis dan masukkan di lokap IPD ini. Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah pada minggu lepas dan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara. Pihak polis kata, mereka tiada maklumat budak itu di penjara mana. Jam 9.00pagi saya terus ke Penjara Pengkalan Chepa. Pihak penjara tersebut menyatakan budak tersebut tidak ditahan disitu.

Mereka suruh rujuk dengan pihak imigresen, kerana kesalahan budak itu berkaitan berada di Malaysia melebihi tempoh. Jam 10.00 pagi saya terus ke pajabat Imigresen Telipot, Kota Bharu, Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasaan. Saya berjumpa dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan tersebut iaitu En.Amran. Beliau mengesahkan bahawa budak tersebut di penjarakan di Penjara Machang, Kelantan untuk tempoh 6 bulan (tetapi setelah ditolak hari-hari tertentu tempoh penjaranya menjadi 4 bulan).

Saya menceritakan kepada pegawai tersebut hasrat untuk ambil budak itu sebagai anak angkat, dan menanyakan bagaimana prosedur untuk mengeluarkan budak itu dari penjara dengan hanya membayar denda. Pengawai itu menjelaskan kepada saya , sebenarnya budak itu telah mendapat perhatian menteri dalam negeri, KSU dan Ketua Pengarah Imigresen, ekoran rakaman video budak tersebut membaca al Quran.

Semalam 13/7/2014, Ketua Pengarah Imigresen Dan KSU telah datang ke penjara tersebut dan telah berjumpa budak tersebut dan mengambil maklumat berkaitan untuk dilaporkan kepada menteri untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan bahawa waktu anggota polis merakamkan budak tersebut membaca al Quran, katanya mereka sedang memilih imam solat. Didalam penjara tersebut budak itu menjadi imam solat termasuk solat tarawih untuk penghuni penjara. Ramai yang teruja dengan bacaannya sehingga ramai warga penjara hendak menolongnya. Kata pegawai tersebut, beradanya budak tersebut didalam penjara, beliau telah berjaya menarik minat penghuni penjara kepada al Quran dan Islam. Beliau meletakkan situasi beliau seperti kisah Nabi Yusof a.s. Kata pegawai itu lagi, beliau anak kacukkan Thailand + Burma. Semasa beliau ditangkap polis bila mana barangya dicuri orang semasa mengikuti dakwah Jemaah Tabligh di Kota Bharu, semasa beliau keluar bersama rombongan, kawan-kawannya dapati beliau tidak muncul, dan didapati beliau ditangkap polis dan semua dokumennya dicuri. Beliau terlebih tinggal di Malaysia hanya 5 hari sahaja. Kata pegawai imigresen tersebut sepatutnya beliau didenda RM 30.00 sehari sahaja, beliau tidak tahu kenapa di penjarakan sampai bulan. Kita sama-sama doakan agar budak tersebut segera diambil tindakan sewajar oleh menteri dalam masa terdekat. InsyaaAllah. Ust. Haji Hassan.

Mesti adik ni puas menangis dalam penjara. Bagaimana dia solat dan berdoa. Mesti makbul doanya dalam Ramadhan ini. Doakan hidayat buat kami semua yer adik. Kami doakan adik dipermudahkan oleh Allah dan tabah yer-ebit lew
Photo: Sedih dan sayu mendengar suara adik ini mengaji. Hafiz Al-Quran 30 juz. Dia ditangkap polis sedang keluar 40hari di kota bharu. Dokumennya dicuri. Lebih hanya 5 hari visa patutnya didenda tapi telah begitu lama dalam penjara. Tinggi ujian kau wahai Nafiz al hafiz. Semoga jadi asbab hidayah seluruh alam. Assalamualaikum, saudara-saudaraku sekelian, status budak rohinya (hufaz). Pada 14/07/2014, jam 8.30 pagi saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, bahagian lokap, berjumpa dengan Sarjan Mejar Ariffin dan Kopral Sharifah. Mereka memberitahu bahawa memang budak tersebut ditangkap oleh polis dan masukkan di lokap IPD ini. Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah pada minggu lepas dan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara. Pihak polis kata, mereka tiada maklumat budak itu di penjara mana. Jam 9.00pagi saya terus ke Penjara Pengkalan Chepa. Pihak penjara tersebut menyatakan budak tersebut tidak ditahan disitu. Mereka suruh rujuk dengan pihak imigresen, kerana kesalahan budak itu berkaitan berada di Malaysia melebihi tempoh. Jam 10.00 pagi saya terus ke pajabat Imigresen Telipot, Kota Bharu, Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasaan. Saya berjumpa dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan tersebut iaitu En.Amran. Beliau mengesahkan bahawa budak tersebut di penjarakan di Penjara Machang, Kelantan untuk tempoh 6 bulan (tetapi setelah ditolak hari-hari tertentu tempoh penjaranya menjadi 4 bulan). Saya menceritakan kepada pegawai tersebut hasrat untuk ambil budak itu sebagai anak angkat, dan menanyakan bagaimana prosedur untuk mengeluarkan budak itu dari penjara dengan hanya membayar denda. Pengawai itu menjelaskan kepada saya , sebenarnya budak itu telah mendapat perhatian menteri dalam negeri, KSU dan Ketua Pengarah Imigresen, ekoran rakaman video budak tersebut membaca al Quran. Semalam 13/7/2014, Ketua Pengarah Imigresen Dan KSU telah datang ke penjara tersebut dan telah berjumpa budak tersebut dan mengambil maklumat berkaitan untuk dilaporkan kepada menteri untuk tindakan lanjut. Dilaporkan bahawa waktu anggota polis merakamkan budak tersebut membaca al Quran, katanya mereka sedang memilih imam solat. Didalam penjara tersebut budak itu menjadi imam solat termasuk solat tarawih untuk penghuni penjara. Ramai yang teruja dengan bacaannya sehingga ramai warga penjara hendak menolongnya. Kata pegawai tersebut, beradanya budak tersebut didalam penjara, beliau telah berjaya menarik minat penghuni penjara kepada al Quran dan Islam. Beliau meletakkan situasi beliau seperti kisah Nabi Yusof a.s. Kata pegawai itu lagi, beliau anak kacukkan Thailand + Burma. Semasa beliau ditangkap polis bila mana barangya dicuri orang semasa mengikuti dakwah Jemaah Tabligh di Kota Bharu, semasa beliau keluar bersama rombongan, kawan-kawannya dapati beliau tidak muncul, dan didapati beliau ditangkap polis dan semua dokumennya dicuri. Beliau terlebih tinggal di Malaysia hanya 5 hari sahaja. Kata pegawai imigresen tersebut sepatutnya beliau didenda RM 30.00 sehari sahaja, beliau tidak tahu kenapa di penjarakan sampai bulan. Kita sama-sama doakan agar budak tersebut segera diambil tindakan sewajar oleh menteri dalam masa terdekat. InsyaaAllah. Ust. Haji Hassan. Mesti adik ni puas menangis dalam penjara. Bagaimana dia solat dan berdoa. Mesti makbul doanya dalam Ramadhan ini. Doakan hidayat buat kami semua yer adik. Kami doakan adik dipermudahkan oleh Allah dan tabah yer-ebit lew

Merendah diri formula kejayaan pasukan bolasepak Jerman


Bekerja dengan syarikat Jerman memberi keyakinan pada saya Jerman akan memenangi Piala Dunia 2014. Rahsia atau formula kejayaan Jerman ialah sikap merendah diri yang diamalkan dari pihak pengurusan tertinggi hinggalah ke pemain mereka. Bolehkah pengurusan tertinggi FAM dan pemain bolasepak Malaysia bersikap rendah diri di dalam dan di luar padang, tidak menunjuk-nunjuk kemewahan mereka?

Germany's World Cup success revealed:

Joachim Low has constructed a team based on ability but also a strong work ethic and sense of unity
Despite several big names such as Mesut Ozil, Thomas Muller and Toni Kroos, Germany's squad is built on humility
‘We have an inner belief, not arrogance that we are better than anyone else, but a belief that together we can be successful,’ Dirk Dufner, sporting director at Hannover 96, told Sportsmail.

Hamann believes there is a humility to German players that sets them apart from many others. It is rare that you hear of German stars getting into trouble or flaunting their wealth.

Siapa boleh bantu beri simen untuk makcik yang uzur ini?

Semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang sukarelawan yang menggelarkan dirinya Ibu, yang bergiat aktif dalam NGO kemasyarakatan di Rembau. NGO yang digerakkan oleh Ibu ini tiada kaitan langsung dengan PAS atau Pakatan Rakyat, ia hanya sekadar NGO yang amat prihatin nasib keluarga daif, ibu tunggal, warga emas yang uzur serta lumpuh.

Ibu mempunyai senarai nama ramai mereka yang memerlukan, ada yang telah dibantu JKM, Baitul Mal dan ADUN, namun ianya masih tidak mencukupi tanpa bantuan orang ramai. Ibu bertanya samada ada yang sudi membantu seorang makcik tua yang uzur yang hanya memerlukan sedikit kerja simen lantai rumahnya untuk memudahkan pergerakan beliau.

Kepada mereka yang ingin membantu makcik tua yang uzur ini atau membantu Ibu untuk menghulurkan bantuan kepada ramai keluarga yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan di Rembau sila hubungi saya untuk saya beri nombor telefon dan Whatsapp Ibu agar mereka yang ingin membantu dapat menghubungi Ibu terus , tel saya 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com , PM FB : Rozmal (maaf tiada Whatsapp).

Atau boleh masukkan ke akaun Maybank saya Rozmal bin Malakan, No Akaun 155126945930 untuk saya salurkan ke Ibu, harap SMS jumlah yang dimasukkan dan taip mesej UNTUK IBU.

20140713

Perlukan kita boikot Singapura yang merupakan sekutu rapat Israel?


Bukan rahsia lagi bahawa pembentukan tentera Singapura adalah dibimbing oleh pakar ketenteraan Israel. Dan tidak hairanlah desas desus mengatakan Singapura akan membeli 50 buah kereta kebal Merkava buatan Israel, kereta kebal jenis yang sama digunakan sekarang ini untuk membantai rakyat Palestin di Gaza. Melanconglah dalam Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pusat beli belah Singapura halau wanita bertudung?
13 Julai 2014

Menurut laporan The Rakyat Post, seorang wanita beragama Islam telah dilayan dengan buruk di salah sebuah pusat beli belah di Singapura hanya kerana beliau memakai hijab.

Kakak wanita tersebut, Zafirah Edwards telah berkongsi masalah tersebut pada laman Facebook beliau.

Zafirah menyatakan bahawa saudara perempuan beliau dipaksa meninggalkan kedai tersebut ketika diminta bekerja di bahagian peralatan sukan.
Dua orang pengurus kedai tersebut bercakap bahasa asing dengan salah seorang pekerja di situ sambil menunjukkan isyarat kepada tudung yang dipakai saudara Zafirah, kemudian diikuti pekerja tersebut meminta saudara Zafirah meninggalkan premis tersebut.

Saudara Zafirah diminta berhenti kerja kerana tudung beliau.

Namun apa yang membuatkan beliau berang adalah saudara beliau dipaksa keluar ikut pintu service dan seorang pegawai keselamatan mengawasi dan menggeledah beg beliau.



Anggota Polis Elit kita diserang, dibunuh dan diculik di Sabah


Ketika Gaza diserang, Malaysia juga diserang dan dimalukan dari pelbagai sudut. Mari kita doakan ALLAH melindungi anggota keselamatan kita serta menjadikan tentera dan polis kita orang yang bertaqwa sebagai benteng utama untuk melawan musuh luaran, dalam, fizikal dan rohani. PDRM dan ATM perlukan pahlawan seperti Sarjan Hassan.

Anggota PGM gugur ditembak di Pulau Mabul
Harian Metro 13 Julai 2014

Semporna: Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) gugur ditembak manakala rakannya dipercayai diculik dalam kejadian berbalas tembakan dengan lapan lelaki di sebuah resort di Pulau Mabul, dekat sini, 11 malam tadi.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini.

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

20140711

Kita berjiran dengan sekutu rapat Israel


Kereta kebal Merkava buatan Israel digunakan untuk membantai, membelasah, membunuh, menghancurkan rakyat Palestin pada ketika ini. Jiran kita Singapura akan menggunakan kereta kebal jenis Merkava ini untuk tentera mereka. Apakan daya tanah Johor, tanah Melayu, tanah Malaysia banyak terjual oleh sang tamak haloba, akhirnya bangsa kita akan mengalami nasib yang sama seperti bangsa Palestin. Usah ditanya kenapa bangsa Arab tidak bersatu, tanya kenapa bangsa Melayu ada yang tamak haloba.

Singapura Beli 50 Tank Merkava Sebagai Tandingan Leopard TNI
5 Juli 2014, Berita Militer Indonesia

Singapura yang sudah memiliki 90 Leopard langsung keder :mrgreen: untuk mengimbanginya negara pelarian koruptor tersebut berencana mendatangkan 50 unit MBT legendaris dari Israeil, Merkava mk4 dengan total biaya $500 juta dollar Amerika.

20140709

Penduduk Palestin tak perlukan kita berjihad di sana


Mereka punya tentera yang bertaqwa, saintis yang bertaqwa, jurutera yang bertaqwa. Mereka ada ALLAH, mereka tak perlukan kita. Kita berdoa dan beri sumbangan kepada mereka agar kita tidak ditanya di akhirat nanti apa peranan kita dalam krisis ini. ALLAH yang jaga pejuang dan rakyat Palestin, bukan kita.

Kita di Malaysia perlu bentuk tentera yang bertaqwa, rakyat yang bertaqwa, saintis yang bertaqwa, jurutera yang bertaqwa.

Walaupun disekat, ditindas, dibunuh, di macam-macam lagi, mereka boleh mencipta roket yang boleh menjangkau beratus kilometer sehingga ke Tel Aviv.

Tapi kita masih tak mampu nak buat roket sendiri yang menjangkau berpuluh kilometer.

Kerja kita di sini ialah ajak orang pada ALLAH, makmurkan masjid dengan solat jemaah dan kuliah ilmu, itu taman syurga kita. Taman syurga mereka ialah di medan perang.

Yang belajar di IPT, Politeknik, belajar betul-betul, ilmu itu penting, digandingkan dengan taqwa.

Jangan semangat kita macam BUIH COCA COLA.

20140708

Malaysia perlu lahirkan tentera yang bertaqwa agar musuh gerun


Mereka yang hanya takut ALLAH, orang serta makhluk lain akan takut kepada mereka. ATM perlu lahirkan tentera yang bertaqwa, barulah musuh, penceroboh, pengganas akan takut kepada anggota ATM. ATM sepatutnya menjadikan Sarjan Hassan sebagai “Role Model” tentera yang bertaqwa.

Bukanlah tentera yang berani ialah mereka yang berani makan ular atau monyet. Tentera yang berani ialah tentera yang bertaqwa, tawaduk dan sabar.

Musuh Islam amat takut apabila rahsia sebenar Sarjan Hassan diketahui umum. Hanya P Ramlee yang berjaya mengetengahkan sedikit kisah Sarjan Hassan.

Kisah sebenar Sarjan Hassan adalah di zaman komunis bukan zaman Jepun. Sarjan Hassan telah membunuh lebih 100 orang pengganas komunis.

Sarjan Hassan adalah merupakan ahli tasauf, ahli zikir, ahli sufi, anak murid Mufti Negeri Sembilan yang merupakan Khalifat Tareqat Ahmadiah.

Sarjan Hassan bersara dari ATM bukan sebagai Jeneral , hanya sekadar Kapten.

Oleh itu kita jangan pandang rendah ahli sufi, menyangka mereka ini hanya duduk atas sejadah dan berzikir. Sejarah telah membuktikan ahli sufilah yang banyak mempertahankan maruah dan umat Islam di medan perang antaranya Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh.

Musuh Islam dan orang munafik seboleh-bolehnya tidak mahu umum mengetahui rahsia kejayaan Sarjan Hassan, seorang ahli sufi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hanya tentera yang bertaqwa tidak akan bergaduh sesama mereka, terlibat dalam “ragging”, minum arak, terlibat dalam dadah, zina, rogol serta rasuah.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Sarjan atau Kapten Hassan.

20140706

JKM, ADUN dah membantu, sekarang giliran kita untuk membantu


Ahad 6 Julai 2014, selepas berjemaah Asar di Masjid Jamek An Nur, Rembau saya ke Bazar Ramadan pekan Rembau. Kemudian saya ke Kg Rendah untuk sampaikan sedikit bantuan kewangan yang dikirimkan melalui saya untuk seorang warga emas yang berpenyakit bisul, lembam, tinggal seorang diri di rumah pusaka yang usang, bocor sana sini. Kisah Encik Azman bin Rahmat ini ada keluar dalam Sinar Harian beberapa hari lalu.

Dalam Sinar keluar Kg Rendah, tak ada alamat penuh. Puaslah saya mencari sampai hujung kampung, balik semula, jumpa seorang pemuda sedang mengecat pagar. Dia pun panggil emak dia. Emak dia dengan gelaran Ibu Ida pun keluar, dia kata memang dia kenal Encik Azman ini.

Dia pun tunjukkan saya rumah Azman. Sebuah rumah yang begitu usang, suasana dalam rumah elok sikit saja dari rumah kisah remaja OKU di Nilai yang menggemparkan satu Malaysia.

Bantuan JKM ada diterima, YB pun ada turun padang. Takkan semua nak harapkan JKM, YB dan Baitul Mal. Apa peranan kita sebagai saudara se Islam, orang kampung, terutama orang Rembau?

Ibu Ida kata, memang banyak kes macam ni di Rembau. Apabila seseorang itu sudah tua, sudah uzur, sudah lumpuh, OKU dan sebagainya, tak ramai yang menjaganya.

Memang dah lama saya perhatikan perkara ini di Rembau, mungkin seluruh Negeri Sembilan.

Masyarakat kita sedang sakit. Kalau ada orang susah, harap keluar berita, JKM bantu, Baitul Mal Bantu, YB bantu.

Walhal mereka yang perlukan bantuan ini bukan setakat perlukan kewangan, mereka perlukan kasih sayang, bimbingan, kaunseling, nasihat.

Mereka yang menyediakan teks khutbah Jumaat janganlah syok sendiri saja. Cubalah turun di Kg Rendah, jumpa Encik Azman ini, barulah kita tahu betapa institusi kekeluargaan kita, institusi masyarakat kita sedang menuju kehancuran.

Marilah kita sebarkan kasih sayang, sesama ahli keluarga kita, sesama jemaah kita, sesama bangsa walaupun berlainan parti.

Apabila saya menghulurkan bantuan saya tidak mengatakan saya ini dari PAS, saya kata saya ini duduk Bongek. Bukan tujuan saya untuk mempromosi parti, tujuan saya ingin melihat orang kampung kembali berkasih sayang, ketepikan kepentingan peribadi dan politik.

Kilang Melayu Perlu Prihatin Kebajikan Pekerja Musim Raya

Kadang-kadang saya pelik, ada kilang milik orang bukan Islam lebih prihatin akan kebajikan pekerja mereka berbanding dengan segelintir kilang tempatan milik orang Melayu apatah lagi kilang tersebut boleh dikategorikan kilang yang ternama.

Malahan cara pemberian bonus dan kenaikan gaji pun, ada kilang milik orang bukan Islam lebih telus berbanding segelintir kecil kilang tempatan milik orang Melayu apatah lagi kilang tersebut boleh dikategorikan kilang yang tersohor jugalah.

Kadang-kadang, terdetik di hati saya lebih mudah saya berurusan secara professional dengan orang bukan Islam, mereka lebih telus, lebih terbuka.

Semua ikut prosedur, kalau barang “REJECT” , tetap saya “REJECT” walaupun pembekal barangan tersebut kawan rapat saya sendiri yang saya sendiri tak “RECOMMEND” dia masuk jadi pembekal, pandai-pandai dia sendiri berurusan dengan “Purchasing”.

Balik dengan cerita pekerja kilang Melayu yang terkenal tadi.

Saya mendapat aduan, sempena Raya ini ada segelintir kecil pekerja mereka tidak mendapat bonus atas beberapa sebab yang tertentu. Mereka ini dari golongan pekerja bawahan, boleh dikatakan kategori kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Mereka ini mengharapkan sedikit bonus untuk perbelanjaan raya, buat kuih, ziarah emak ayah di kampung yang lama tidak dikunjungi.

Macam ni lah. Tak kiralah siapa betul, siapa salah. Apa kata di bulan Ramadhan ini kita berlebih kurang sikit.

Apa kata pekerja atasan kilang tersebut dan ramai lagi pekerja lain yang dapat bonus berilah sumbangan sedikit mungkin seorang RM10 , susah sangat, belikanlah kuih muih, baju raya untuk anak-anak kecil pekerja kilang yang tidak dapat bonus tadi.

Mungkin Pengarah Urusan kilang tersebut, CEO kilang tersebut pakat-pakat mungkin Ramadhan kali ini tak perlulah pergi Buffet Ramadhan. Apa kata duit belanja Buffet Ramadhan tersebut belikan kuih raya untuk ibu dan ayah pekerja kilang yang tak dapat bonus, belikan baju raya anak-anak pekerja kilang yang tak dapat bonus.

Tak payah tanyalah kilang apa. Mana-mana Pengerusi, CEO, Sleeping Director yang terasa tu, cepat-cepatlah Istighfar.

Akhbar Kosmo tak prihatin aurat Allahyarham Sharifah Aini


Sedih beli nak beli akhbar tadi, belek beberapa akhbar Melayu. Selain beli Harakah ingatkan tadi nak beli Kosmo. Bila tengok gambar Muka Depan akhbar Kosmo gambar Allahyarham Sharifah Aini yang tidak bertudung, tidak menutup aurat tak jadi saya beli Kosmo. Tengok akhbar Melayu yang lain tak ada pula tak beradab macam Kosmo ni.

Rasanya Kosmo perlu minta maaf kepada waris Allahyarham Sharifah Aini terutama anak lelakinya.

Pakej Aqiqah bersama Pelajar Sekolah Pondok Tradisional


Madrasah Az Zakirin di Rembau menyediakan perkhidmatan Aqiqah seekor kambing beserta jamuan bersama pelajar pondok Madrasah Az Zakirin pada kos RM1,650.

Perkhidmatan aqiqah ini juga disediakan sepanjang Ramadhan ini.

Mereka yang ingin menyertai Program Aqiqah ini sila hubungi 019-2865129 Ustaz Zakaria Talib, Madrasah Az Zakirin, Rembau.

PROMOSI KOMIK DAKWAH


Dapatkan Koleksi Komik Dakwah Siri “MUALLIM” Yang “ORI” terus daripada penerbit PUSTAKA ZAKIRIN.

Untuk tempahan sila hubungi :
Ustaz Zakaria Talib 019-2865129
Pustaka Zakirin, REMBAU

20140705

Murahnya, RM50 untuk taja buka puasa kumpulan pelajar tahfiz


Lagi murah dari Buffet Ramadhan untuk seorang kanak-kanak di sesetengah tempat. Dengan hanya RM50 kita boleh menjamu buka puasa untuk sekumpulan pelajar tahfiz ini yang majoritinya dari keluarga kurang berkemampuan. Mereka yang berminat untuk sertai peluang keemasan ini boleh hubungi 0102207865 Ustaz Solleh , atau boleh solat tarawih bersama pelajar-pelajar tahfiz ini di Surau Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban.

Maklumat ini dari FB ADUN Sikamat YB HJ Aminuddin Harun, satu-satunya ADUN tunggal Melayu dari Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan.

20140704

Buang sampah boleh bantu mereka yang susah, gelandangan




Bukan setakat beri duit, beri makan kita boleh tolong mereka yang susah. Cara kita buang sampah pun sebenarnya boleh membantu mereka yang susah. Cubalah bila kita buang sampah di rumah kita, kita asingkan sampah botol plastik, sampah besi, sampah kertas, sampah barangan elektrik dan sampah sisa makanan.

Asingkan elok-elok. Setiap jenis sampah, letak dalam satu plastik. Sampah sisa makanan dan yang tidak boleh dikitar semula letak dalam tong sampah.

Sampah botol plastik, sampah besi yang telah diikat kemas dalam bekas berasingan letak di tepi luar tong sampah.

Pekerja kutip sampah yang dari golongan berpendapatan rendah ini pasti merasa amat gembira apabila sampah ini diasing sebegini. Ini adalah kerana sampah yang sebegini adalah punca rezeki mereka.

Tak perlulah mereka punggah tong sampah untuk mencari sampah yang boleh dikitar semula untuk dijual.

Jangan pula lepas ini ada Menteri nak saman penghuni rumah macam saya ini yang letak sampah kitar semula di luar tong sampah.

Kalau kita nak tolong golongan susah, ada macam-macam cara. Nak atau tak nak. Yang penting kita umat Islam buat semua ini hanya harap redha ALLAH.

Warga OKU berniaga di Masjid Sikamat untuk tampung kos perubatan


Dari FB Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan) : “Selepas solat asar di Masjid Kariah Sikamat saya bertemu seorang muallaf Mohd Amin Tan b Abdullah yang menghidap penyakit Multiple Sclerosis (MS). Beliau memerlukan kos rawatan sebanyak RM 4,000 di PPUM melibatkan kos ubat dan Plasma Exchange. Beliau mengambil inisiatif berniaga untuk menampung kos rawatan.”

Tuan puan yang akan menunaikan solat tarawih di Masjid Sikamat digalakkan menderma bagi menampung kos rawatan yang akan ditanggungnya minggu hadapan.

Beliau boleh dihubungi di talian 0193197815 dan sekarang beliau menumpang di Pondok Al-A'liyah di Ampangan di bawah kendalian Ustaz Sofhan Halim.


Cari, bantu, hebohkanlah jiran-jiran kita yang susah


Dua tiga hari lepas sebelum solat tarawih saya buat pengumuman kepada para jemaah surau bahawa jiran kita di Taman Alamanda, Senawang iaitu Sdr Saffian bin Mat Jani di No 77, Jalan Alamanda 5 dalam kesusahan. Dia bekerja sendiri, dan tidak dapat bekerja mencari rezeki apabila tiga jari kakinya di potong, kulit kedua-dua kakinya dibuang akibat komplikasi penyakit.

Di samping perlukan wang untuk perbelanjaan harian keluarga, beliau memerlukan kos rawatan yang tinggi. Alhamdulillah Majlis Agama Islam N.Sembilan ada membantu tetapi permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat beliau ditolak.

Antara jiran yang respon awal selepas pengumuman tersebut ialah seorang warga Pakistan yang menghulurkan sumbangan. Tadi sebelum solat subuh warga Pakistan tadi beritahu saya, kesian apabila dia melihat Sdr Saffian, tak pernah beliau tengok orang yang sakit sedemikian.

Marilah kita cari, bantu, hebohkan jiran tetangga kita yang memerlukan, yang susah. Janganlah kita harapkan mereka ini JKM akan bantu, kerana beratus ribu permohonan yang JKM terima saban tahun. Siapa lagi yang patut bantu mereka kalau bukan kita sebagai saudara mara atau jiran tetangga.

Hebohkanlah jiran dan saudara mara kita yang memerlukan ini sebelum solat tarawih, semasa tazkirah, yang terbaik semasa Khutbah Jumaat, dalam FB, dalam Blog Surau seperti Blog Surau Alamanda http://suraualamanda.blogspot.com

Kalau kita tak dapat bantu, sekurang-kurangnya kita berdoa atau buat solat hajat.

Malam tadi selepas solat tarawih, kita di Surau Taman Alamanda, buat solat hajat mohon agar ALLAH pulihkan jiran kita Sdr Anuar dari Lorong Alamanda 3/3 yang kini ICU di Hospital Seremban kes langgar lari oleh Mat Rempit di Taman Kobena minggu lepas.

20140703

Majlis Berbuka Puasa DUN Kota


Majlis Berbuka Puasa DUN Kota
Tarikh : 5 Julai 2014, Sabtu
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau
Aturcara :
- Agihan Sumbangan Kepada Keluarga Yang Memerlukan
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isya/Solat Tarawih
- Tazkirah

Semua dijemput hadir

Anjuran : Surau Darul Hikmah dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

20140701

Bantulah mereka yang susah di sekeliling kita dulu




Sebenarnya ramai yang susah di sekeliling kita. Sebelum kita nak bantu orang lain, carilah saudara mara kita, orang kampung kita, jiran tetangga kita yang susah dulu. Kalau semua amalkan seperti ini, saya yakin tidak akan terpampang di dada akhbar mereka yang memerlukan bantuan.

Takut nanti di akhirat nanti kita akan ditanya kenapa kita bantu orang yang kita tidak kenal, yang duduk jauh dari kita, sedangkan ada saudara mara kita sendiri yang susah, jiran kita yang susah.

Gunakanlah kesempatan sebelum solat Tarawih, umumkan kepada jemaah surau dan masjid siapa yang memerlukan bantuan di tempat tersebut.

Gunakanlah kesempatan sebelum solat Jumaat, umumkan kepada jemaah masjid siapa ahli kariah yang memerlukan bantuan di tempat tersebut.

Kalau di kampung pun sama juga. Contohnya di Rembau, walaupun ramai keluarga miskin di sini, warga emas yang lumpuh pakai lampin, remaja OKU, saya pasti ramai anak Rembau yang merantau yang sanggup membantu, cuma mereka menyangkakan orang yang duduk di Rembau ini banyak menerima bantuan JKM serta bantuan jiran tetangga. Walhal yang duduk di kampung ini ialah mereka yang ada daripadanya duduk di rumah peninggalan keluarga yang sudah nak roboh.

Rugilah ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang jika tak kenal Imam kita



Imam 1 Masjid Bandar Baru Senawang, Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad adalah antara orang yang amat saya segani, hormati, kagum. Justeru itu saya menyeru ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang yang berada di Kuarters Balai Polis Senawang, Taman Desa Melor, PPR Senawang, Taman Jasmin, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Kobena, Taman Anggerik, Taman Matahari Height, Taman Bandar Senawang, Taman Matahari Indah, Taman Desa Dahlia, Taman Senawang Indah, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Widuri agar mengenali dengan lebih dekat Ustaz Dato Hj Arshad.

Rugi kalau kita tak kenal Imam kita sendiri. Takkan nak tunggu nak kahwinkan anak, atau diri sendiri nak kahwin barulah tercari-cari Imam. Atau tunggu ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia, barulah kenal siapa Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad.

Walaupun Imam 1 kita ini , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah, ada gelaran Dato, berusia sekitar 70an. Namun beliau nampak macam orang kebiasaan, malahan beliaulah yang terlebih dahulu turun padang jika ada gotong royong di masjid.

Bukan setakat akad nikah, solat jenazah saja beliau uruskan, sampaikan sembelih lembu pun beliau buat, masak kenduri gotong royong pun beliau yang masak. Jemaah lain tak berani nak mulakan dulu, nak tumis pun tak berani, kerana harapkan keberkatan dan kelazatan masakan beliau.

Tak pernah tengok beliau marah-marah.

Kesian saya, ada ahli kariah layan beliau macam kerani di kaunter, minta tandatangan untuk surat sokongan dan sebagainya. Beliau tak kisah, tapi saya kisah, kesian, beliau sudah tua, sudah uzur, namun ahli kariah kita kurang rasa hormat pada beliau. Tapi beliau tak kisah juga, kalau beliau sedang beri kuliah, atau lepas solat jenazah, berdering saja telefon , tanya macam-macam, nak ajak baca tahlillah, nak tandatangan boranglah.

Namun beliau tak kisah, sabar, tawaduk beliau.

Kuliah dan ceramah beliau tak lah ramai yang hadir macam Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias, tapi ceramah beliau amat terkesan, siapa yang pernah dengar ceramah atau kuliah beliau, pasti akan teringat-ingat pesanan beliau.

Kalau jemaah nak pergi haji, mudah saja pesanan beliau, “Pergi haji ni nak banyak sabar”.

Sekali lagi saya menyarankan ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang kenalilah Imam kita, bantulah beliau walaupun beliau tidak minta dibantu.

Amat sukar mencari orang seperti beliau sekarang ini.