KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140708

Malaysia perlu lahirkan tentera yang bertaqwa agar musuh gerun


Mereka yang hanya takut ALLAH, orang serta makhluk lain akan takut kepada mereka. ATM perlu lahirkan tentera yang bertaqwa, barulah musuh, penceroboh, pengganas akan takut kepada anggota ATM. ATM sepatutnya menjadikan Sarjan Hassan sebagai “Role Model” tentera yang bertaqwa.

Bukanlah tentera yang berani ialah mereka yang berani makan ular atau monyet. Tentera yang berani ialah tentera yang bertaqwa, tawaduk dan sabar.

Musuh Islam amat takut apabila rahsia sebenar Sarjan Hassan diketahui umum. Hanya P Ramlee yang berjaya mengetengahkan sedikit kisah Sarjan Hassan.

Kisah sebenar Sarjan Hassan adalah di zaman komunis bukan zaman Jepun. Sarjan Hassan telah membunuh lebih 100 orang pengganas komunis.

Sarjan Hassan adalah merupakan ahli tasauf, ahli zikir, ahli sufi, anak murid Mufti Negeri Sembilan yang merupakan Khalifat Tareqat Ahmadiah.

Sarjan Hassan bersara dari ATM bukan sebagai Jeneral , hanya sekadar Kapten.

Oleh itu kita jangan pandang rendah ahli sufi, menyangka mereka ini hanya duduk atas sejadah dan berzikir. Sejarah telah membuktikan ahli sufilah yang banyak mempertahankan maruah dan umat Islam di medan perang antaranya Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh.

Musuh Islam dan orang munafik seboleh-bolehnya tidak mahu umum mengetahui rahsia kejayaan Sarjan Hassan, seorang ahli sufi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hanya tentera yang bertaqwa tidak akan bergaduh sesama mereka, terlibat dalam “ragging”, minum arak, terlibat dalam dadah, zina, rogol serta rasuah.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Sarjan atau Kapten Hassan.

Tiada ulasan: