KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140706

Kilang Melayu Perlu Prihatin Kebajikan Pekerja Musim Raya

Kadang-kadang saya pelik, ada kilang milik orang bukan Islam lebih prihatin akan kebajikan pekerja mereka berbanding dengan segelintir kilang tempatan milik orang Melayu apatah lagi kilang tersebut boleh dikategorikan kilang yang ternama.

Malahan cara pemberian bonus dan kenaikan gaji pun, ada kilang milik orang bukan Islam lebih telus berbanding segelintir kecil kilang tempatan milik orang Melayu apatah lagi kilang tersebut boleh dikategorikan kilang yang tersohor jugalah.

Kadang-kadang, terdetik di hati saya lebih mudah saya berurusan secara professional dengan orang bukan Islam, mereka lebih telus, lebih terbuka.

Semua ikut prosedur, kalau barang “REJECT” , tetap saya “REJECT” walaupun pembekal barangan tersebut kawan rapat saya sendiri yang saya sendiri tak “RECOMMEND” dia masuk jadi pembekal, pandai-pandai dia sendiri berurusan dengan “Purchasing”.

Balik dengan cerita pekerja kilang Melayu yang terkenal tadi.

Saya mendapat aduan, sempena Raya ini ada segelintir kecil pekerja mereka tidak mendapat bonus atas beberapa sebab yang tertentu. Mereka ini dari golongan pekerja bawahan, boleh dikatakan kategori kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Mereka ini mengharapkan sedikit bonus untuk perbelanjaan raya, buat kuih, ziarah emak ayah di kampung yang lama tidak dikunjungi.

Macam ni lah. Tak kiralah siapa betul, siapa salah. Apa kata di bulan Ramadhan ini kita berlebih kurang sikit.

Apa kata pekerja atasan kilang tersebut dan ramai lagi pekerja lain yang dapat bonus berilah sumbangan sedikit mungkin seorang RM10 , susah sangat, belikanlah kuih muih, baju raya untuk anak-anak kecil pekerja kilang yang tidak dapat bonus tadi.

Mungkin Pengarah Urusan kilang tersebut, CEO kilang tersebut pakat-pakat mungkin Ramadhan kali ini tak perlulah pergi Buffet Ramadhan. Apa kata duit belanja Buffet Ramadhan tersebut belikan kuih raya untuk ibu dan ayah pekerja kilang yang tak dapat bonus, belikan baju raya anak-anak pekerja kilang yang tak dapat bonus.

Tak payah tanyalah kilang apa. Mana-mana Pengerusi, CEO, Sleeping Director yang terasa tu, cepat-cepatlah Istighfar.

Tiada ulasan: