Sebenarnya ramai yang susah di sekeliling kita. Sebelum kita
nak bantu orang lain, carilah saudara mara kita, orang kampung kita, jiran
tetangga kita yang susah dulu. Kalau semua amalkan seperti ini, saya yakin
tidak akan terpampang di dada akhbar mereka yang memerlukan bantuan.
Takut nanti di akhirat nanti kita akan ditanya kenapa kita
bantu orang yang kita tidak kenal, yang duduk jauh dari kita, sedangkan ada
saudara mara kita sendiri yang susah, jiran kita yang susah.
Gunakanlah kesempatan sebelum solat Tarawih, umumkan kepada
jemaah surau dan masjid siapa yang memerlukan bantuan di tempat tersebut.
Gunakanlah kesempatan sebelum solat Jumaat, umumkan kepada
jemaah masjid siapa ahli kariah yang memerlukan bantuan di tempat tersebut.
Kalau di kampung pun sama juga. Contohnya di Rembau, walaupun
ramai keluarga miskin di sini, warga emas yang lumpuh pakai lampin, remaja OKU,
saya pasti ramai anak Rembau yang merantau yang sanggup membantu, cuma mereka
menyangkakan orang yang duduk di Rembau ini banyak menerima bantuan JKM serta
bantuan jiran tetangga. Walhal yang duduk di kampung ini ialah mereka yang ada
daripadanya duduk di rumah peninggalan keluarga yang sudah nak roboh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan